Bahan-Bahan
- 12 ekor udang saiz besar
- 2 sudu besar butter
- 3 biji kuning telur
- sedikit daun kari
- sedikit cili padi
- serbuk kunyit & garam
- minyak utk menggoreng
- Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan cenggitu.
- Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
- Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.
menjadi telo tu berjala
ReplyDeletesy pun x penah buat...risau pulak takut x jadi..hihi
Salam...
ReplyDeleteTQ for the recepi..lama dah nak try buat..
harap2 jadi la :-)
tak pernah menjadi telur tu setiap kali dibuat....tapi kali ni nak ikut resepi awak jea...boleh yea??
ReplyDeletekita pernah buat tapi tak jadik jalanya, guna resepi org lainlah.. sebab dia soh tuang telur tu tinggi2, mana leh tinggi, dapur ada hud, kan.. huhu
ReplyDeletehemmm.. nice info..
ReplyDelete