Kenangan Di San Antonio, Texas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya berkesempatan untuk letak gambar2 sepanjang perjalanan kami ke California. Tempat pertama yg kami tuju adalah Texas sebab Texas terletak bersebelahan dengan Louisiana tempat tinggal kami. Banyak tempat2 menarik di Texas ni, antaranya San Antonio adalah tempat yg paling menarik. Sebelum ni saya juga pernah singgah di Houston. San Antonio terkenal dengan River Walk, sbb di sepanjang shopping complex terdapat sungai buatan yg di panggil River Walk. Ok jom lihat gambar2 yg sempat di ambil....







Friday, July 30, 2010

Bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga dan tugas seharian.Terima kasih kepada kawan2 yg sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku semasa ketiadaan saya. Saya amat menghargainya dan rasa gembira sangat dengan kehadiran kawan2 semua. Kepada kawan2 yg singgah...maaf kerana tidak dapat membuat kunjungan balas buat masa ni....insyaAllah di lain kesempatan saya akan buat kunjungan balas. Sebenarnya saya bercuti seminggu kerana pergi ke California. Hajat di hati nak cerita tentang percutian terkini, tapi di sebabkan masa yg tidak mengizinkan dan kesukaran line internet di hotel2 yg berlainan, menyebabkan keinginan tu terpaksa di lupakan.

Sebagai tidak mahu menghampakan kawan2 yg baru dan lama singgah ke sini, saya ceritakan sedikit tentang perkhabaran kami sekeluarga. Alhamdulillah setakat ni kami sekeluarga sihat walafiat. Sepanjang percutian ini, cuaca yg nyaman membuatkan kami berasa seronok dengan percutian ini. InsyaAllah di masa akan datang, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan foto2 yg di ambil semasa di California. Kami pergi dengan menaiki kereta, jadi bnyk tempat2 menarik yg sempat kami singgah. Setakat ni kami singgah di River Walk San Antonio, Disneyland, Universal Studios, Hollywood dan Grand Canyon.
Oklah setakat ini dulu, lain kali kita jumpa lagi ya....tungguuuuu...

Wednesday, July 28, 2010

Ayam Goreng Madu Petaling

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah resepi Ayam Goreng Madu Petaling. Resepi ni saya ambil dari K.Ummi....dan saya pun tak tahu kenapa namanya begitu. Saya C&P resepinya disini ya Kak...terima kasih di atas resepi yg mudah dan sedap ni.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (di potong 12 dan dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 inci halia * (bahan * dihiris-hiris)
  • 4 camca besar serbuk kari daging/ayam
  • 4 camca besar madu
Cara Memasak:-
  1. Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
  4. Masukkan madu dan kacau kejap.
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
  6. Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

Monday, July 26, 2010

Sup Tulang Hadnyai

Salam dan bertemu kembali. Ini pula menu sup tulang hadnyai. Resepi asal menggunakan ayam dan saya tukar pula pada daging/tulang...mmng lagi sedap. Resepi asal boleh di lihat di sini.


BAHAN - BAHANNYA
  • 800 gm tulang/daging
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging di bersihkan, cuci dan toskan. Rebus sehingga empuk.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan tulang/daging tadi dan gaul rata. Masak hingga daging kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga daging masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

Moist Chocolate Chiffon

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek chiffon coklat yg saya buat tempohari. Kek ni sungguh lembut dan sedap. Resepi asal adalah dari Mat Gebu...izinkan akak letak resepinya di sini ya CMG....terima kasih banyak2.


BAHAN A :-
  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
BAHAN B :-
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  4. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  6. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya.
  7. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang....

Sunday, July 25, 2010

Kuih Serimuka Jagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kuih serimuka jagung yg saya buat. Sebenarnya skrng saya sibuk sangat, tapi sempat lagi mengukus kuih. Kuih ni asalnya di rumah As, tapi saya adalah tukar bahan2 sikit ikut kesesuaian loyang ni. Terima kasih As kerana berkongsi idea untuk kuih yg sedap ni. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya ya.



Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn jagung biji dlm tin
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan 1 jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Bahan lapisan atas:-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Perisa/pewarna merah dan hijau..atau apa2 kaler
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan hijau dan diikuti warna hijau.
  7. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  8. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  9. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Saturday, July 24, 2010

Mee Hailam

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kali ni saya cuba resepi mee hailam dari Kak Liza yg sememangnya pakar memasak tu. Resepi ni mudah je, saya skrng busy dan tak sempat nak taip resepi. Jadi izinkan saya C&P resepinya di sini ya kak...terima kasih banyak2.



Bahan-Bahan:
  • 600 gm mee kuning
  • 100 gm isi ayam (hiris nipis-saya guna daging yg dah rebus)
  • 100 gm udang
  • 250 gm sawi hijau [potong kecil]
  • 100 gm bunga kubis [hiris]
  • 1 biji cili merah [mayang]
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 atau 2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
Bahan Hias
  • 3 batang daun sup ]
  • 3 batang daun bawang ] potong pendek
  • garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam/daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
  5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
  6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.
  7. ** Biasanya saya celur mee sebentar, toskan dan ketepikan, bila nak makan baru siramkan kuahnya di atas mee tadi.

Friday, July 23, 2010

Nasi Goreng Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah sarapan pagi kami sekeluarga hari ni iaitu Nasi Goreng Pedas. Biasanya saya suka masak letak belacan, kali ni saya cuba resepi nasi goreng dari Kak Ummi pula. Memang sedap dan terasa lain dari yg lain. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya...terima kasih banyak2.


Bahan:-
  • 4 mangkuk sedang nasi putih
  • 1/2 cawan ikan bilis halus - goreng garing dan ketepikan dulu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 6 urat kacang panjang - potong kecil2
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris halus
  • 1/4 biji kobis - hiris halus2
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 2 biji telor - goreng hancur2 kan dan ketepikan dulu
  • 1 biji cili merah - racik halus
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar campuran rempah masala
  • 2 sudu makan sos ikan
  • garam dan sedikit gula
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, rempah masala dan rempah kari, kacau sebentar.
  3. Masukkan sos ikan, kacang panjang, bunga kantan dan kobis. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan nasi. Gaul rata, masukkan cili hijau.
  5. Goreng lagi nasi hingga benar2 masak.
  6. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan telor tadi dan kacau balik rata-rata. Angkat.

Thursday, July 22, 2010

Green Princess Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah Green Princess Cookies yg saya buat semalam. Sebenarnya bukanlah dah tak sabar nak raya...hanya sekadar mencuba biskut2 yg di rasakan sesuai untuk pilihan raya kali ini. Bila dah buat ni, kita tahu mana satu biskut yg menjadi pilihan di musim perayaan nanti. Biskut ni sedap...resepi asal adalah dari K.Liza, izinkan saya C&P resepinya di sini ya kak, terima kasih banyak2.



Bahan A
  • 100 gm mentega
  • 75 gm minyak sapi
  • 60 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
  • 50 gm serbuk badam
  • 15 gm tepung beras
  • 220 gm tepung gandum
Bahan hiasan :
  • Coklat masakan putih
  • Manik gula warna warni
Cara-Cara
  1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
  3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan menggunakan acuan.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
  5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.( Setelah siap, saya letak dlm peti ais selama 10 minit supaya coklat putih cepat membeku)

Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, tak sabar rasanya menanti kehadiran Bulan Ramadhan. Moga kita sama2 di beri kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak ini dengan penuh kesyukuran. Rasanya ramai para ibu2 sudah memikirkan juadah bersahur dan berbuka puasa untuk keluarga tersayang. Kali ini saya ingin berkongsi bersama kawan2 semua untuk menyediakan juadah berbuka puasa yg sememangnya mudah dan sedap. Di sini saya amat tertarik dngn Segmen Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari....ayuh marilah kawan2 semua join segmen ini....terutama blog masak2 samada yg baru ataupun yg lama. Dari sini kita akan dapat banyak manfaatnya...lebih2 lagi bertukar2 menu masakan pada bulan Ramadhan yg mulia nanti. Di samping menjaga amal ibadat kita pada bulan yg mulia, apa salahnya kita menyediakan masakan yg sememangnya sedap utk keluarga.

Di sini ada juga di sertakan syarat2 tertentu utk segmen ni....tapi taklah susah mana...antaranya.

1. Letakkan banner Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari dan letak link tersebut.
=> Okay saya dah letak kat atas tu..... syarat Ben Ashaari.

2. Resepi Pilihan...dari mana dpt resepi tu dan kenapa memilih resepi tu...letak link resepi tu.
=> Resepi Pilihan Ramadhan- Puding Berkuah
=> Resepi ni saya dapat dari ibu tersayang yg sememangnya suka dengan puding berkuah ni.
=> Kenapa?....Puding Berkuah ni kegemaran kami sekeluarga sebagai juadah berbuka puasa, tak kira bulan puasa, hari2 biasa pun kami sekeluarga suka makan puding ni sebagai dessert.Kalau kawan2 nak tahu resepinya, bolehlah rujuk di SINI..memang puas hati bila buat sendiri.

Ok Ben akak dah siapkan tugasan ni...harap berpuas hati ya. Pada kawan2 yg belum buat tu...bolehlah buat seperti di atas....ikut contoh 1 dan 2...itu je.

Sotong Oriental

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak lauk sotong oriental. Resepi asal adalah dari Madihah dan saya C&P dari rumah Ayu. Terima kasih resepi yg sedap ni rasa ala2 tumis tom yam, kari dan sos tiram...mmng sesuai namanya sotong oriental...sedap sangat bila di makan bersama nasi putih hangat...jom lihat bahan2 yg di perlukan.



Ingredients:-

  • 500g sotong - dibersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & toskan
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang merah- dihiris
  • 3 ulas bawang putih- dicincang
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji cili hijau-dihiris(Madiha tambah)
  • 5-6 biji cili padi campak aje-(ayu tambah..hehe)
Bahan2 ini dicampur jadikan pes
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu kecil rempah kari ikan
  • 11/2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 6 sudu besar air panas
Method:-
  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biarkan lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan sotong dan cili hijau. kacau rata.
  4. Masukkan garam(jika perlu) & gula dan masak 5 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 20, 2010

Kuih Lompat Tikam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kuih lompat tikam yg saya buat petang tadi. Hari ni lambat sikit n3 sbb sibuk sangat. Resepi asal adalah dari Kak Liza, izinkan saya letak resepinya di sini ya kak....terima kasih banyak2. Setelah penat berkemas, makan kuih lompat tikam yg sejuk ni....fullamak sedap betul...Kalau kawan2 nak rasa tu, cubalah resepi yg sememangnya sedap ni.



Bahan Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 s/k air kapur
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya alas plastik je..)
  2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
  3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
  4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara
  1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
  2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
  3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
  4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
  5. Bila dah sejuk potong kuIh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
  1. 1 cawan gula merah
  2. 1 cawan gula biasa
  3. 2 cawan air
  4. 1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
  1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
  2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

Monday, July 19, 2010

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek yg saya buat utk hari ulangtahun suami saya semalam. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi ucap selamat....terharu rasanya. Sebenarnya suami saya tak kisah, takde kek pun takpe.....cuma anak2,biasalah bila tiba hari jadi mesti suruh buat kek. Carrot Cake ni mmng sesuai utk majlis ringkas ni....rasanya sesuai dngn namanya Heavenly Carrot Cake....mmng sedap sangat. Resepi asal adalah dari Jun Cup Cake dan saya C&P dari CMG....terima kasih kepada penyumbang resepi.



BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana)
  • 50 gm mentega
  • 215 g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gm gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
UNTUK CREAM CHEESE :-
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
  2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturunkan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

Sunday, July 18, 2010

Kari Ayam Kerisik

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk kari ayam kerisik yg saya masak yg di makan bersama nasi carrot. Biasanya saya makan bersama ayam masak merah, tapi kali ni saja tukar selera sikit. Bila ada lebih kuah kari tu...biasalah projek seterusnya, makan dengan roti jala atau lempeng je. Resepi ni dari Mat Gebu Lagi...Mat, Izinkan akak C&P resepinya di sini ya. Terima kasih banyak2....resepi asal guna daging...akak memandai je tukar pada ayam..hi3..


BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 250 ml pati santan
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar rempah kari ayam
  • 1 camca besar kerisek
  • Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS :-
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS :-
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..

Nasi Carrot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi ucap selamat pada kami sekeluarga. Hanya Allah saja yg membalas budi baik kawan2 semua. Hari ni saya masak nasi carrot je. Nasi ni sesuai di makan bersama ayam masak merah, ayam masak kari dan sebagainya. Semuanya tu bergantung pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Kak Hanieliza. Terima kasih kak resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni.


Bahan-Bahan
  • 4 cwn beras basmati....basuh dan toskan
  • 1 cwn carrot [potong dadu kecil]
  • 1 cwn susu cair
  • 4 cwn air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 s/k gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 2 s/b rempah kurma
  • 5 ulas bawang merah.]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia ]
  • 3 s/b minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar.....mayang
  • daun pandan........simpulkan
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Hidangkan dengan lauk kegemaran.

Happy Birthday My Love ♥




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping tugas seharian dan di samping insan2 tersayang. Hari ini 17.7 adalah hari ulangtahun suami saya, Mohd Khata bin Hj Jabor yg ke 42 thn...(berumur sikit..hi3..). Alhamdulillah masih di beri kesempatan utk menikmati hidup dan beramal soleh, semoga amal ibadat kita di terima olehnya. Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat suamiku tersayang, moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, beroleh rahmat dan kasih sayang Allah selalu, menjadi suami dan ayah mithali, membimbing dan melindungi kami...dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

=> Abang...sesungguhnya daku berbangga memilikimu...terima kasih kerana menyayangi dan menghargaiku selama ini, terima kasih kerana sama2 mendidik dan menyayangi anak2 kita dan terima kasih di atas segalanya.

Saturday, July 17, 2010

Sloppy Joe

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya masak daging cincang ala2 sloppy Joe. Dah lama teringin nak masak mcm ni sbb bnyk stok daging cincang. Kenapa namanya sloppy Joe, saya pun tak tahu....kenalah tanya tuan punya resepi ya. Resepi ni saya ambil dari blog Hana dan Hana pula ambil dari MamaFami. Terima kasih ya Hana resepi yg ringkas dan sedap ni. Saya C&P di sini pulak ya.



Bahan-bahan
  • 450g daging kisar
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan bawang besar - cincang
  • 1/4 cawan carrot - cincang
  • 1 sudu teh mustard
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 3 sudu teh gula perang
  • garam secukup rasa
  • 1 s/k blackpepper
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng hingga layu.. Masukkan daging dan juga carrot. Masak hingga kering.
  2. Masukkan sos tomato, mustard dan gula perang. Masak sebentar. Perisakan dengan garam dan juga blackpepper. Matikan api.
  3. Belah tengah roti hotdog,(saya sapu sedikit mayonis) masukkan daging tadi. Enjoy!!

Friday, July 16, 2010

Ikan Masak Singgang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak simple je...maklumlah busy sangat. Acara masak2 tetap berjalan seperti biasa walau sibuk macamana pun. Oklah resepi saya C&P je dari Hana, dan Hana pula ambil dari Mat Gebu. Masak singgang ni simple je bahan2nya tapi saya kesuntukkan masa nak menaip di sini....so jalan terbaik adalah C&P je. Terima kasih...


Bahan-bahan
  • 3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan (ikan lain pun boleh..)
  • 1 liter air (nak lebih boleh tambah)
  • 1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1 inci halia, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
  • 1 helai daun kunyit, ( daun kesum pun boleh..)
  • 8 biji cili padi merah, diketuk
  • sedikit belacan(saya tambah..sedap..)
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa(letak gula sedikit..)
  • tomato@bendi
Cara-cara
  1. Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
  2. Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!

Thursday, July 15, 2010

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi Apple Crumble Muffin yg saya buat petang tadi. Resepi ni saya ambil dari rumah CMG.....terima kasih ya Mat Gebu resepi yg sedap ni...minta maaf sebab saya guna gula perang utk bahan crumble tu. Muffin ni sedap dan lembut je. Kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....

Wednesday, July 14, 2010

Laksa Kelantan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak Laksa Kelantan atau laksa kuah putih, jadi tak makan nasi hari ni. Lepas makan laksa, makan pula agar2 santan gula merah utk sejukkan tekak....mmng sedap betul. Resepi asal adalah dari Maz Ilham Dapur dan saya C&P dari rumah Mat Gebu. Dah lama nak makan laksa ni, tapi tak ada stok daun kesum, tu yg tangguhkan dulu. Hari ni puashati sebab dapat makan laksa yg di idam2kan. Terima kasih pada Maz dan CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan...



BAHAN KUAH LAKSA :-
  • 5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
  • 1/2 camca besar gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
  • 2 cawan air*
  • 1 keping asam gelugur*
  • 4 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 s/b serbuk lada hitam(saya tambah...mmng sedap)
BAHAN LAIN :-
  • Laksa secukupnya
  • Hirisan halus timun
  • Taugeh, dibuang ekor
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan pucuk daun kesom
  • Hirisan kacang panjang
  • Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan(bakar sekejap) + sedikit garam dan gula = tumbuk halus)
  • Belahan limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-

1. UNTUK KUAH LAKSA :-
  1. Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang.
  2. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata.
  3. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  4. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
2. UNTUK LAKSA KELANTAN :-
  1. Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai.
  2. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

Agar-Agar Santan Gula Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah salah satu dessert yg paling saya suka sejak kecil lagi. Kalau suruh mak buat kuih mesti suruh buat agar2 santan gula merah ni atau perisa pandan. Memang sedap betul....kena pulak bila di sejukkan...hai sedap tak terkatalah. Resepi mak lebih kurang macam resepi yg Kak Zana buat. Kalau dulu2 guna agar2 strip, skrng nak mudah guna agar2 serbuk je. Oklah mari kita lihat resepi agar2 santan yg menggunakan agar2 serbuk.Terima kasih kepada penyumbang resepi.



Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Tuesday, July 13, 2010

Cornflake Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi biskut cornflakes madu yang saya buat semalam. Sebenarnya biskut ni bukanlah tunggu raya baru saya buat..kerap juga saya buat cornflakes madu ni sebagai kudap2an. Suami dan anak2 memang suka sangat cornflakes madu ni....jadi sememangnya bila menjelang raya kuih inilah yg paling banyak saya buat. Buatnya pun mudah. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 7 sudu besar madu
Bahan B
  • 6 cwn cornflakes
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, July 12, 2010

Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah menu ringkas saya hari ini. Saya masak ayam goreng kunyit. Masakan ini mudah je ada ayam dan sayur-sayuran. Biasanya menu macam inilah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Biasanya saya tukar ayam pada daging ataupun udang, pastu campur je dngn sayur-sayuran, mmng sedap. Ok mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan.
  • 2 keping isi dada ayam- dipotong kecil
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam(utk gaul bersama ayam)
  • 3 biji bawang putih, dihiris halus
  • 1 inci halia, di hiris halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 1 btng lada merah, dihiris serong
  • 4 btng lada hijau, dihiris serong
  • 1 btng carrot- dipotong serong
  • 1 cwn brokoli- dipotong kecil
  • 1 cwn cauliflower- dipotong kecil
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasak.
  1. Daging ayam di potong kecil, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di kuali. Goreng ayam yg di lumur kunyit dan garam tadi. Goreng hingga ayam sedikit garing.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia..... gaul hingga sekata.
  4. Masukkan hirisan lada hijau dan merah. Gaul hingga sebati dan tambahkan sedikit garam dan gula jika perlu.
  5. Masukkan carrot, cauliflower dan brokoli.Jika perlu, masukkan sedikit air.
  6. Setelah siap angkat dan hidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  7. Siap dan boleh di makan bersama nasi putih hangat.

Sunday, July 11, 2010

Puding Roti Caramel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Hari ini saya buat puding roti caramel. Puding ni sedap di makan bila di sejukkan.....dngn cuaca yg panas sekarang, mmng sesuai sangat makan sebarang jenis dessert. Ini adalah salah satu dessert yg sedap dan mudah utk menyediakannya. Resepi asal adalah dari Chef Hanilieza dan izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak. Terima kasih banyak2.



Bahan A:
  • 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti( saya jadikan gula hangus dahulu, pastu tuang di loyang yg nak dikukus...)
Bahan B
  • 1 buku roti [10 keping]
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
  • 1 tin buah koktel/peach
Cara Penyediaan.
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
  3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
  4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
  7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach
  8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert