Thursday, July 22, 2010

Green Princess Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah Green Princess Cookies yg saya buat semalam. Sebenarnya bukanlah dah tak sabar nak raya...hanya sekadar mencuba biskut2 yg di rasakan sesuai untuk pilihan raya kali ini. Bila dah buat ni, kita tahu mana satu biskut yg menjadi pilihan di musim perayaan nanti. Biskut ni sedap...resepi asal adalah dari K.Liza, izinkan saya C&P resepinya di sini ya kak, terima kasih banyak2.



Bahan A
  • 100 gm mentega
  • 75 gm minyak sapi
  • 60 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
  • 50 gm serbuk badam
  • 15 gm tepung beras
  • 220 gm tepung gandum
Bahan hiasan :
  • Coklat masakan putih
  • Manik gula warna warni
Cara-Cara
  1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
  3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan menggunakan acuan.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
  5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.( Setelah siap, saya letak dlm peti ais selama 10 minit supaya coklat putih cepat membeku)

5 comments:

  1. salam yatie...wahhh dah buat percubaan untuk raya ye...baguslah tu,cuba2 dulu...nanti boleh pilih mana yang lebih sedap untuk dibuat rayakan...

    ReplyDelete
  2. mesti sedap sebab ada minyak sapi tu..rasa dia rangup keras ke rangup lembut kak?erkk..betul ke soalan nih

    ReplyDelete
  3. betul..larra pun salu try buat dulu..pastu baru tau sesuai tak ngan tekak kita kan..hehhe.

    ReplyDelete
  4. salam yatie.
    amboi...dh mencuba resepi kuih raya ye? cuba byk2 ye...lps tu bagitau mana yg sedap. leh k.ita copy resepi dan buat utk raya nanti...hehehe

    ReplyDelete