Sunday, July 21, 2013

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu berbuka puasa lagi sebagai penyejuk tekak. Saya suka guna resepi K.Fida ni, sedap,lembut dan lemak. Pada yg belum cuba resepi ni bolehlah cuba. Kalau dulu2 bubur som2 ni cuma guna tepung beras dan santan je, resepi ni pula di tambah tepung jagung..mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

10 comments:

  1. Cantik som somnya tu Tie... bertahun tak rasa tiap kali bulan puasa, kalau duduk kampung memang jiran2 saling tukar bubur somsom untuk juadah buka.

    ReplyDelete
  2. Assalam k.yatie...
    best datang sini..
    semua menu best2...
    dah lama tak makan bubur som som ni..

    ReplyDelete
  3. wah terus kak lea bookmark page ni.suka sangat bubur som2 yang mak mertua buatkan tiap kali menantu bertuahnya ni balik kg he3...

    selamat bersahur ye ^^

    ReplyDelete
  4. Kegemaran auntie, sedap dimakan utk berbuka

    ReplyDelete
  5. as salam yatie.

    aduhai, sedapnya bubur som som. baru makan jumaat lepas.
    rasa lemak masin santan memang sedap.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yatie....Wahh terpikat ngan bubur som2 Yatie..
    Nanti nak buat le...
    Bahan2 semua ada...dah lama tak makan bubur som2 nie
    Terima kasih bagi idea...
    Mama copy resepi ye..

    ReplyDelete
  7. Liza tak pernah pun lg mkn bubur som som ni tp nmpak sdp je..

    ReplyDelete
  8. lama tak buat bubur sumsum.. en. suami suka sgt.. bubur sumsum ni sama rasa mcm kepala lompat tikam tu.. lemak2 je kan.. en. suami kalau mkn lompat tikam dia mmg lebih suka bahagian kepalanya je.. bahagian hijau kurang suka.. kalau mcm tu lebih baik buat bubur sumsum je.. puas hati mkn.. hehe...

    ReplyDelete
  9. Thanks akak for your sharing resepi hihi.....memang tercari2 resepi kuih ni..senangje rupanya..

    ReplyDelete
  10. lame x mkn.blk kg mggu ni nk mtk mak biat la.sdp nye.....

    ReplyDelete