Tuesday, July 1, 2014

Nasi Impit, Sayur Lodeh dan Sambal Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Nasi impit dan sayur lodeh ni menu semalam. Bila free mcm ni, barulah saya kongsikan resepi mudah ni kat blog. Kalau masa tu masak, tangkap gambar dan menyediakan juadah berbuka puasa pd masa yg sama....mmng kelam kabut sikitlah.Sebenarnya menu2 berbuka puasa yg saya kongsikan kat sini sebagai berkongsi idea bagi ibu2 di luar sana yg kdng2 pening kepala utk menyediakan juadah berbuka. Maklumlah, kita sebagai ibu mmng mcm2 nak layan karenah ank2 sewaktu berbuka puasa. Saya faham sedaya upaya, tentunya ibu2 cuba menyediakan yg terbaik buat keluarga tersayang. Jom kita semak resepi mudah ni..
Kali ni saya gandingkan nasi impit ni bersama sayur lodeh dan sambal udang.




Bahan- Bahan Sayur

  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)
  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering-cuci dan rendan dulu
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment