Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kek kukus yg mudah dan semestinya sedap. Kek ini jugalah kek yg saya buat sempena hari jadi anak saya Seri Irdina pada 25.8.11. Kalau bulan puasa ni, nak buat kek yg ada buttercream mmng tak di makan punya...alamat dok betapa dlm petiais je. Bila fikir2 punya fikir, saya buat jelah kek yg biasa2 tetapi menarik utk Dina. Anak saya ni tak kisah, asalkan dia tahu kek yg mamaNya buat special utk hari istimewanya. Kek ni juga sesuai utk di hidangkan pada musim perayaan yg bakal menjelang. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi2 kek yg menarik dan sedap. Izinkan Yatie C&P resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan- Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk horlicks
- 5 biji telur A
- 1/2 cawan gula halus
- 220 gm mentega berkualiti (DJ guna SCS)
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
- Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan diadun sekata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
- Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
- Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
salam yatie..Selamat hari raya ,maaf zahir & batin dari atie sekluarga.Semoga gembira menyambut syawal bersama sanak saudara..
ReplyDeletesalam yatie.Cantik sungguh nampak kek tu.Kak Ros ucapkan selamat hari raya ya.Semuga gembira dihari raya bersam kaum keluarga.
ReplyDelete