Wednesday, July 23, 2014

Puding Cendol Soya Yeo's Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di bulan Ramadan yg mulia ini. Kali ni saya nak kongsikan resepi puding yg menggunakan minuman soya Yeo's. Produk soya Yeo's ni bukan sekadar buat minuman je, tapi kita boleh pelbagaikan dngn membuat agar2, puding ataupun kek. Nampak mcm susah je kan. Sebenarnya mudah je, kita yg buat dia...maka jadilah pelbagai resepi dari soya Yeo's ni. Puding cendol soya Yeo's ni sedap di makan sejuk bersama sirap gula melaka. Rasanya seakan2 kita  minum cendol pula. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Minuman soya Yeo's ni harus sentiasa ada di setiap rumah. Saya mmng suka minuman soya Yeo's ni dari dulu lagi. Kedatangan Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi, mari kita sama2 serikan aidilfitri dngn minuman soya Yeo's utk tetamu yg datang. Jom kita tngk resepi puding yg sedap ni. Selamat mencuba...




Bahan A

  • 10 gm serbuk agar2
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 cawan air soya Yeo's- (1 liter)
  • 2 sudu besar tepung kastad-(bancuh dngn air soya dulu)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 250 gm cendol-toskan airnya
Cara-Caranya

1. Masukkan 1 cawan air, gula dan serbuk agar2 dlm periuk Masak guna api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair, minuman soya Yeo's dan esen vanilla.Masak hingga mendidih dan kacau sentiasa.
3. Bila dah siap, tutup api dan ketepikan dulu. Sementara tu masukkan cendol dlm acuan.
4. Tuangkan adunan puding dlm bekas yg berisi cendol tadi.
5. Biarkan sejuk dan mengeras. Masukkan dlm petiais.
6. Hidangkan bersama sirap gula melaka. Sedap di makan sejuk.

Bahan Sirap Gula Melaka
  • 250gm gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 500ml air
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
Cara penyediaannya.

  1. Racik gula melaka halus2.Masukkan semua bahan dlm periuk dan masak hingga gula larut.
  2. Biarkan sejuk dan sedap di makan bersama puding cendol soya Yeo's gula melaka.


Monday, July 21, 2014

Cornflakes Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu yg sibuk sangat, jadi kita buat biskut raya yg paling mudah dan semestinya di gemari kami sekeluarga. Kalau buat biskut ni, mmng kejap je dah habis. Tapi tak kisahlahkan....kita buat mmng utk di makan, nnti kalau dah jemu, dah takmo makan dah. Resepi mcm biasa, kwn2 juga boleh lihat di SINI.


Tuesday, July 15, 2014

Biskut Bangkit Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ramai antara kwn2 yg telah mula buat biskut raya. Bagi saya pula teruja nak buat, tapi kesihatan tidak mengizinkan. Dah 2 hari demam dan batuk. Bila keluarkan butter asyik masukkan balik je dlm petiais. Ini di sebabkan ngantuk yg amat sngt bila mkn ubat batuk tu. Kebetulan hari minggu lepas Seri balik bercuti, jadi mama adunkan doh biskut, Seri tlng siapkan biskut ni. Alhamdulillah, bila ank dah besar ni bolehlah membantu buat kerja2 kita.

Bangkit Cheese ni mmng sedap sngt. Tak sangka rasanya yg crunchy mcm ada kekacang plk dlm biskut tu. Kalau tau sedap mcm ni, dari thn lepas lagi saya dah buat. Kali ni terus buat 2 adunan sekali....mmng berbaloi sbb mmng sedap sngt. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Saya kopipes dari AlongRoz yg mmng rajin mencuba resepi2 terbaru. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg nak merasa keenakkan bangkit cheese ni, bolehlah cuba....mmng sedap..Jom tngk resepi.




Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
 
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.


Monday, July 14, 2014

Agar-Agar Laici Yeo's Susu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bila datangnya bulan Ramadhan, mesti ibu2 semua sibuk menyediakan juadah istimewa utk berbuka puasa. Biasanya ibu2 sedaya upaya menyediakan sendiri juadah berbuka utk keluarga tersayang. Ini termasuklah saya yg lebih suka menyediakan juadah bersahur dan berbuka sendiri. Banyak permintaan ank2 yg kdng2 kita tak dpt penuhi jua, ini di sebabkan masa yg suntuk terutama bagi ibu2 yg bekerja. Kadang2 tu balik rumah je dah tinggal 1 jam je masa sebelum berbuka. Bagi yg tak bekerja tu, tentulah bnyk masa sikit kan.

Ok, bagi ibu2 yg bekerja dan ingin menyediakan juadah berbuka terutama pemanis mulut atau dessert bolehlah cuba resepi agar-agar laici Yeo's lapis susu yg sngt mudah dan sedap ni. Bahan2 dan cara penyediaannya begitu mudah sekali. Saya cuma menggunakan produk minuman laici Yeo's sebagai bhn utama dan sebagai penambah perisa. Selain tu saya campurkan agar2 serbuk, gula, air dan susu cair.

Minuman laici Yeo's ini bukan sahaja sebagai minuman penyejuk tekak, ianya juga boleh di pelbagaikan sebagai pemanis mulut. Agar2 laici Yeo's ini lebih sedap di makan sejuk. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, minuman laici Yeo's menjadi pilihan kami seisi keluarga utk berbuka. Aidilfitri bakal menjelang tiba, minuman laici Yeo's ini harus ada di setiap rumah anda semua. Selain minuman laici Yeo's ni sedap, ianya segar tanpa bahan pengawet. Mari kita lihat resepi agar2 laici Yeo's lapis susu yg mudah ni.




Bahan A
  • 10 gm serbuk agar2
  • 100 ml air
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 750 ml minuman laici Yeo's
  • 1 tin buah laici-toskan airnya dan siat2kan kecil buahnya
  • sedikit pewarna hijau
Bahan B
  • 200 ml susu cair
  • 250 ml minuman laici Yeo's
Cara- Caranya.
  1. Masukkan 100ml air ke dlm periuk bersama serbuk agar2 dan gula. Masak guna api sederhana.
  2. Masukkan 750ml minuman laici Yeo's dan sentiasalah di kacau.Masak hingga mendidih.
  3. Setelah siap, bahagikan pd 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan 200ml susu cair, gaulkan sebati dan tuangkan dlm loyang ataupun acuan2 kecil. Tuangkan separuh je setiap acuan.Biarkan sejuk dan membeku sebentar.Tak perlu keras sngt.
  5. Bila dah membeku sikit, kelar2kan sikit permukaannya dan letakkan buah laici yg di siat2 kecil.
  6. Sementara itu masukkan satu bahagian lagi adunan agar2 tadi bersama 250ml minuman laici Yeo's dan tambahkan sedikit pewarna hijau. Panaskan sebentar di api sederhana dan tuangkan di atas permukaan adunan susu tadi.
  7. Biarkan sejuk dan mengeras agar2 tadi dan simpan dlm petiais.
  8. Bila nak hidangkan, gunakan lidi pencucuk utk mengeluarkan agar2 dari acuan. Sedap di makan sejuk.

Wednesday, July 9, 2014

Bubur Som Som Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat menjalani ibadah puasa semua, moga amal ibadah kita di terima NYA. Biasanya saya masak juadah ringkas je, di samping tu adalah kuih muih ataupun pencuci mulut buat berbuka. Semalam saya buat bubur som2 ni. Kebetulan Hamka demam, jadi mama layan kuih kegemarannya yg sukakan warna hijau. Lagipun selera mama ni lama dah teringin nak buat bubur som2 ni. Bila di sejukkan lagilah sedap bubur ni. Pada peminat pencuci mulut yg mudah mcm ni, bolehlah cuba ya. Resepi juga ada di SINI dan di SINI .




Bahan-bahan A

  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.Biasanya msk dlm 1/2 jam.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Monday, July 7, 2014

Mee Jawa Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mee Jawa ni menu semalam, tapi hari ni baru nak kongsikan kat sini. Saya suka resepi K.Liza ni, ianya mudah dan sedap. Kalau bulan puasa ni, menu mee menjadi pilihan kami sekeluarga. Tak kisahlah mee apa pun, janji mee... Jadi saya pun masaklah mee jawa utk berbuka semalam. Lepas ni siaplah menu mee je berderet2. Pada peminat mee tu, bolehlah cuba resepi mudah dan semestinya sedap ni. Jom semak resepinya.

 
Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 4 tangkai cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:  

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar halus)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

Sunday, July 6, 2014

Puding Kastad Buah-Buahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni dah masuk 8 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, moga kita di berikan kesihatan yg baik sepanjang bulan yg mulia ini dan dpt menjalani ibadah dngn penuh istiqamah. Bagi ibu2 mestilah sedaya upaya menyediakan juadah berbuka buat keluarga tersayang kannnn. Walau menu simple, tapi di sediakan dngn penuh kasih sayang, masakan itu jadi lebih sedap.....betul tak? Semalam saya buat puding kastad buah2an ni sebagai pencuci mulut. Bukan bulan ramadhan je, hari2 biasa pun sedap layan puding ni, lebih2 lagi di makan sejuk...kat SINI pun ada.



Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin koktel buah2an ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang koktel buah2an  tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

Friday, July 4, 2014

Pau Sosej Koktel Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa yg mudah buat ank2. Biasanya kalau dah siap masak lauk, mesti ank2 tanya, mama buat kuih apa arini utk berbuka? Kalau tak buat tu, kesianlah plk. Takkanlah nak pergi bazaar ramadhan semata2 nak beli kuih. Kalau beli pun tak di makannya. Mesti nak yg mama buat....ada takde mama pun buatlah kuih ikut mood. Hari ni jadilah kuih pau sosej goreng. Mudah je kan, kali ni saya guna resepi pau sambal sedap tu. Kalau kwn2 nak cuba tu, bolehlah cuba, pasti seisi keluarga suka ...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)
  • koktel sosej secukupnya- rebus dulu dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instant yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan lonjongkan sikit dan letakkan koktel sosej di tengahnya. Bungkus kemas dan ratakan lagi. Susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Perap 30 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.

Thursday, July 3, 2014

Kaswi Gandum- K.Liza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih kaswi gandum yg kerap saya buat. Biasanya kalau nak makan kuih, tapi malas nak buat....kuih kaswi nilah sebagai penyelamat. Selain ianya mudah, rasanya sungguh sedap. Banyak resepi kaswi yg telah saya buat dan cuba, resepi K.Liza inilah yg terbaik pd saya. Pada peminat kuih2 lama mcm ni,bolehlah cuba...boleh juga lihat di SINI.


Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
  1. Masakkan semua dan sejukkan. Buangkan daun pandan tu.Ketepikan dulu.
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kuih
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan plastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaulkan dngn sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Wednesday, July 2, 2014

Pengat Labu dan Candil

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya kongsikan resepi pengat labu bersama candil. Mungkin ada yg pelik kan nama candil tu. Saya main ikut je apa yg mak cakap dan buat sblm ni. Alhamdulillah walaupun dah zaman moden skrng ni, anak2 saya tetap suka makanan orng dulu2.  Tak sangka Hamka yg kecil ni pun suka, kalau boleh dia nak yg candil hijau, kali ni saja tak letak pewarna sbb nak tngk putih suci bersama labu kuning tu. Bila dan berbuka semalam, Hamka sampai takmo makan nasi sebab dah kekenyangan. Dia suka betul makan pengat2 atau bubur2 mcm ni...Pada peminat menu mcm saya ni, bolehlah cuba menu mudah ni....mmng sedap..


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
  • Air secukupnya -  utk merebus bubur candil
  • 1 biji labu manis- sedang besarnya
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cwn gula pasir 
  • 2 sudu besar gula merah- bancuh dngn sedikit air dan tapiskan
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Kupas labu sehingga bersih dan potong kecil/dadu besar. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan. Sementara tu dlm periuk lain didihkan air utk rebus doh candil.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaulkan rata dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan menjadi bebola kecil dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, masukkan santan pekat, air dan gula pasir.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Tuesday, July 1, 2014

Nasi Impit, Sayur Lodeh dan Sambal Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Nasi impit dan sayur lodeh ni menu semalam. Bila free mcm ni, barulah saya kongsikan resepi mudah ni kat blog. Kalau masa tu masak, tangkap gambar dan menyediakan juadah berbuka puasa pd masa yg sama....mmng kelam kabut sikitlah.Sebenarnya menu2 berbuka puasa yg saya kongsikan kat sini sebagai berkongsi idea bagi ibu2 di luar sana yg kdng2 pening kepala utk menyediakan juadah berbuka. Maklumlah, kita sebagai ibu mmng mcm2 nak layan karenah ank2 sewaktu berbuka puasa. Saya faham sedaya upaya, tentunya ibu2 cuba menyediakan yg terbaik buat keluarga tersayang. Jom kita semak resepi mudah ni..
Kali ni saya gandingkan nasi impit ni bersama sayur lodeh dan sambal udang.




Bahan- Bahan Sayur

  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)
  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering-cuci dan rendan dulu
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.