Thursday, November 27, 2014

Murtabak Lapis Kraker Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan murtabak buatan sendiri. Kalau nak menebar mcm roti canai, alamat tak terbuatlah sbb tak berapa mahir. Lagipun malas tangan nak bersalut minyak bagai. Kalau murtabak guna biskut kraker atau biskut lemak ni, mmng mudah je. Rasanya pun sedap mcm murtabak juga. Banyak kali dah buat murtabak lapis kraker ni, pd kwn yg nak merasa tu, bolehlah cuba...alhamdulillah sedap. Kali ni saya tambah parutan cheese, mmng lagi sedap. Jomlah semak resepinya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal..




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 27keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 200 ml santan 
  • 1 tin susu cair 
  • 6 biji telur
  • parutan cheese- jika suka
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega. Alas dngn aluminium foil atau kertas minyak.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)
  10. Biarkan betul2 sejuk baru di potong dan hidangkan bersama sos dan mayonis, makan mcm tu je pun dah sedap.

Tuesday, November 25, 2014

Bingka Pisang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan bingka pisang. Kalau ada stok pisang masak banyak, mesti buat kuih bingka pisang ni selain apam pisang. Paling2 pun jemput2 pisang. Banyak kali guna resepi DZana ni. Kalau buat bingka pisang,mesti guna resepi ni sbb sedap sngt, mewah dngn rasa pisangnya. Rasanya seakan2 kuih lepat/belebat pisang, cuma tak guna daun pisang je. Pada peminat kuih muih berasaskan pisang tu, bolehlah cuba resepi ni, boleh juga tngk bingka pisang sblm ni.




Bahan-Bahan (loyang 8 inci)
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula pasir*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Sunday, November 23, 2014

Delicious Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd anak2 semua juga pd guru2 yg terlibat. Moga cuti persekolahan ini dpt di manfaatkan bersama dngn sebaiknya. Kek epal ni saya buat masa jamuan akhir tahun sekolah agama Hamka. Jamuan tu kena pada hari yg sama, jadi saya buat Apple Strudel Muffins utk sekolah Kebangsaan dan Delicious Apple Cake ni utk jamuan akhir tahun Sekolah Agama. Hamka mmng suka makan epal, jadi dia yg cadangkan supaya mama buat epal kek utk kwn2nya. Kebetulan bahan2 semua ada, jadi mudahlah kerja mama di dapur. Alhamdulillah kek ni mmng sedap, nak buatnya pun mudah. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Lebih2 lagi dah cuti sekolah ni, bnyk permintaan anak2 yg kita kena tunaikan. Kalau nak makan kek tu, boleh cuba resepi kek epal yg sangat sedap dan moist ni. Resepi juga boleh lihat diSINI.Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)
  • 500gm Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buang empulur tengah, cincang 1cm kiub
  • 150gm Gula Perang 
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 1 cwn Minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu teh Parutan Kulit lemon -tak letak pun takpe
  • 200gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
  1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.  
  2. Campurkan parutan kulit limau.  
  3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.  
  4. Gaulkan epal sehingga rata .
  5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak.
  6. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.
** Kalau guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan bersama. Saya guna epal Gala sbb rasanya yg masam manis.

Wednesday, November 19, 2014

Apple Strudel Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat muffin dan cupcakes. Kebetulan pagi tadi ada jamuan akhir tahun kelas Hamka, jadi saya buatkan muffin yg sangat sedap ni. Lagipun dah lama tak makan muffin ni, terasa sedap sangat....lagi2 yg baru masak tu, sedap betul dngn haruman cinnamon powder dan rasa ketulan epal bila di kunyah muffin tu. Bahan crumble tu pun sedap garing2. Rasanya utk jamuan sklh anak2, mmng sesuai buat muffin mcm ni, nak makan pun senang. Resepi kali ni saya copy&paste dari SINI, dan kwn2 boleh juga lihat resepi lebih kurang sama dan cara2nya di SINI. Selamat Mencuba...




Bahan-Bahan- dapat dlm 25 biji muffin
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cwn butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-Caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.
  3.  Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.
  4. Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  5. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. 
**Epal tu buang kulitnya, buang empulur tengah dan potong dadu kecil. Boleh guna epal hijau atau epal merah. Saya guna epal Gala sbb rasanya masam manis.

Sunday, November 16, 2014

Anugerah Cemerlang 2014- Tahniah Mohamad Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah....hari ni merupakan hari yg sangat gembira buat kami sekeluarga terutama saya ibu yg melahirkan. Siapa yg tak gembira dan terharu kan bila lihat kejayaan anak2. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih pd guru2 yg mendidik anak saya, keluarga juga rakan2 yg mendoakan kejayaan Hamka. Saya amat2 menghargainya. Kebetulan peperiksaan akhir thn ni serentak dngn sekolah agama. Jadi mmng berat sikitlah. Saya sebagai ibu sentiasa pantau anak2 mengulangkaji pelajaran. Walau susah, tapi usaha utk berjaya mestilah kena lebih sikit...jadi hasilnya tentulah lebih sikitkan. Alhamdulillah, rezeki berpihak pd Hamka. Setelah bersusah payah, akhirnya Hamka dpt markah yg tinggi setiap mata pelajaran....alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah, Hamka dpt tempat pertama dlm kelas 3 Bijak dan dpt mata pelajaran terbaik Matematik dan Sains. Hari ni Sabtu bersamaan 15 Nov, Hamka dpt naik ke pentas utk mengambil hadiah kecemerlangannya. Perjalanannya masih jauh, semoga usaha dan kejayaan yg istiqamah dan berkekalan. Kali ni suami tak dpt serta utk meraikan kejayaan Hamka sbb ada tugasan di luar. Hamka pun faham dngn tugas abahnya yg sentiasa sibuk, tapi abahnya jugalah menjadi idola buat Hamka. Oklah kita layan gambar2 kenangan manis Hamka ya...terima kasih sekali lagi..















Friday, November 14, 2014

Bubur Nasi, Kangkung Goreng Belacan dan Sambal Totok/Tumbuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bubur nasi ni sedap di makan bila2 masa je. Kalau buat sendiri puas boleh makan ulang2. Sebenarnya nak sediakan bubur nasi ni taklah susah mana, tapi tulah.,..nak buat kdng2 malas kan. Saya masak guna rice cooker je. Bila dah mendidih tu kita kacau sekali sekala supaya sebati. Lauk sampingan tu mesti ada sambal tumbuk/totok ,kangkung goreng belacan, ikan masin dan telur masin. Kalau nak tambah kcng tanah, lobak masin dan ikan bilis goreng tu....terpulanglah ya. Kali ni saya buat yg di makan je...ringkas tapi sedap. Jom semak resepinya..



Bahan2 utk Bubur Nasi
  • 2 cawan beras
  • 10 cawan air-boleh tambah air lagi kalau terlalu pekat.
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam Knorr
  • 2 biji kentang- dipotong dadu
Cara- Cara
  1. Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air, sedikit garam dan kentang yg di dadu.
  2. Setelah hampir kering airnya, masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata. Masak sehingga menjadi bubur. Kalau kurang lembut, bolehlah tambahkan air lagi.
  3. Setelah siap, bolehlah hidangkan bersama sambal Tumbuk/ Totok and the gang. Saya masak bubur nasi ni guna rice cooker je.
Kangkung Goreng Belacan
  • 2 ikat kangkung
  • segenggam ikan bilis*- buangkan kotoran
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 tangkai lada merah*
  • 8 biji cili padi merah/hijau*
  • Garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn air
  • minyak utk menumis
Cara2nya
  1. Potong sayur kangkung ikut suka, cuci bersih dan toskan. Ketepikan dulu.
  2. Tumbuk bahan2 yg bertanda* sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan kangkung dan gaul rata, masukkan garam dan sedikit gula, gaul lagi.
  5. Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dlm 3 minit. Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
  6. Bila dah masak tutup api dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.
Sambal Tumbuk/ Sambal Totok

Bahan-Bahan
  • 3 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan ikan bilis- di bersihkan kotoran, cuci dan toskan
  • secubit garam dan sedikit gula
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng pula bawang putih sebentar, angkat dan toskan minyak.
  3.  Gorengkan pula lada dan cili merah. Tutup kuali dngn tutup periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak metetup2. Goreng dlm 3 minit je. Angkat dan toskan minyak.
  4. Tumbukkan cili merah, cili padi, bwng putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur. Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan pula ikan bilis yg selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
  6. Setelah siap, gaul rata dan letakkan dlm mangkuk. Siap dan bolehlah di hidangkan bersama bubur nasi.

Wednesday, November 12, 2014

Kek Pisang yg sangat lembap dan sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan kek pisang yg sedap dan moist ni. Lama betul saya tak buat kek pisang ni. Biasalah saya lebih suka pisang tu di buat apam, kuih talam, bingka pisang, belebat pisang ataupun jemput2 pisang je. Kalau kek pisang ni, paling2 malas dan teringin nak makan pun...boleh beli...bnyk di jual di kedai2 ataupun di pasaraya. Macam biasalah, kalau beli anak2 tak berapa gemar, nak plk anak2 tau mama boleh buat sendiri..hi3..

Kebetulan ada stok pisang masak, jadi mama pun buatlah kek pisang ni. Lama tak buatan kek pisang sendiri, jadi jakunlah plk...sedap yg amat rasanya...nak2 bila di makan panas, sedap bahagian garing2 tu, dalamnya plk moist je. Terima kasih pd penyumbang resepi asal dan saya kopipes dari blog Azie Kitchen. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap.


Bahan-Bahan
  • 4 biji pisang emas - lecek (saya guna 3 biji pisang montel,lebih krng dlm 1 cwn)
  • 1 cwn gula kaster/gula halus
  • 1 cwn minyak jagung
  • 4 biji telur gred A 
Bahan diayak:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sk soda bicarbonat
  • 1 sk baking powder
Bahan lain:
  • 1 sb jus limau nipis (tak letak)
  • 1sk esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
  2. Putar gula dan telur hingga sedikit kembang. masukkan  minyak dan putar lagi dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
  4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.

Monday, November 10, 2014

Set Nasi Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu nasi ayam yg sangat mudah dan semestinya sedap dan ianya menjadi menu  kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm biasa, boleh lihat di SINI. Pd kwn2 atau adik2 di luar sana yg masih tercari2 resepi nasi ayam mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. In Shaa Allah pasti menjadi...



Karipap Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi karipap yg paling sedap dan mudah membuatnya. Sejak guna resepi ni, saya mmng setia dngn resepi ni. Resepi ni guna 3 jenis tepung, tentulah ada kelainan rasanya. Ramai kwn2 dah cuba resepi ni, pd yg belum tu selamat mencuba.Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Karipap Rangup juga boleh lihat di SINI.



BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Marjerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.
BAHAN INTI
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu serbuk cili/cili kisar
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

Friday, November 7, 2014

Pau Gebu lagi berintikan kari kentang dan kacang merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang semalam saya buat kuih pau gebu lagi berintikan kari kentang ayam dan kacang merah. Sejak guna resepi ni, saya suka sangat sbb pau gebu pasti menjadi dngn jayanya...takde satu pun paunya yg berkedut. Lagipun tak perlu tunggu lama doh ni naik dah boleh letak inti. Bila dah siap letak inti semuanya, kita terus je kukus guna api besar selama 7 minit. Bila dah siap terus kukus pau selebihnya selama 7 minit juga. Pada peminat kuih pau yg masih teragak2 nak buat tu, cubalah resepi mudah ni..pasti menjadi. Pau ni tetap lembut dan moist je walau dah seharian.Terima kasih sekali lagi pd empunya resepi asal.




Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUTKAN BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula halus
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder. Ketepikan dulu.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 

Monday, November 3, 2014

Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi ayam kicap pedas madu karipulai. Resepi ni mudah je, yg penting tambah daun kari dan sedikit madu. Kalau lauk2 mcm ni mmng sedap, anak2 paling suka masak mcm ni, di tambah pula dngn kentang goreng. Resepi asal tak letak kentang, tapi kalau saya masak ayam, mmng suka letak kentang. Terima kasih pd K.Ina berkongsi resepi ni, boleh juga lihat di blog Malina pg. Pada kwn2 yg nak rasa tu,bolehlah cuba resepi mudah ni....mmng sedap.



BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong kepada 14 bahagian
  • 4 biji kentang- Yatie tambah, potong berbaji, gorengkan dulu
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 btng serai- di ketuk / dititik
  • 2 biji tomato dibelah 4 masing-masing
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  •  Garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang 
  • 1 bawang besar, Yatie tambah
  • 6 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar / cili giling
CARA MEMBUAT
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Saturday, November 1, 2014

Kaswi Pandan Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu minum petang kami, tapi ni bukan arini puya ya, menu 2 hari lepas. Kuih ni 2 hari berturut saya buat sbb sedap sangat. Kebetulan dlm rumah ni ramai peminat kuih hijau, tu yg cepat laku...kena plk ada perisa pandan, mmng sedap sangat. Sebelum ni pernah buat di SINI, masa tu rajin sikit. Saya kukus guna acuan kecil dan masa mengukus pun pendek. Kali ni nak cepat, guna loyang je. Sambil masak tengahari sambil kukus kuih ni, tu yg senang guna loyang je. Kuih ni sedap, seakan2 rasa kuih bingka ataupun talam pandan. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba..sedap..



Bahan-Bahan ( loyang 8 inci )
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1 cwn gula pasir halus
  • 2 1/2 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
  • 1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • 1 sudu besar air kapur sireh
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau.
**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.

Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
  2. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
  3. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
  6. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
  7. Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 35 minit.
  8. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.