Tuesday, October 9, 2012

Belebat/Lepat Ubi 2

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lama tak bersiaran. Sejak balik dari kampung ni mmng malas sikit nak ngadap blog. Setiap hari masak mcm biasa je, tapi mood tu masih di kampung lagi. Kalau lepas balik kampung je, teringat2 menu kampung yg mak masakkan utk kami sekeluarga. Terasa bahagianya hidup ini...mmng sedap kalau hari2 mak masakan menu2 kampung. Alahaiiiii...sesekali nak bermanja2 lagi dngn mak, apa salahnya kannnnn.

 Ok, kali ni menu dari kampung gak. Daun pisang dan ubi ni dari kampung gak. Jadi hari ni merajinkan diri membungkus belebat ubi kegemaran kami sekeluarga. Saya pun tak perasan berapa keping kuih ni masuk mulut. Masa baru angkat dari kukusan tadi pun saya dah makan dulu....tak sabar nak merasa mengalahkan Hamka pulak. Maklumlah lama tak makan lepat ubi buatan sendiri ni. Resepi kali ni saya sukat guna cawan je. Kalau beli ubi dlm 1 kg tu, ada je yg tak elok atau masuk angin. Jadi, bagi memudahkan kerja, saya kisar ubi tu campur air..pastu baru saya toskan/perah guna kain dan sukat guna cawan...mudahkan. Kalau kawan2 nak cuba tu, boleh guna resepi sempoi ni. Jom semak resepinya. Sebelum ni boleh gak tngk diSINI.






Bahan-Bahan
  • 4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih
Cara-Cara
  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan.
**Yatie guna ubi yg di kisar bersama air dan toskan airnya. Kalau ubi tu diparut, tak payahlah guna air tu ya. Selamat Mencuba...

19 comments:

  1. salam kak, sarapan untuk esok ke ni?..makan 3 bungkus baru puas ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak........makan masih panas2 pulak tu....bilaudamenulis.blogspot.com @ masitah

    ReplyDelete
  3. lembutnya tengok lepat ubi tu kak...
    terliurrr dah nie....

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi Yatie,
    tengok belebet ubi ni, teringat zaman kecik2 dulu... belah petang bonda parut ubi kayu, tambah gula merah, tambah kelapa parut, siap bungkus dengan daun pisang. Malamnya pulak, sebelum tidur..sudah siap belebet ubi dikukus, esok pagi dibuat sarapan, kadang dibuat bekal ke kebun dengan kopi pekat... semuanya tinggal nostalgia!
    Tie... kalau dulu bonda kita parut ubi pakai pemarut tangan, tapi kita main blend aje kan.... agaknya kalau kita memarut pakai pemarut tu abih calar balas jari-jemari kita yo he he hehh

    ReplyDelete
  5. Salam, Kak Yatie, nampak lembut jer lepat ubi tu. Saya pun jenis macam Kak Yatie jugak, baru keluar kukus kita yg ngap dulu tiga empat keping.. hehehe. Lepas tu nanti bila makan ramai2, ngap lagi.. manalah tak bom bom! tapi Kak Yatie maintain, iskkkk!! pelik.. pelik...

    ReplyDelete
  6. Aduhhh.. lepat ubi peberet saya ni kak yatie... telan liur sudah.. bila saya nak merajinkan diri untuk buat.. resepi dah ada ni.. tinggal nak cuba jer :D

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    kegemaran ct dengan suami belebat ubi ni. lama juga tak buat. kalau makan kuih ni teringat arwah mak dia suka betul. lembut aje kuih yang yang buat ni.

    ReplyDelete
  8. salam hemmm sdp lama x makan kuih lepat ubi....abah ila suka kuih ni..kalau ada kat kedai runcit sebelah rmh boleh le sambar....

    ReplyDelete
  9. Salam K.Yati. 1st time tinggal komen kat sini. Selalu silent reader ajer...Minta izin share resepi ni yer...Stok ubi banyak kat depan rumah tu he he

    ReplyDelete
  10. sedapnyer kak....... teringat mak kat kg selalu buat......

    ReplyDelete
  11. sedapnya...nak dapat yang mcm ni kat kedai susahla..nak buat terlampau rajinnya pula...layan mata kat sini ajer la..

    ReplyDelete
  12. Sounds delicious for this recipe! It's make me so hungry! I can't wait to eat this :)

    ReplyDelete
  13. eiiii..sedapnya..hujan plk tuh kat sini :)

    ReplyDelete
  14. Wahhh Yatie,lepat ubi....mmg fav saya ni,dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  15. Semlm x dan nk terjah lepat ni...mesti dh arwah kan kak? Ada lg tk hasil2 dr kg tu kak? Esok saya nyinggah awal ai dtg ngan tipuwer biru okes....;p

    ReplyDelete
  16. Bagaimana nak lembutkan lepat ubi tu, bukan ke kalau taruh tepung dia jadi keras.

    ReplyDelete
  17. sedapnye..............tapi kan, mcm cara la orang buat lepat ubi ni.....

    ReplyDelete
  18. wah! sedap nampak. Yang penting simple. Mun nak cuba la. Izinkan juga nak copy resepi utk letak dalam blog Cik Mun bila dah menjadi ye...

    ReplyDelete