Tuesday, October 30, 2012

Sambal Sotong Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu biasa je. Sambal sotong sedap yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Lebih sedap lagi kalau makan dngn nasi lemak..perghhhhh mmng  mabeleslahhhhh. Menu siang tadi, ringkas je kan....jomlah semak resepi sempoi ni....tak tau nak kata apa2 daaaaaaa.....


Bahan-bahan
  • 1 kg sotong (dibersihkan dan toskan)
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1/2 inci belacan  * 
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cwn cili kisar
    1 sudu besar kicap jalen manis
    1/2 labu bawang besar (dimayang)
    garam dan gula - secukup rasa
  • 1 /2 cwn minyak utk menumis
Cara-cara
1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
2. Kisar bahan2 bertanda *.
3. Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
6. Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Fruit Jelly

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Fruit jelly ini adalah salah satu dessert yg saya buat masa raya aidiladha tempohari. Satu family suka sangat, maklumlah lepas makan pelbagai juadah di pagi raya.....mesti terasa muak kan. Fruit jelly ni mmng sesuailah di jadikan pencuci mulut, lagi pun ianya bukan saja menarik..tapi sedap dan terasa nyaman je lalu kat tekak. Pada siapa yg dah mencubanya je yg tahu kesedapannya. Pada kawan2 yg belum pernah cuba dan merasa tu, bolehlah mencubanya. Resepinya boleh juga rujuk di SINI.



Bahan-Bahan
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
Cara-cara
  1. k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
  2. utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
  3. masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
  4. bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
  5. bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)
Cara-cara penyediaan-Boleh rujuk di sini
  1. Potong 2 dari sebiji oren.
  2. Torehkan bahagian atas dan bawah oren tp jgn sampai tembus lak ya kulit tu
  3. Amik sudu yg nipis sket (biasanya kalau sudu stainles steel yg mahal2 tu tebal sket kan) dan korek2 bahagian luar isi limau
  4. Keluarkan isi limau
  5. Letakkan atas gelas atau mug utk memudahkan proses menuang jelly
  6. Tuangkan jelly dlm kulit limau dan biarkan adunan sejuk.
  7. Masukkan jelly dgn mug/gelas tu sekali ke dlm peti ais. Biarkan ia mengeras dan sejuk.
  8. Masa nak serve, gunting atau trim kan sket bahagian tepi kulit limau sbb biasanya jelly atau puding akan mendap sket dr acuan.
  9. (Ni nak kasi jelly kita lebih cun dan lebih cantik sket la)
  10. Pastu boleh la dipotong dgn pisau tajam dan hidangkan ....

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai jauh dan dekat, teman2 di alam maya maupun nyata juga sesiapa saja yg mengenali diri ini dan blog Sinar Kehidupanku. Maaf di pinta andai ada salah dan silap, moga hari raya korban ini kita sama2 dpt menghayatinya dngn penuh kesyukuran. Moga kehidupan kita sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT.Aamiin..


Wednesday, October 24, 2012

Funwari Donuts (water roux)

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lama tak wat donat. Petang tadi saya buatlah donat atas permintaan anak2. Kali ni teruja nak cuba resepi dari Ros/Jintanmanis.com yg menggunakan water roux sebagai bahan pelembut dan penaik. Donat ni mmng gebu dan lembut je walau dah sejuk. Anak2 mmng suka sangat, maklumlah musim hujan ni asyik lapar je. Kalau makan donat panas2 ni mmng best sangat. Terima kasih Ros berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak tahu kelembutan Funwari Donuts ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya..



Bahan-bahan
  • 400gram tepung roti 
  • 100gram tepung gandum
  • 170ml air suam 
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar water roux
  • 40 gram shortening atau marjerin @ butter
  • 30 gram susu tepung
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar olive oil@minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 6gram yis
  • serbuk gula untuk salutan pada donut
Water roux
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air
Cara  membuat water roux
  1. masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Cara-cara membuat funwari donuts
  1. Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
  2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
  4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu,  angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
  5. Jika mahu difrozenkan.
  6. - goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.

Tuesday, October 23, 2012

Bertemu Kak Ilah JY dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dikesempatan ini saya nak kongsikan bersama kenangan manis bersama Kak Ilah JY. Sebenarnya pertemuan ini masa Kak Ilah datang UTM sempena majlis konvokesyen anaknya Syafiqah pada 16/10/12. Kak Ilah sempat meluangkan masa berjumpa dngn saya pada 15/10/12 walaupun kesibukkan melanda. Syukur alhamdulillah, bertemu jua akhirnya walau sebelum ni hanya bertegur sapa di laman blog je. Terima kasih Kak Ilah coz sudi singgah rumah Yatie. Maaf atas layanan yg tak seberapa tu. Moga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Kak Ilah ni kecil molek je orangnya, peramah pulak tu. Bila bersembang tu terasa mcm dah  kenal lama je. Terima kasih kak atas buah tangan tu. Kami sekeluarga amat2 menghargainya. Jangan serik ya, lenkali bolehlah singgah lagi. Sekalung tahniah buat Kak Ilah sekeluarga atas kejayaan anak2nya Najihah dan Syafiqah. Sebagai ibu yg melahirkan, pasti kegembiraan berlipat ganda tanda kesyukuran. Moga akak sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin..
Inilah gambar yg sempat di ambil masa kat rumah saya. Masa ni hujan, bergambar dlm rumah....lagilah tak berapa terang sangat. Sedikit juadah yg tak seberapa buat Kak Ilah sekeluarga.




Monday, October 22, 2012

Biskut Cendawan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini adalah antara biskut raya yg saya buat masa raya puasa tempohari. Di sebabakan kesuntukkan masa, jadi tak sempatlah nak kongsikan kat blog. Biskut ni dah habis ya, sbb biskut raya aritu. Kebetulan nak sambut raya aidiladha ni, bolehlah kongsikan idea mudah ni. Sebenarnya berangan nak buat biskut cendawan dari kawan2. Saya pun buat nak cepat je dan ikut selera sendiri, jadi saya guna je resepi biskut badam yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Bila dah siap tu, saya salut je dngn coklat masakkan putih dan tabur manisan manik. Tak sangka ianya mudah, menarik dan pastinya sedap. Resepi biskut ni saya kopipes diSINI.  Kalau berkenan tu, bolehlah cuba..




 
Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan-coklat masakkan putih secukupnya dan manisan manik
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati je. Masukkan telur dan pkl sebati je, jngn lama2 sngt ya.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang yg telah di sapu sedikit mentega.
  5. Bakar selama 20 minit/sehingga masak dngn suhu oven 160C.
**Biarkan biskut betul2 sejuk barulah celupkan sedikit coklat masakkan putih di hujungnya.
    Taburkan sedikit manisan manik ke atasnya.
    Biasanya saya masukkan ke dlm petiais sekejap supaya coklat putih cepat mengeras.
    Setelah siap, bolehlah simpan di dlm bekas.

Friday, October 19, 2012

Bingka Nestum Crunchy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kuih bingka. Kalau nak senang, buat je jemput2 bilis...lagi laku. Kebetulan arini siap masak cepat, jadi saya pun buatlah kuih bingka nestum ni. Tak sabar nak rasa bingka yg di letak nestum ni. Bila dah masak tu, dapatlah merasa. Ternyata mmng sedaplah kuih ni, nak buatnya pun mudah je. Kebetulan kat rumah ni mmng ada je stok nestum, tu yg terus buat. Anak dara saya Seri dan Dina mmng suka makan nestum utk sarapan pagi. Bila buat kuih ni, mereka berdualah yg tak sabar merasa.

Sebelum ni pernah nampak HaSue buat bingka nestum ni, tapi dah ditambah perisa pandan. Sebenarnya saya nak letak perisa pandan juga, tapi dah siap letak santan dan susu cair, baru teringat nak blend daun pandan..so tak jadilah nak wat perisa pandan. Kali ni saya letak sedikit pewarna kuning dan tambah sedikit esen vanilla..harum je bau kuih ni masa di bakar. Terima kasih pada Datin Lulu coz berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, kenalah cuba...mmng sedap sangat....


Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )

  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 cawan santan
  • *1 cawan susu segar@ full cream
  • *5 biji telur (B) - cuci dulu
  • *3/4 cawan gula pasir
  • *3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sudu besar tepung jagung
  • *1 sudu kecil garam halus
  • *2 sudu besar butter - dcairkn
  • bahan bertanda* dblend hingga sebati
  • 1 1/2 cawan nestum original 
  • 1 sudu kecil esen vanilla-Yatie tambah
  • sedikit pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-cara

  1. Panaskn oven 180'C
  2. Satukn bahan yg dblend &masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk)
  3. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil...
  4. Masukkan/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum diatasnya
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru potong, ya...
  6. Selamat mencuba . Bagi mendapatkan permukaan yg garing, guna api grill selama 5 minit atau sehingga perang permukaannya.

Wednesday, October 17, 2012

Awol Awol Hoen Kwee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah dengar tak nama kuih ni? Sebelum  ni mmng pernah dengar tapi tak pernah rasa pulak kuih ni. Bila tngk bahan2nya simple je dan cara buatnya pun mudah. Jadi petang tadi saya buatlah kuih awol2 ni. Tak sangka mmng sedap, seakan2 puding dan macam kuih kaswilah pulak. Bila sebut je kuih awol2, Hamka lah orng pertama yg gelak besar....dia klakor bila mamaNya sebut AWOL2. Mula2 tu dia takmo makan sbb nama kuih tu mcm pelik dan tak pernah dengar agaknya. Bila dah rasa....haaaaa.. baru dia tau betapalah sedapnya kuih ni, lembut dan lemak je. 

Terima kasih pada Kak Fida sbb kongsi resepi mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap.  


Bahan- bahan 
  • 1 cawan tepung Hoen Kwee (120g) 
  • 1/2 cawan gula pasir* 
  • 3/4 cawan gula merah* 
  • 1/2 sk garam* 
  • 4 cawan air atau santan cair*(Yatie guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya air) 
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan* 
  • sedikit pewarna coklat (opt.) kelapa parut putih,garam dan daun pandan - dikukus  
Cara-cara
  1. Masak air/santan bersama kedua2 gula,garam dan 2 helai daun pandan hingga mendidih.Tapis dan sejukkan. 
  2. Campurkan tepung hoen kwee, air gula tadi dan pewarna coklat, jika suka dan kacau rata.Masak adunan sambil dikacau sentiasa hingga pekat dan licin. Guna api sederhana je. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yg disapu sedikit minyak.Biarkan kuih benar-benar sejuk Potong kuih kecil2 dan balutkan dgn kelapa parut atau cicah saje dengan kelapa parut ketika menghidang.

Tuesday, October 16, 2012

Kari Kepala Ikan Ala India

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kari ikan ni lauk 2 hari lepas. Macam biasalah, kalau masak kari, mesti makan dngn roti ataupun lempeng. Kalau makan tu mmng tak toleh kiri kanan punya, syok gitewwww....Resepi kali ni dari jejaka Sedenak lagi. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kepala ikan tenggiri bersaiz besar, belah 2 (Yatie guna ikan kerachi )
  • 3 keping isi ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap sebiji
  • 1 btng terung (Yatie tambah)
  • 10 btng bendi (Yatie tambah )
  • 2 camca besar cili kisar
  • 3 1/2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Secubit belacan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 camca teh penuh halba campur
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campur hingga harum, masukkan daun kari, bawang merah hiris dan bawang putih hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Sementara itu bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.Tuang air secukupnya dan kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan juga asam gelugor. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Sunday, October 14, 2012

Roti Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merajinkan diri buat roti naik. Sebenarnya teruja tngk roti yg kawan2 buat, tu yg buat gak ni. Kalau nak mudah mmng beli je, mcm2 roti ada. Keinginan yg terlampau membuatkan diri ini sedaya upaya menguli roti sendiri. Kena pulak hujan2 mcm ni, sedap betul makan roti yg baru kuar dari oven. Makan gitewwww je pun dah sedap.

Sebelum ni nampak ramai kawan2 buat roti naik ni. Kali ni saya ambil resepinya dari Mat Gebu lagi. Kalau singgah dapur Che Mat ni, mmng ada je idea nak buat sesuatu. Kebanyakkannya menjadi. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi roti naik ni. Kalau tngk roti yg Mat Gebu buat, mmng gebu betul, geram je tngk. Lain orang lain gaya dan hasilnya. Tapi takpelah....meh layan roti yg saya buat ni. Suami dan anak2 suka betul makan roti yg saya buat ni.Kebetulan arini masak kari ikan....mmng kena betullah...Jomlah semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung
  • 3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
  • 180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Friday, October 12, 2012

Sambal Sotong Limau Purut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Moga kawan2 semua ceria dan sihat di samping keluarga tercinta juga di samping tugas seharian. Bagi saya sekeluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Sebenarnya sambal sotong ni lauk semalam. Hari ni baru berkesempatan nak kongsikan resepinya di sini. Kali ni cuba resepi dari Mat Gebu, mmng sedap sangat. Biasanya saya masak sambal sotong biasa je. Kali ni tambah buah keras dan daun limau purut...fuhhhhh mmng harum dan sedap sangat. Lama tak makan sotong masak mcm ni, jadi jakun sikitlah...makan bertambah2 nasi dan lauk. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pulak ya. Jom semak resepinya...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram sotong, dibersihkan, potong ikut suka, cuci dan toskan
  • 1 helai daun limau purut, dicarik
  • 1/2 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit hirisan halus daun limau purut untuk hiasan
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 3 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong yang telah ditoskan tadi, dicelur dalam air mendidih, tapi jangan lama sangat celur dalam 30 saat sudah memadai, angkat dan tosk, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, daun limau purut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun limau purut sebelu dihidangkan bersama nasi atau sebagainya. 

Thursday, October 11, 2012

Spaghetti Bolognese lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 ni tayang menu omputihlah pulak. Menu ni mmng kegemaran Hamka. Petang tadi dia cakap pada saya, dah lama mama tak masak spaghetti. Mula tu buat tak tau je. Bila Hamka cakap berulang kali jadi serbasalah pulak. Rasa macam tak kena je. Jadi petang tadi saya pun masaklah spaghetti bolognese kegemarannya. Lagipun bahan2 semua dah ada, satu family pun suka..apalagiiiiiii....kena masaklah juga. Resepi ni boleh lihat diSINI. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Pada penggemar western food tu, bolehlah masak sendiri....jimat belanja dan puashati. Cubalah...


Tuesday, October 9, 2012

Belebat/Lepat Ubi 2

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lama tak bersiaran. Sejak balik dari kampung ni mmng malas sikit nak ngadap blog. Setiap hari masak mcm biasa je, tapi mood tu masih di kampung lagi. Kalau lepas balik kampung je, teringat2 menu kampung yg mak masakkan utk kami sekeluarga. Terasa bahagianya hidup ini...mmng sedap kalau hari2 mak masakan menu2 kampung. Alahaiiiii...sesekali nak bermanja2 lagi dngn mak, apa salahnya kannnnn.

 Ok, kali ni menu dari kampung gak. Daun pisang dan ubi ni dari kampung gak. Jadi hari ni merajinkan diri membungkus belebat ubi kegemaran kami sekeluarga. Saya pun tak perasan berapa keping kuih ni masuk mulut. Masa baru angkat dari kukusan tadi pun saya dah makan dulu....tak sabar nak merasa mengalahkan Hamka pulak. Maklumlah lama tak makan lepat ubi buatan sendiri ni. Resepi kali ni saya sukat guna cawan je. Kalau beli ubi dlm 1 kg tu, ada je yg tak elok atau masuk angin. Jadi, bagi memudahkan kerja, saya kisar ubi tu campur air..pastu baru saya toskan/perah guna kain dan sukat guna cawan...mudahkan. Kalau kawan2 nak cuba tu, boleh guna resepi sempoi ni. Jom semak resepinya. Sebelum ni boleh gak tngk diSINI.






Bahan-Bahan
  • 4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih
Cara-Cara
  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan.
**Yatie guna ubi yg di kisar bersama air dan toskan airnya. Kalau ubi tu diparut, tak payahlah guna air tu ya. Selamat Mencuba...

Friday, October 5, 2012

Butter Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan cheesecake yg sangat sedap. Saya suka kek ni sbb ianya lembut dan seakan span bila kita pegang. Kalau tekan2 kek tu, siap berbunyi lagi, mmng best. Sebelum ni pernah buat diSINI, tapi caranya lain sikit. Kali ni guna cream cheese gak, tapi caranya berbeza sedikit. Telur putih dan kuning di asingkan dulu, tu yg buat kek ni mcm kek span. Terima kasih pada Chef Norzailina kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Bagi penggemar cheesecake tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sngt.


Kek Mentega Keju 
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Wednesday, October 3, 2012

Sambal Kacang Berdaging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tetiba teringinlah pulak nak makan sambal kacang berdaging. Masa raya aritu makan kat rumah kakak,makan bertambah2 sebab sedap sangat. Sebelum ni pernah buat diSINI. Hari ni Hamka siap tanya, kenapa mama tak buat sayur lemak/lodeh. Tergelak di buatnya sebab mamaNya mmng nak makan dngn sambal kacang berdaging je. Sebenarnya hari ni masak nasi dan lauk serta sayur macam biasa. Alang2 ada nasi impit segera, saya pun rebuslah...pastu teringin plk nak makan sambal kacang, apa lagi main lebur jelah semuanya...senang kerja...yg pasti semua sukaaaaaa.....kan... Hamka....Hamka...lain kalilah ya mama masak sayur lodeh tu. Lagipun takmo membazir sbb dah masak sayur kegemarannya tadi. Kalau masak sayur lodeh gak, alamat membazirlah tak di makannya. Lagipun arini mamaNya ada sedikit malaslahhhh...biasalah kdng2 mood ok, kdng2 tidakkkk..ohhhhh. Jomlah semak resepi sempoi ni. Nanti merepek merapulah plk..



 Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan  kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • 3 btng serai-dititik
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering-cuci rendam dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya. Kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambi dikacau sekali-sekala.
  5. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  7. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  8. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. Sambal kacang ni sedap manis2 sikit.

Tuesday, October 2, 2012

Siakap Goreng Bersambal Ala Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya arini masak ringkas2 je. Ini pun menu 2 hari lepas. Biasanya kalau ikan masak sambal macam ni mmng kegemaran saya. Dari zaman anak dara lagi, kalau ikan goreng, pastu di masak sambal mmng terliur yg amat. Kalau makan tu, maunya bertambah2 nasi dan lauk. Selang beberapa jam je dah lapar lagi..tu zaman kanak2 rianglahhhh...skrng tidak lagiiiii.....maunya naik badan nanti. Kita kalau makan ni mesti beringat2 ya, dah berumur ni kenalah jaga kesihatan.

 Biasanya masak sambal ikan macam biasa pun dah sedap. Kali ni cuba resepi dari Mat Gebu, kalau resepi Che Mat ni...umphhhhh mmng sedaplah. Bau daun limau purut dan bunga kantan tu menambah selera. Banyak resepi darinya yg di cuba. Kebanyakkannya menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. 

 


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan siakap-sederhana besar
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • Sos ikan secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Sedikit air
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
  • 3 tangkai cili merah
  • 6-7 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2, kemudian lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam rata2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Alih ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat dan tumis hingga harum. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah daun limau purut, dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, sedikit gula dan hirisan bunga kantan. Kacau dan masukkan jus limau kasturi, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan goreng tadi, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi panas....