Friday, September 28, 2012

Kuih Lapis Seri Pandan Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak mengukus kuih. Macam biasalah sebagai memanaskan dapur maya Yatiememories ni, tuan rumah hidangkan tetamunya dngn kuih lapis seri pandan keledek. Perasan tak kuih yg saya buat sendiri, mesti ada nama seri. Ini sempena nama anak2 dara saya...kalau mereka baca ni, tentu diaorang suka sangat. Maklumlah mamaNya abadikan namanya di setiap kuih yg  dihasilkan. Alahaiii sekadar suka2 je sebenarnya. Kita yg buat dia...kita juga yg letak namanya..tak kisahlah kan...

Sebenarnya kuih ni saya buat 2 hari lepas. Masa nak n3 tu tenet slow sangat, baik2 tngh mood ok, jadi tak ok semula. Last2 lupakan je niat nak kongsikan resepinya masa tu. Hari ni barulah berkesempatan nak kongsikan bersama. Kuih ni sedap, lembut dan lemak manis. Pada penggemar kuih2 tradisional ni, bolehlah mencubanya.


Bahan- Bahan.(loyang 9")
  • 2 1/2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cwn santan  pekat
  • pewarna hijau/perisa pandan dan pewarna oren
  • 2 cawan keledek-yg telah direbus dan dilecek*
  • 2 cawan santan cair*(* dikisar halus)
Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan
Cara Menyediakannya
  1. Masak bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan suam.
  2. Satukan ke semua tepung dan garam.. Masukkan campuran sirap gula dan santan, kacau rata dan tapis. Kalau nak mudah, blend semuanya.
  3. Kisar keledek bersama santan cair. Tuangkan kedlm adunan tadi dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak pewarna hijau/perisa pandan dan satu bahagian lagi di letak pewarna oren.
Cara memasak kuih
  1. Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Tuang adunan oren sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
  3. Setelah masak,baru lapiskan dengan warna oren dan kukus lagi selama 5-7 minit.
  4. Ulangi lapisan seterusnya sehingga habis. Bagi lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  5. Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 5 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.(ini bagi mengeringkan permukaan kuih dan kuih tahan lama)
  6. Biarkan sehingga kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Thursday, September 27, 2012

Begedil Udang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan begedil udang tak? Begedil udang ni mcm begedil ayam je sebenarnya, cuma tukar daging ayam kisar pada potongan udang kecil2. Rasanya, jngn citerlahhhh...mmng sedap di makan begitu saja. Kalau tak caya, anda cubalah sendiri. Jom semak resepi mudah ni.





BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 1 cawan isi udang-dipotong kecil
  • 1 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 tangkai daun sup- dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah- belah 4 memanjang dan buang biji-ptng kecil2
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Lenyek kentang ketika masih panas2 lagi ya.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  3. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  4. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  5. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Tuesday, September 25, 2012

Upsidedown Pineapple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek ni saya buat sebelum anakanda Talhah berangkat ke UK. Dalam pada sibuk2 mengemas mlm tu, saya luangkan masa buat 2 biji kek kegemarannya. Inilah antara kek kegemaran Talhah, lepas ni dah kena buat/masak sendirilah kalau teringin nak makan tuuuuu...
Masa ni malam, ambil gambar pun lebih kurang je, kek yg dipotong pun tak sempat nak ambil. So layankan jelah gambar yg tak seberapa ni. Resepi ni dari Mat Gebu. Saya dah banyak kali buat kek ni. Kawan2 boleh lihat diSINI dan diSINI. jomlah semak resepinya. Pada yg belum pernah buat tu, bolehlah cuba..mmng mudah dan semestinya sedap.



BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah
Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

Monday, September 24, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 21 thn


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih lagi dngn n3 keluarga. Maaf tiada resepi masakan buat masa ni, tuan rumah masih dlm mood kesedihan dan bermalas2an. Masak pun ringkas2 je, nak tangkap gambar lagilahhhhh....takde mood langsung. Ok kita tinggal dulu mood yg merundum tu...esok2 oklah...

Sebenarnya hari ni 24 sept 2012 merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 21 thn. Syukur alhamdulillah di berikan rezeki yg murah dan anugerah kesihatan yg baik.Moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih buat suamiku yg sentiasa memahami dan menerima diri ini seadanya. Daku amat menghargainya. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yg penyayang pada zuriat2 kita juga menjadi suami yg baik dan bertanggungjawab buatku serta menjadi anak yg soleh pada ayah dan ibumu. Doaku saban waktu moga kita semua sentiasa dlm perlindungan dan dibawah rahmat Allah SWT selalu.

Tiada kek ataupun jamuan istimewa. Hanya bubur putih dan bubur merah tanda kesyukuran bagi kami sekeluarga. Syukur alhamdulillah anakanda Talhah telah pun selamat sampai  UK dan sudah pun mula sesi pengajiannya. Doa ayah dan ibu sentiasa mengiringimu nak. Doakan juga kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Aamiin ya rabbal alaamiin...

Sunday, September 23, 2012

KLIA memisahkan kami lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah saat ini anakanda Mohamad Talhah telah selamat sampai di bumi UK. Semalam saat hiba melepaskan anakanda pergi. Hari ni semuanya dah kembali normal seperti biasa. Bila teringat2 saat kepergiannya mmnglah sedih, tapi bila kenangkan perginya bukanlah kemana, perginya anakanda M.Talhah adalah utk menuntut ilmu...ku relakan perpisahan ini demi masa depannya. Moga pulangnya nnti membawa kejayaan yg diimpikan selama ini.
Inilah gambar2 yg sempat di ambil, takde mood nak bergambar sebenarnya masa ni. Biarlah ianya menjadi kenangan indah buat kami sekeluarga. Terima kasih pada kawan2 yg mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Saya amat2 menghargainya.

Saturday, September 22, 2012

Wajah yg pasti ku rindui....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni merupakan malam terakhir bersama anakanda Mohamad Talhah sebelum berangkat pulang ke UK utk menyambung pengajiannya.. Sekejap je masa berlalu. Baru rasanya menyambut kepulangannya di SINI. Kini tiba masanya utk kami sekeluarga berpisah lagi demi tugas masing2. Sayu rasanya hati bila mengemas beg pakaian dan barang2 keperluan. Dalam pada kesayuan hati melepaskan anakanda pergi, diri ini kena kuat dan tabah. Moga perginya anakanda M.Talhah membawa semangat baru buat dirinya demi masa depan. Sebagai ibu yg melahirkan sentiasa mendoakan agar anakanda Talhah sentiasa di bawah  lindungan Allah SWT. Besar harapan dari kawan2 semua agar dpt mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anakanda Talhah sepanjang berada di perantauan.

Esok pagi2 lagi kami sekeluarga akan ke KLIA utk menghantar anakanda Talhah. Semoga segala urusan di permudahkan dan berjalan  lancar. Jumpa lagi di lain kesempatan. Salam sayang dari kami sekeluarga.

Thursday, September 20, 2012

Laksa Asam lagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Laksa ni menu semalam sebenarnya. Lama dah tak buat laksa asam ni. Kami sekeluarga mmng suka sangat makan laksa asam. Kali ni saya tak dpt menikmatinya sangat disebabkan sakit tekak yg terlampau. Sampaikan nak telan air liur pun sakit dan perit sangat. Kebetulan lagi 2 hari anakanda Talhah nak balik UK, jadi sampaikanlah hajatnya nak makan laksa asam yg mamaNya buat. Resepi ni mcm biasa je, yg penting ada daun kesum dan bunga kantan..mmng best. Jomlah semak resepi sempoi ni..


Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa kering- (direndam selama 4 jam/semalaman dalam air)
  • 1 biji timun ( dihiris panjang2)
  • 3 biji telur rebus- ( potong 4 setiap satu)
  • 4 biji limau kasturi- ( potong 2)
  • 1 bawang besar ( dimayang)
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk kuah
  • 1 kg ikan kembung
  • 8 keping asam keping
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 btng bunga kantan
  • air rebusan secukupnya
Bahan kisar
  • 1 cwn cili kisar (ikut pedas masing2)
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Didihkan air di periuk dan letak sedikit garam.Biarkan mendidih,setelah itu rebus mee laksa hingga empuk.Angkat dan toskan...biarkan ketepi.
  2. Ikan direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  3. Isi ikan dikisar bersama air rebusan tadi.
  4. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap bolehlah dihidangkan.
  6. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)

Tuesday, September 18, 2012

Kuih Lapis Serikaya Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran sbb busy sangat.. Kuih lapis ni pun buat minggu lepas. Rasanya lama sangat tak mengukus kuih, sejak puasa mmng takde projek mengukus kuih walaupun saya sebenarnya peminat tegar kuih muih yg di kukus. Ini pun merajinkan diri gara2 teringin sangat nak makan kuih lapis. Kali ni saya cuba resepi dari Kak Wan pula, mmng sedap kuih ni dan tak rugi mencubanya. Terasa lemak manis serikaya dan gandingan yg mantap dngn perisa coklat. Terima kasih K.Wan berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih muih tradisional ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan A
  • 200 gm tepung beras
  • 120 gm tepung ubi
  • 180 gm tepung sagu (kalau takde guna tpng jagung je)
  • 1 biji telur
  • 400 ml santan KARA
  • 300 ml air
  • 480 gm seri kaya Yeos (1 tin)
Bahan B
  • 250 gm gula pasir
  • 900 ml santan cair (100ml santan KARA + 800ml air)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
Bahan C
  • 1 sudu teh coklat emulco
Loyang 10" - di gris dengan minyak
@ Loyang 9" utk lapisan lebih tebal

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan A, kacau hingga rata dan tidak berketul. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga mendidih. Terus tuang ke dalam bahan A dan kacau hingga rata. Tapis.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan satu adunan coklat (1500ml adunan asal) dan baki 800ml adunan di campur dengan bahan C (coklat emulco).
  4. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Ambil 500ml adunan putih, kukus selama 8 minit atau hingga masak.
  5. Kemudian tuang 250ml adunan coklat, kukus selama 4 minit. Ikuti langkah 4 dan 5 hingga hingga habis.
  6. Untuk lapisan terakhir, tuang 300ml lapisan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit hingga masak.
  7. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong guna pisau plastik.

Thursday, September 13, 2012

Soto Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini berakhirlah sudah penantian yg mendebarkan. Syukur alhamdulillah anak saya Seri Irdina telah pun tamat menghadapi UPSR. Bila tanya dari awal tu, nampak gayanya dia ok dan ceria je. Mudah2an Dina mendapat keputusan yg cemerlang. Bukan bermakna dah rehat terus ya, kita sebagai ibu sentiasalah berdoa dan terus berdoa moga rezeki menyebelahi anak kita. Aamiin.

Soto ni menu semalam yg dimakan bersama begedil ayam. Hari ni baru sempat n3,maklumlah busy yg amat. Resepi mcm biasa yg pernah saya buat sebelum ni. Boleh juga lihat diSINI.Pada penggemar soto tu, bolehlah mencubanya. Kalau nak mudah tu, guna je nasi impit segera. Jom semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

Begedil Ayam Lagi....nyum2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih berdebar2 lagi ke para ibu2 yg anaknya menghadapi peperiksaan UPSR? Rasanya tentu berdebarkan selagi tak habis periksa. Bagi saya, tetap mendoakan yg baik2 buat anak saya juga buat anak teman2 yg menghadapi peperiksaan. Semoga mereka semua berjaya dngn cemerlang. Aamiin..

Ok, hari ni saya masak soto ayam dan dimakan bersama begedil ayam. Kalau buat begedil ayam ni, mesti buat lebih. Suami dan anak2 mmng suka makan begedil ayam mcm tu je. Kali ni anak bujang saya M.Talhah tlng menggentel begedil yg comel2 tu. Ini pun gara2 tngk begedil yg Che Mat buat aritu..comel sangat Mat buat. Resepi ni mcm biasa yg pernah saya buat sblm ni. Kali ni saya tambahkan cili merah je supaya cantik dan lebih sedap. Terpulang pada selera masing2lah ya. Jom semak resepi mudah ni...



BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah- belah 4 memanjang dan buang biji-ptng kecil2
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Lenyek kentang ketika masih panas2 lagi ya.Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu masukkan daging ayam kisar dlm mangkuk lain dan tuangkan air panas mendidih dlm 3 minit. Gaul2kan dan toskan airnya.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Monday, September 10, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Esok 11/9/2012 merupakan hari pertama bagi anak saya Seri Irdina Mohd Khata meduduki peperiksaan UPSR. Rasanya ramai juga antara kawan2 yg anaknya menghadapi peperiksaan penting bagi sekolah rendah ini. Sama2lah kita doakan moga anak kita semua di berikan kesihatan yg baik sepanjang menduduki peperiksaan ini, di berikan ketenangan, di permudahkan menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dngn kehendak soalan serta berjaya dngn cemerlang.

Pada anak2 juga adik2 di luar sana, sentiasalah tenangkan diri dan sentiasalah yakin dngn jawapan yg di berikan. Selama ini dah bersusah payah dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan, jadi tiada sebab utk melakukan kesilapan yg tak sepatutnya. Selain usaha dan doa, bertawakkallah kepada Allah SWT, moga ilmu yg di pelajari selama ini mendapat keberkatan dari Nya. Aamiin..

Selamat Maju Jaya.

Amalan yg boleh di lakukan oleh ibu bapa samada di rumah/ di pejabat ketika anak2 sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan.

Wednesday, September 5, 2012

Kek Seri Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah kek yg paling senang dan semestinya sedap. Sebelum ni pernah buat guna susu pekat/air/susu cair. Kali ni kita guna santan pula. Makin berlemak makin sedaplah pulak. Kalau nak rasa tu bolehlah mencubanya. Kek ni juga sebagai hidangan di pagi raya, semuanya suka. Kalau ada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahan:

  • 500 gm biskut marie - patahkan 2
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telor gred A - pukul sikit
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko (Yatie guna jenama Van Houten)
  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Sapukan mentega di sekeliling loyang, ketepikan. Kalau alas plastik lagi mudah di keluarkan dari loyang. Guna loyang 9 inci.
  2. Masukkan mentega dlm kuali, masukkan gula dan bahan2 lain kecuali biskut marie.
  3. Masak guna api sederhana sehingga sedikit pekat dan berkilat. Masa ni guna whisk je gaul supaya rata adunan.
  4. Setelah sebati, masukkan biskut tadi dan gaul rata.Tutup api.
  5. Kemudian cedukkan adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan dan tekan padat dengan sudip atau penekan kek lapis.
  6. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah masukkan dalam petiais lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan bolehlah keluarkan dari petiais, biarkan sebentar dan bolehlah di potong. Simpan selebihnya semula dlm petiais.

Tuesday, September 4, 2012

Ikan Siakap Berlado Ala Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Inilah menu ringkas buat berbuka puasa tadi. Resepi dari Mat Gebu, mmng mabeleslahhhhh. Kalau tak caya, bolehlah cuba sendiri. Kali ni saya masak berkuah sikit, kalau masak kering...alamat tinggal ikan jelahhhh. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi mudah ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Akak mmng suka masakan Nyonya mcm ni...bertambah2 nasi dan lauk, cuma akak gantikan ikan sembilang pada ikan siakap....mmng best. Jom semak resepinya. Kawan2 boleh juga guna ikan kegemaran.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan sembilang saiz sederhana-Yatie guna ikan siakap
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah-Yaie tambah
  • Secubit belacan
  • 2 keping hirisan lengkuas
  • 2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang dikerat pada 5 bahagian (atau ikut suka), cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan gaul dengan tepung gandum, perap lagi 10 minit, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Biar sekejap dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  3. Panaskan minyak, tumis serai hingga harum, masukkan bahan tumbuk lumat dan daun limau purut, tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan tambah jus limau kasturi. Masak sekejap.
  5. Tuang atas ikan, ratakan dan boleh dihidang untuk berbuka puasa....

Monday, September 3, 2012

Biskut Suji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alamakkkk baru buat biskut raya ke? Biskut suji ni buat masa 2 hari sblm raya. Masa tu dah tak sempat nak kongsikan resepinya kat sini. Alang2 nak n3 blog ni, bolehlah saya kongsikan resepinya kat sini pula. Sebelum ni dah buat biskut suji salju, kali ni buat yg asli punya...mmng sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya....lepas ni bolehlah buat utk raya haji pulak.


Bahan-bahan
  • 250 gm minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gm tepung suji
  • 300 gm tepung gandum
  • 30 gm susu tepung
  • secubit garam
  • ceri merah - utk hiasan
  • cawan kertas secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
  2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
  3. Adunkan hingga jadi doh yg lembut. Rehatkan 15 minit
  4. Bulatkan dan masukkan dlm mangkuk kertas
  5. Hiaskan dgn ceri yang telah dihiris kecil
  6. Bakar selama 20 minit sehingga masak

Sunday, September 2, 2012

Salam Kemerdekaan dan Salam Lebaran di Sedenak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni baru berkesempatan nak kongsikan gambar2 kemeriahan beraya di rumah Mat Gebu. Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mat dan keluarga kerana sudi menjemput akak sekeluarga juga rakan2 yg lain. Gembira dan terharu dibuatnya. Mulanya Che Mat jemput dtng rumah masa Kak Ummi dan Azlita dtng sabtu lepas. Tapi sayang saya tak dpt turut sama memeriahkan majlis tu disebabkan saya dan keluarga berada di Kedah masa tu. Che Mat tetap jemput juga sabtu baru2 ni sempena 31 ogos 12. Kali ni mmng dpt dtnglah, tapi agak lewat sikit disebabkan hal tertentu. Walau lewat, saya sempat juga bertemu Che CT yg tak disangka2 tu. Kebetulan masa saya sampai je rumah Mat Gebu, Che CT dah pun bersiap utk berangkat ke rumah saudaranya. Saya pun takmo lepaskan peluang bergambar bersamanya. Maklumlah sebelum ni hanya bertegur sapa di alam maya je. Bila dah bertentang mata tu, apalagi.....he3..

Bila dah masuk rumah tu, mata pun tertumpu ke arah Qhaliff je. Tak sabar rasanya nak dukung dan peluk dia, memang geram betullah tngk Qhaliff .....comel je bujang kecik ni. Bila dah dpt dukung tu, barulah jamu selera dngn hidangan yg sungguh menyelerakan. Kali ni kami dihidangkan dngn soto dan laksa Johor. Air tangan Che Mat Gebu ni mmng sedap betullah. Bila dah siap makan sambung dukung Qhaliff lagi, sampaikan terlupa nak rasa kek yg Mat Gebu buat...adoyaiiiii penangan Qhaliff...hah3...

Senda gurau Sis Lin, Ayu,Sue Joshua dan Linda membuatkan hari kami bertambah meriah. Saya ni pemalu sebenarnya. Bila dah bergaul dngn diaorang buat kali ke 3 di rumah Mat Gebu, hati ini menjadi selesa dan serasi sekali. Kali ni saya berkenalan pula dngn blogger Gadis Bunga dan Oh Oeya. Seronok dpt bersembang dngn Mak Et juga Sunah si gadis manis. Terima kasih sekali lagi pada Che Mat Gebu sekeluarga atas layanan yg diberikan. Hanya Allah SWT saja yg dapat membalas budi baik Mat sekeluarga. Akak sentiasa doakan yg baik2 buat Mat sekeluarga. Moga bertambah2 murah rezeki Mat sekeluarga.
Jomlah kita tngk gambar di rumah Mat Gebu ni...layannnnn..


suka tngk gambar ni, Qhaliff genggam erat jariku....

masa nak balik sempat bergambar dngn Mak Yah

mmng ayu jelita Sue Joshua ni...rajin plk tuuuu...

Bersama blogger Gadis Bunga

Ben Ashaari dan Qhaliff

Bersama blogger Mak Et

Anakanda Talhah pun takmo lepaskan peluang bergambar dngn Qhaliff yg comel ni...


Bersama blogger Oh Oeya dan Sunah

mmng comel Qhaliff ni....


Bersama Sis Lin dan Linda

Bersama Sue Joshua dan Ayu...cuci pinggan mangkuk lagi..

Bersama Ibu Qhaliff Pn Azila




Bersama Che CT