Thursday, July 15, 2010

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi Apple Crumble Muffin yg saya buat petang tadi. Resepi ni saya ambil dari rumah CMG.....terima kasih ya Mat Gebu resepi yg sedap ni...minta maaf sebab saya guna gula perang utk bahan crumble tu. Muffin ni sedap dan lembut je. Kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....

4 comments:

  1. Yatie next time tunjuk kan hasil dalam muffin tu ye. terima kasih...suke crumble tu.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Kak yati..Sy nih slh sorg follower blog akak..Rajin la akak msk mcm2 wlpun jauh dperantauan..Bila akak blk mesia n nanti tgl katner..??

    ReplyDelete
  3. kak yatie mai rumah....jgn lupa bawak mapin..saya tuko ngan award ye

    ReplyDelete
  4. Lina=> Kali ni terlupa plk nak ambil gambar muffin yg di belah ni....tapi mmng sedap...

    Zaliedana=> wkmsalam, terima kasih sudi singgah dan follow blog akak...akak masak sempoi2 je..blik Msia nnti akak dok Johor dan akak mmng orng Johor..

    Izah=> terima kasih bagi akak award ya...nah ambillah 3 ketoi muffin ni...

    ReplyDelete