Wednesday, October 3, 2012

Sambal Kacang Berdaging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tetiba teringinlah pulak nak makan sambal kacang berdaging. Masa raya aritu makan kat rumah kakak,makan bertambah2 sebab sedap sangat. Sebelum ni pernah buat diSINI. Hari ni Hamka siap tanya, kenapa mama tak buat sayur lemak/lodeh. Tergelak di buatnya sebab mamaNya mmng nak makan dngn sambal kacang berdaging je. Sebenarnya hari ni masak nasi dan lauk serta sayur macam biasa. Alang2 ada nasi impit segera, saya pun rebuslah...pastu teringin plk nak makan sambal kacang, apa lagi main lebur jelah semuanya...senang kerja...yg pasti semua sukaaaaaa.....kan... Hamka....Hamka...lain kalilah ya mama masak sayur lodeh tu. Lagipun takmo membazir sbb dah masak sayur kegemarannya tadi. Kalau masak sayur lodeh gak, alamat membazirlah tak di makannya. Lagipun arini mamaNya ada sedikit malaslahhhh...biasalah kdng2 mood ok, kdng2 tidakkkk..ohhhhh. Jomlah semak resepi sempoi ni. Nanti merepek merapulah plk..



 Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan  kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • 3 btng serai-dititik
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering-cuci rendam dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya. Kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambi dikacau sekali-sekala.
  5. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  7. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  8. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. Sambal kacang ni sedap manis2 sikit.

7 comments:

  1. sedapnya, save link resepi kak yatie...

    ReplyDelete
  2. ni utk brp org mkn kak?cadangnya nak buat masa raya haji hujung bln ni..nk buat byk kena double kan bhn la ye..

    ReplyDelete
  3. nampak menarik & sedap..sy pun nak pinjam resepi kak yatie nie..tq

    ReplyDelete
  4. rasanya lama dah mas nak buat kuih kacang gini..
    tak buat2 gak....huhuhuhu
    tergodanya tengokkk

    ReplyDelete
  5. salam kak...
    Ni menu raya ke?..hehe, jangan marah ye..Mak kita suka sangat masak menu macam ni time raya..

    ReplyDelete
  6. salam kak yati..nk mintak nasihat skit...kalau buat kuih seri muka tuh..camne nk bagi cantik lapisan atas dan xnk bg lapisan atas tu lembik..sbb dah ikut sukatan tp masih lembik...plis tunjuk ajar kak..
    sitiazahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. bebila nnti nk try......terliur dah ni.......

    ReplyDelete