Tuesday, July 20, 2010

Kuih Lompat Tikam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kuih lompat tikam yg saya buat petang tadi. Hari ni lambat sikit n3 sbb sibuk sangat. Resepi asal adalah dari Kak Liza, izinkan saya letak resepinya di sini ya kak....terima kasih banyak2. Setelah penat berkemas, makan kuih lompat tikam yg sejuk ni....fullamak sedap betul...Kalau kawan2 nak rasa tu, cubalah resepi yg sememangnya sedap ni.



Bahan Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 s/k air kapur
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya alas plastik je..)
  2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
  3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
  4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara
  1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
  2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
  3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
  4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
  5. Bila dah sejuk potong kuIh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
  1. 1 cawan gula merah
  2. 1 cawan gula biasa
  3. 2 cawan air
  4. 1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
  1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
  2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

14 comments:

  1. eeeee geramnya tengok kuih lompat tikam ni,tak boleh jadi ni kna buat jg ni

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie,nak minta izin amik beberapa resepi kat blog akak yer..Kak Yatie blk mesia bila n kat mesia nanti tnggal di mana..??

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie,
    Nape ye nama kuih nie lompat tikam? Masa Yati masak kuih nie melompat2 ke pas tu tetikam kat kuih tu ngan garpu..huu.huu.huuu..saya belum pernah cuba buat, makan jauh sekali tapi akan ku cuba membuatnya nanti....

    ReplyDelete
  4. sedapnyer nih kak klu wat bbuka pose! waduhhhhh nikmatt!!

    ReplyDelete
  5. yatie..sama dengan bubur som som tu kan..nama aje lain ye..

    ReplyDelete
  6. salam yatie.. akak dah try buat kuih ni posa tahun lepas akak amek dr kak ummi kuantan..mmg sedap dan lembutnya mmg menawan hati kuss...tak rugi mencuba wahai teman2 sekelian..

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie,

    Kalo nk bagi cukup syaratnya, kena ada pulut kaler merah.....barulah dinamakan lompat tikam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu blh phng x de pulut merah...tp bl saya dtng ddk besut,trgu ada pulut mrh...

      Delete
  8. mmg dah lama nak buat kuih nie...insyaAllah klu diizinkan pasti akan saya buat 1 hari nnt...sesungguhnya yatie nie powerlah...sesibuk-sibuk die mengemas, sempat jugak menyiapkan juadah dan berkongsi dgn kita semua *thumbs up*

    ReplyDelete
  9. salam k.yatie..resepi kuih ni zla simpan utk bulan puasa nanti..dah masuk list dahni.heheh.tq

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie..Akak pun belum pernah rasa jauh sekali membuatnya..kalau nak buat pakai loyang besar mana erk!...manalah tahu kalau sampai seru...boleh tambah juadah untuk berbuka puasa kan!

    ReplyDelete
  11. selalu beli kat pasa ramadhan jerk...x pernah buat sendiri....maybe next time leh cuba buat sdiri...

    ReplyDelete
  12. salam yatie

    kita selalu beli jer lompat tikam ni coz bebudak tu tak gitu minat..tapi ai sukerr skali..sedap..

    ReplyDelete
  13. nanti saya nak cuba sbb my mr hubby suka

    ReplyDelete