Wednesday, August 28, 2013

Bingka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka pandan ni. Sejak bulan puasa aritu, mmng jarang betul buat kuih. Baru ni lah teringin nak makan kuih2 tradisional ni.  Macam biasalah, kalau buat bingka, bingka pandanlah paling laris kat rumah ni.Selain warna hijau yg menarik, harum semerbak je bau pandan masa kuih ni di bakar. Banyak resepi yg telah di cuba, resepi Joayee inilah yg paling mudah dan semestinya sedap. Kuih ni cukup lembut dan lemak manisnya. Pada peminat kuih bakar/bingka tu blehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Tuesday, August 27, 2013

Kek Coklat Kukus di Hari Ulangtahun Kelahiran Dina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek coklat kukus ni saya buat masa hari jadi Dina semalam. Buatnya pun dah malam, kenangkan anak2 lebih suka kek yg mama nya buat....saya pun gigihkan jugalah siapkan kek yg tak seberapa ni buat anak tersayang. Kalau beli mmng tak di makan sangat, kalau mama buat, walaupun kek ringkas...makan siap jilat sudu lagi, kalau makan guna tangan siap jilat jarilah ....he3..
Sebenarnya minggu saya ni sibuk sngt, kebetulan anak saya Seri Izati menghadapi peperiksaan percubaan SPM, Hamka pula menghadapi peperiksaan sekolah agama. Bila anak2 periksa ni, mama nya pun turut sama periksalah. Saya harus duduk sama2 mengulangkaji pelajaran anak2, terutama bersama Hamka. Hamka kalau baca buku mama ada kat sebelah...fuhhhh..mmng bersemangat betul dia. Kalau mama dah mengadap Hamka, jngn main2lah...kalau main2, siap mama naik angin nnti....he3..gurau jek...

Oklah kwn2, resepi kek ni mudah je. Kawan2 boleh juga rujuk di SINI. Terima kasih pada penyumbang resepi. Kek ni hias ringkas je sbb guna bahan2 yg sedia ada je kat rumah. Takde hias buah bagai, Dina pun tak kisah, yg penting sedap. Tengahari tadi Dina bawa ke sekolah kek ni bagi kwn2 rasa. Bila balik, diaorang ckp sedap sngt, mcm kat SR katanya. Siap tanya resepi bagai...ada2 je budak2 ni kan. Dina pun cakaplah, tngk kat blog mak kita, soh mak awak buat...he3..Mama arini suka sngt bila tngk Dina makan kek coklat ni berulang kali sambil berulangkali juga ckp Terima Kasih pada mama. Alhamdulillah...



Sunday, August 25, 2013

Happy Birthday Seri Irdina - 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ni 25.8.13 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak saya Seri Irdina. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 13 tahun buat anaknda Seri Irdina Mohd Khata. Mama dan abah sentiasa mendoakan agar Dina dipanjangkan usia, dimurakan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama dan abah serta berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin..

Dina dah makin dewasa sekarang, walauapa pun sentiasa jaga diri walau di mana jua anakanda berada. Tiada ucapan yg paling indah yg mama berikan, cuma tetap nak ucapakan Mama sayang Dina..muahhh..


Saturday, August 24, 2013

Roti Jala & Kari Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih mood raya, tu yg tak berkesempatan je nak kongsikan resepi kat blog ni. Maaf ya kwn2 semua, lama dah gambar raya ni...naik boring kan tngk. Tak kisahlah, setahun sekali raya, jadi lama sikitlah tayang gambar raya...he3..jngn marahhhhh...gurau je.
Sebenarnya saya buat roti jala ni minggu lepas. Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepi yg sngt mudah dan semestinya sedap, di gandingkan pula dngn kari ayam..perghhhh...mmng sedap. Tak sedar dah banyak keping masuk perut.

Terima kasih K.Madihah berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg rajin nak menjala tu, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih juga pada K.Ilah sbb beri acuan roti jala 3 lubang tu. Ianya sangat membantu melancarkan proses membuat roti jala ni. Jasamu ku kenang K.Ilah. Kalau ada acuan apa2 yg menarik lagi tu, bolehlah beri lagi...he3...gurau je kak....kata orng rezeki jngn di tolak...musuh jngn di cari..ye tak?




Bahan2 Roti Jala
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
  1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
Bahan2 Kari Ayam
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 3 biji kentang ~ didadu kasar
  • 1 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 cm halia*
  • (tumbuk halus bahan2 bertanda*)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam#
  • 2 sudu kecil serbuk cili#
  • sikit saja air asam jawa#
  • (campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
  • 1 kotak santan segera/secukupnya santan
  • air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
  • sikit minyak
  • garam & perasa secukupnya
Cara2
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
  3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri 2013 dari kami sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Aidilfitri buat semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Maaf sebab lama tak bersiaran di sebabkan kesibukan berhari raya juga melayan tetamu yg datang ke rumah. Alhamdulillah, syawal kali ini memberi sejuta kegembiraan pada kami sekeluarga kerana sekali lagi dpt beraya bersama ayahbonda, mertua, sanak saudara dan teman2 tersayang. Dalam kita mengecapi kegembiraan berhari raya,jngn di lupa pada yg kurang bernasib baik. Di sini saya kongsikan serba sedikit suasana raya di rumah bonda dan mertua. Masa ni sibuk sikit dngn marhaban, tu ada yg tertinggal utk bergambar sama. Maaf jua di pinta.




















Wednesday, August 7, 2013

Biskut Snow Almond

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..last resepi biskut sebelum raya...Biskut Snow Almond..Biskut ni memang kegemaran anak- anak saya, terutamanya Seri Izati..resepinya pun mudah je..Jom semak resepi DI SINI




Biskut Badam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya lagi. Maaflah kwn2, dah nak raya baru berderet2 resepi biskut raya. Maklumlah baru ni berkesempatan nak buat biskut raya bersama anak2. Sebelum ni sibuk ambil dan hantar anak2 sekolah, jadi masa bakar kuih tu tak boleh tinggal2. Bila dah free betul barulah buat. Ini pun biskut yg mudah2 dan semestinya sedap. Kali ni banyak saya buat, kemudian anak2 dara dan bujang yg terap biskut dan seterusnya bakar biskut raya. Saya cuma tolong pantau je sambil kelim baju. Bila buat mcm ni terasa seronoklah pulak, ada sikap kerjasama dan saling membantu. Alhamdulillah.
Resepi biskut ni ada di SINI dan di SINI. Kalau berkenan tu bolehlah cuba.



Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 1/4 cwn tepung kastard*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)

  • Utk hiasan,
  •  2 biji telur kuning 
  •  badam cincang secukupnya-di panggang dulu
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.

Tuesday, August 6, 2013

Tart Bunga / Kelopak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya lagi. Kali ni saya buat tart guna resepi dari Chef Norz dan kopipes dari blog Mat Gebu....mmng sedap. Sebelum ni guna resepi diSINI. Rasanya ada masa lagi kalau kwn2 nak mencuba resepi ni sblm pulang ke kampung berhari raya. Jom semak resepinya. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 120 gm marjerin
  • 130 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm tepung kastard*
  • 300 gm tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
  • Jem nenas secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty". Kemaskan doh tadi.
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

Monday, August 5, 2013

Cornflakes Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya lagi, tapi yg paling senang. Kalau buat biskut Cornflakes madu ni, tak boleh awal2....sekejap je dah kosong balang kuih. Satu keluarga suka sangat makan cornflakes madu ni. Kali ni saya buat 2 adunan sekali, puas anak2 dan suami makan. Tak perlu risaulah biskut ni sampai raya ke tidak. Pada kwn2 yg masih bertungkus lumus nak buat biskut raya tu, bolehlah cuba resepi ni...mudah tapi sedap. Jom semak resepinya



Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang /gajus- di pakar sebentar dan sejukkan
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, August 3, 2013

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu ni minggu biskut raya. Alaaaaa..semuanya biskut yg mudah2 je tapi sedap. Maklumlah kalau buat setiap satu jenis biskut nak kena bahagi 3 rumah, tu yg kena buat yg pasti dimakan dan mudah. Sekali buat 3 adunan sekali...mmng jenuh tnggu depan oven ni. Tapi tak kisahlah, minggu ni mood happy sbb tak sabar nak balik kampung, lagipun tugas jahit baju raya dah selesai...tu yg nak mengookies pun rajin tu. Biskut ni mmng setiap tahun saya buat. Ramai kwn2 dah mencubanya, mmng sedap dan rangup..kan. Pada yg belum pernah buat tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi buat biskut raya yg  paling senang tetapi sedap dan laris sangat. Minggu ni sibuk sangat, terpaksa siapkan jahitan baju raya. Jadi tuan rumah pun buatlah biskut2 yg simple mimple je. Biskut ni ramai yg dah mencubanya, mmng sedap. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi biskut raya yg mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. Biskut ni sedap dan rangup je. Resepi ni boleh juga lihat di SINI. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan gula kastor/halus
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum*
  • secubit garam*
  • 1 sudu kecil cream of tatar*
  • 1 sudu kecil baking soda*(*bhn2 perlu diayak bersama)
  • 1/2 cawan walnut cincang -tak letak pun takpe
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket.
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Biskut Dahlia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya yg paling mudah tapi baru ni berkesempatan membuatnya. Bila dah buat tu, macam biasalah kata sedappppp...sedapppp..kalau tau dari dulu lagi dah buat biskut ni. Biskut ni biskut dulu2 sebenarnya, tapi hingga kini masih di gemari ramai, termasuklah saya sendiri. Buatnya taklah susah mana pun, cuma kena pandai menekan adunan doh ni supaya biskut berbunga cantik. Saya buat ni kira oklah, tak berapa cantik dan tidak pula hodoh....he3..kira sedap mata memandang dan sedap di rasa.

Terima kasih pada Mat Gebu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi biskut dahlia yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap. Selamat Mencuba.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 gm mentega
  • 160 gm gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla/rose
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Thursday, August 1, 2013

German Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi, lama tak bersiaran di sebabkan hal2 yg tak boleh di elakkan. Tinggal seminggu lagi kita berpuasa, rebutlah dan tingkatkanlah amalan kita di bulan yg mulia ini. Ianya dtng setahun sekali, janganlah ianya berlalu pergi begitu saja, carilah peluang beramal soleh di bulan yg mulia ini. Rasanya ramai kwn2 juga para ibu2 sibuk menyiapkan biskut/kek hari raya saat ini. Saya juga terpanggil utk membuatkan biskut yg paling mudah dan semestinya sedap bagi melayan permintaan anak2. Biasalah anak2 ni, bila mama nya dah siap jahit baju raya, kuih raya pasti menyusul. Fikir2 punya fikir, jadilah German Cookies ni sebagai pemanas oven. Biskut ni sangat mudah, ramai kwn2 telah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini ya. Kawan2 juga boleh lihat biskut ni di SINI.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.