Thursday, July 25, 2013

Baked Macaroni - Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa semalam baked macaroni. Lama tak masak menu omputih, sesekali teringin jugalah nak makan pasta/macaroni. Kali ni buat ala melayu iaitu perisa kari. Memang sedap terasa seakan murtabak pun iye juga. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Rohah dan kwn2 juga boleh lihat di blog Sheila. Jomlah semak resepinya, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah cuba...mmng sedap.




Bahan-bahan:
  • Macaroni 2 cawan / 16oz | direbus hingga lembut dan toskan
  • 500 daging kisar (ayam kisar pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • (semua bahan bertanda * ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 tin susu cair + 3/4 tin air
  • Sedikit daun sup/ daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • 4 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
  • Sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
Cara:
  1. Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  2. Masukkkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.
  3. Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata.Boleh tambah cheddar cheese yang telah diparut sekali kalau suka.
  4. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang telah dipukul. (Tak perlu gaul, tuang rata2 ke atas macaroni).Boleh tabur cheese lagi jika suka.Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan.
  6. Boleh juga letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu, kalau suka.

Wednesday, July 24, 2013

Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin nak buat puding milo lapis oreo ni. Ingatkan susah, rupanya mudah je. Puding ni saya buat dlm pkl 4 ptng semalam, masa buka puasa dah boleh makan daaaaa. Nyaman je lalu kat tekak, sedap di makan sejuk. Kali ni saya betul2 teruja nak buat bila Ayu Citarasa Rinduan post kat FB mengatakan Dato Siti Nurhaliza buat puding ni. Saya pun jadi tak sabar nak buat dan merasa puding ni...mmng sedap sangat. Ramai kawan2 dah mencubanya, antaranya Ayu,K.Nor, Mas dan ramai lagi....(maaf ya tak berapa ingatlah) Terima kasih pada AlongRoz berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kawan2 yg belum cuba tu, sangat di alu2kan supayan mencuba ya..mmng sedap. Jom semak resepinya.




Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Tuesday, July 23, 2013

Bawal Emas Masak Kari Asam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kari ikan ni saya masak semalam. Sebelum ni tak pernah masak ikan bawal emas ni, biasa masak bawal hitam atau putih je. Pelik juga bila suami beli ikan bawal emas ni sbb tak pernah masak ikan ni sebelum ni. Fikir punya fikir saya pun buat keputusan utk masak kari asam je ikan ni. Tak sangka memang sedaplah, lebih sedap dari ikan bawal hitam dan putih tu. Malam tu pula saya buatlah lempeng pekak utk cicah dngn kuah kari ikan ni. Kenyang taw sampai sahur, masa sahur tu saya sambung makan lagi lempeng dngn kuah kari ni..sedap betul, mcm makan sarapan pagilah pulak. Jomlah semak resepi ringkas ni...alaaaa mcm kari2 biasa je tu, cuma tak letak santan je.



Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal emas sederhana besar- potong 2, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 1 tangkai cili hijau-belah 2
  • 1 tangkai cili merah-belah 2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kari ikan*
  • 2 sudu besar kari daging*
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit kunyit
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Monday, July 22, 2013

Mee Goreng Tauhu

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa lagi iaitu mee goreng tauhu. Pernah dengar tak mee goreng tauhu ni? Resepi ni dari mak saya, kalau goreng mee mesti letak tauhu yg di hancurkan, sedap plk tu. Masa pertama kali makan, ingatkan mak letak telur banyak2, bila di tanya rupanya mak letak tauhu yg di hancurkan. Sebelum ni pernah kongsikan resepinya diSINI. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba ya.



Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.

Sunday, July 21, 2013

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu berbuka puasa lagi sebagai penyejuk tekak. Saya suka guna resepi K.Fida ni, sedap,lembut dan lemak. Pada yg belum cuba resepi ni bolehlah cuba. Kalau dulu2 bubur som2 ni cuma guna tepung beras dan santan je, resepi ni pula di tambah tepung jagung..mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Friday, July 19, 2013

Soto Madura

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa lagi ni Soto Madura. Pernah makan soto mcm ni tak kawan? Biasanya kita makan yg kuah sup tu je kan, sesekali cubalah kuah lemak mcm ni, pastu tambah sikit sambal kicap..perghhhh...mmng sedap. Sebelum ni pernah buat di SINI dan di SINI. Kalau kawan2 teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap. Jomlah semak resepi mudah ni.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
  2. Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  3. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  4. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  5. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
  6. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  7. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

Wednesday, July 17, 2013

Mee Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mee rebus ni menu berbuka puasa semalam. Hari ni masak ringkas2 je sbb ada majlis berbuka puasa di pejabat suami. Alhamdulillah ...
Resepi mee rebus mcm sebelum ni yg pernah saya buat. Kalau kwn2 teringin tu, bolehlah cuba ya. Hari ni terasa letih dan pening kepala sikit. Jadi tuan rumah nak berehat..kalau berkenan tu bolehlah cuba resepi mudah dan sedap ni. Satu family suka sangat mee rebus yg saya buat ni.Slmt mencuba kwn2 semua.



Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang akarnya, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek saiz sederhana( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *- saya guna 4 sudu besar cili kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya
Cara-cara
PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

Bubur Candil Pandan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bubur Candil ni antara menu kegemaran saya. Buatnya mudah je, tapi kali ni saya suruh anak dara saya Seri Irdina dan Seri Izati menggentel tepung buat bebola candil ni. Biasalah ada bola kecil dan besar, masa buat tu asyik ketawa je diaorang sbb ada yg kecil dan besar. Bila berbuka tu kenal lah siapa punya yg besar dan kecik tu. Tak kisahlah asalkan sedap di makan. Mama masa tu dah siap masak dan tak larat sbb menjahit baju raya anak2. Kali ni bagi diaorang tugasan sikit, sebenarnya bukan membebankan mereka..malahan melatih diaorang supaya sentiasa ada sikap berkerjasama. Ok kwn2, kalau teringin tu, bolehlah cuba ya..meh semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 3/4 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
  • Perisa pandan atau air kisar dngn 3 helai daun pandan-tapiskan
  • sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya -  utk merebus bubur candil
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 ketul gula melaka,racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air dan air/perisa pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, air dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Tuesday, July 16, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsi resepi butter prawn yg sangat sedap. Lama dah teringin nak buat butter prawn ni, asyik tertangguh je. Kali ni buat terus jadi, tapi tak berapa menjadilah sngt jala kuning telur...yg penting rasanya...mmng sedap sangat. Resepi ni guna 12 ekor udang besar, saya guna udang sederhana je dan jumlahnya di lebihkan sikit. Maklumlah kalau lauk udang, mmng kena masak lebih punya. Udang ni sedap ratah2 gitu je. Terima kasih pada Nita berkongsi resepi juga K.Nor. Kalau kawan2 nak buat tu, ikut je bahan2 dan cara2 yg di beri, pasti menjadi. Kalau nak lebih terperinci cara memasaknya, bolehlah ke blog K.Nor. Saya baca ulang kali dan fahamkan betul2 supaya buat pertama kali je..terus jadi. Mehlah semak resepinya...esok2 bolehlah buat pula.




Bahan-Bahan
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu besar butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan cenggitu. 
  3. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.

Sunday, July 14, 2013

Bubur Nasi, Kangkung Goreng Belacan dan Sambal Tumbuk/Totok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ke 5 kita berpuasa dlm bln Ramadhan yg penuh keberkatan ini. Moga kita terus di berikan kesihatan yg baik sepanjang ramadhan ini dan dpt beramal soleh. Menu ringkas tapi menyelerakan kami sekeluarga. Pada peminat bubur nasi dan suka menu simple tu, bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan2 utk Bubur Nasi
  • 2 cawan beras
  • 10 cawan air-boleh tambah air lagi kalau terlalu pekat.
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam Knorr
  • 2 biji kentang- dipotong dadu
Cara- Cara
  1. Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air, sedikit garam dan kentang yg di dadu.
  2. Setelah hampir kering airnya, masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata. Masak sehingga menjadi bubur. Kalau kurang lembut, bolehlah tambahkan air lagi.
  3. Setelah siap, bolehlah hidangkan bersama sambal Tumbuk/ Totok and the gang. Saya masak bubur nasi ni guna rice cooker je.

Kangkung Goreng Belacan
  • 2 ikat kangkung
  • segenggam ikan bilis*- buangkan kotoran
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 tangkai lada merah*
  • 8 biji cili padi merah/hijau*
  • Garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn air
  • minyak utk menumis
Cara2nya
  1. Potong sayur kangkung ikut suka, cuci bersih dan toskan. Ketepikan dulu.
  2. Tumbuk bahan2 yg bertanda* sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan kangkung dan gaul rata, masukkan garam dan sedikit gula, gaul lagi.
  5. Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dlm 3 minit. Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
  6. Bila dah masak tutup api dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.


Sambal Tumbuk/ Sambal Totok

Bahan-Bahan
  • 3 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan ikan bilis- di bersihkan kotoran, cuci dan toskan
  • secubit garam dan sedikit gula
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng pula bawang putih sebentar, angkat dan toskan minyak.
  3.  Gorengkan pula lada dan cili merah. Tutup kuali dngn tutup periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak metetup2. Goreng dlm 3 minit je. Angkat dan toskan minyak.
  4. Tumbukkan cili merah, cili padi, bwng putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur. Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan pula ikan bilis yg selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
  6. Setelah siap, gaul rata dan letakkan dlm mangkuk. Siap dan bolehlah di hidangkan bersama bubur nasi.

Saturday, July 13, 2013

Siakap Panggilan Pulau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ikan yg ringkas tapi sedap. Macam biasalah ni menu semalam dan hari ni baru kongsikan sbb masa masak mana nak sediakan itu dan ini, mana nak tangkap gambar...tu yg arini baru post kat sini. Sebelum ni dah pernah buat siakap panggilan pulau ni, mmng sedap dan menyediakannya pun mudah je. Rasanya seakan2 masak 3 rasa atau masam manis, cuma resepi ni ada tambah kayu manis..tu yg lain sikit dari segi rasa dan harumnya tu. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba utk juadah berbuka puasa nnti. Kalau beli lauk dah siap, mesti keluarga nak juga masakan yg kita masak sendiri kan. Jadi inilah menu ringkas yg di jamin sedap sangat. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap-cuci, toskan dan kelar2kan permukaannya
  • 1 sudu serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng ikan
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya
Bahan hiris dan tumis
  • 1 labu bwg besar
  • 4 biji bwg merah
  • 4 ulas bwg putih 
  • 6 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai - di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
Cara-cara
  1. Ikan yg siap di gaul dngn garam dan serbuk kunyit, hendaklah di goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/4 cawan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis - gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato - kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu, tutup api.
  5. Curahkn kuah@sos ke atas ikan, dah siap,bolehlah di hidangkn panas2

Friday, July 12, 2013

Nasi Ayam, Ayam Goreng Madu, Sos Pedas Merah, Sambal Kicap dan Sup Ayam Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa hari ke 2 dlm bln ramadhan. Alhamdulillah dpt sediakan nasi ayam kegemaran keluarga tersayang. Kalau beli, habis berbuka tak boleh nak makan lagi. Bila masak sendiri ni, anak2 dan suami boleh makan bertambah, suka tngk diaorng makan penuh selera. Lagipun dah lama saya tak buat nasi ayam ni. Bila buat juadah berbuka puasa ni, bertambah2 selera semuanya. Resepi mcm sebelum ni...mcm biasa je, kwn2 juga boleh lihat di SINI. Resepi di bawah ni nampak je panjang, tapi mudah je sebenarnya utk menyediakan set nasi ayam mcm ni.



NASI AYAM
  • 4 cawan beras (saya guna beras siam)
  • 5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
AYAM GORENG MADU
  • 1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
SOS PEDAS MERAH
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 biji cili padi merah/hijau
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
SAMBAL KICAP
  • 10biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
  4.  
    SUP AYAM MUDAH

  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Wednesday, July 10, 2013

Donut lembut

Assalamualaikum dan SalamSejahtera semua. Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa dlm bulan ramadhan yg penuh keberkatan. Moga setiap amal ibadah kita di terimaNya. Puasa pertama ni merupakan cabaran bagi anak2 yg baru mula berpuasa. Banyak cabaran bagi ibu2 utk memujuk dan memberi semangat serta galakan buat anak2. Selain menahan lapar dahaga, mestilah tunaikan solat serta jaga akhlak. Bukan setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga ya.

 Hamka salah seorang dari anak yg masih kecil dan berlatih puasa penuh. Pagi sampai tengahari ok je, ceria je..bila nak ke petang ni, siaplah memujuk mama..letihlah..takde tenagalah...perut Hamka berbunyilah...he3...tapi mama cuba berbual dan beri dia semangat supaya tahan..tinggal beberapa jam je lagi. Di sini bukan memaksa dia, cuma melatih supaya dia bertahan. Kali ni mama dah buat menu kegemaran Hamka..dia nak makan donat di hari pertama puasa...eloklah tu..bukannya minta makanan yg berat pun..setakat donat je....tak apalah...mama dah tunaikan pun permintaan Hamka..

Resepi donut ni sangat mudah,tak perlu perap segala..bila siap uli doh je, boleh di bentuk dan seterusnya boleh di goreng guna api sederhana. Pada kwn2 yg buntu memikirkan juadah berbuka puasa tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Boleh juga di buat pau sambal... Terima kasih HaSue berkongsi resepi mudah dan sedap ni.




Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa buat teman2 semua... Maaf salah dan silap atas ketelanjuran kata2 di blog selama ini..Moga bulan yg penuh keberkatan ini tidak kita sia2kan...Lipat gandakanlah amalan dan pahala..moga amal ibadah kita di terima Allah SWT. Aamiin..




RAMADHAN BULAN BERKAT-HIJJAZ


Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala di gandakan doa di terima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Istilah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam siang berpuasa
Banyakkan sedekah jngn di kira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al Quran jngn di lupa
Zikir dan tasbih elok di sertakan
Meriahkan Ramadhan dngn bermcm cara
Agar Ramadhan tidak sia2

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dngn sebaiknya
Kerna ia dtng setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila2 masa

Sunday, July 7, 2013

Carrot Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek carrot ni merupakan kek kegemaran kami sekeluarga. Kalau ada carrot banyak je kat petiais, anak2 mesti dah suruh buat carrot jus ataupun carrot cake. Kebetulan kami sekeluarga mmng suka carrot, jadi kalau beli lebih tu mmng tak membazirlah. Suami dan Hamka lebih suka makan carrot macam tu je. Resepi kek ni mcm yg selalu saya buat, saya mmng suka kek carrot yg di campur dngn parutan apple....gabungan yg serasi dan pasti rasanya sedap sekali. Pada kwn2 yg belum pernah mencuba tu, dan teringin nak merasa tu....bolehlah mencubanya...mmng berbaloi. Kawan2 juga boleh rujuk di SINI.



Thursday, July 4, 2013

Asam Pedas Ikan Mayong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak berkongsi menu lauk pauk. Sebenarnya tiap2 hari masak, di sebabkan sibuk sngt jadi malas nak ambil gambar. Setiap hari rasanya terkejar2 buat kerja rumah.Hari ni nak kongsikan menu asam pedas yg lain sikit resepinya tapi sedap rasanya. Saya ni mmng peminat setia asam pedas, jadi cubalah resepi yg lain sikit. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu. Resepi ni menggunakan buah keras, halba dan lengkuas dlm masakan asam pedas. Terasa kelainannya tapi sedap rasanya. Asam pedas ni mmng sedap kalau ada daun kesom ataupun bunga kantan, harum dari daun kesom dan bunga kantan tu, cukup membangkitkan selera. Pada peminat asam pedas tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kepala ikan mayong-ptng saiz sederhana
  • 2 kepingan daging ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar
  • Sawi jeruk secukupnya- tak letak
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 1 labu bwng besar-Yatie tambah
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 10 biji halba
  • 2 keping hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk/kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biar mendidih. Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk daun kesom dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Wednesday, July 3, 2013

Kek Coklat Kukus-Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek lagi, kebetulan tengah rajin buat kek, dapatlah anak2 dan suami makan kek. Kalau mood merundum, jangankan kek, nak makan jemput/cekodok pun payah...he3...Kek coklat ni sedap sangat, mmng kena betul dngn selera kami sekeluarga. Sebelum ni pernah buat di SINI, dan kali ni buat takyah letak topping segala...pun dah cukup sedap. Makan pula dngn buah ceri fresh...perghhhhh..mmng confirm sedap yg amat taw...Kalau tak caya, buatlah kek ni, pastu beli buah ceri cepat2...he2..



Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

Monday, July 1, 2013

Kek Span Vanilla Coklat Cheese Bersalji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat hari lahir buat anakanda Mohamad Talhah, kami sekeluarga amat2 menghargainya. Sempena hari lahirnya, sempatlah juga saya menyediakan kek yg mudah tetapi amat di gemari kami sekeluarga. Dalam hati teringin sangat nak buat kek yg canggih2, tapi apakan daya...daku tak mempunyai kemahiran sebegitu rupa. Cukuplah sekadar kek yg simple tetapi ianya amat bermakna buat anakanda Talhah. Sebelum ni pernah buat Snow Cheesecake dan Kek Span Bersalji. Kek ni mudah dan tak muak walau guna cream cheese. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Saya buat ikut selera keluarga je...janji laku. Meh kita semak resepinya.





Bahan-bahan :

  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla
  • Coklat emulco
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  •   1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong