Friday, July 23, 2010

Nasi Goreng Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah sarapan pagi kami sekeluarga hari ni iaitu Nasi Goreng Pedas. Biasanya saya suka masak letak belacan, kali ni saya cuba resepi nasi goreng dari Kak Ummi pula. Memang sedap dan terasa lain dari yg lain. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya...terima kasih banyak2.


Bahan:-
  • 4 mangkuk sedang nasi putih
  • 1/2 cawan ikan bilis halus - goreng garing dan ketepikan dulu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 6 urat kacang panjang - potong kecil2
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris halus
  • 1/4 biji kobis - hiris halus2
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 2 biji telor - goreng hancur2 kan dan ketepikan dulu
  • 1 biji cili merah - racik halus
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar campuran rempah masala
  • 2 sudu makan sos ikan
  • garam dan sedikit gula
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, rempah masala dan rempah kari, kacau sebentar.
  3. Masukkan sos ikan, kacang panjang, bunga kantan dan kobis. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan nasi. Gaul rata, masukkan cili hijau.
  5. Goreng lagi nasi hingga benar2 masak.
  6. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan telor tadi dan kacau balik rata-rata. Angkat.

3 comments:

  1. bestnyer.. nyumm nyumm..
    mie bab nasi goreng selalu hubby yang terror masak.. hihihihi sedap je kalau dia buat.. kalau mie buat sure tak cukup rasa la .. tak best laa.. hihihihi
    kalau goreng mee or keteow n bihun... mie ok laa.. hehehehe

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

    ReplyDelete
  2. yatie..baca resepi pun dah lain..bahan2nya..sebab ada campur kari..yatie pun dah kata sedap..boleh cuba jugak ni..

    ReplyDelete
  3. hah mmg lain drp g ln...nnt blh cuba...

    ReplyDelete