Wednesday, February 27, 2013

Tuna Cheese Roll

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Roti ni menu minum petang tadi, makan masa baru keluar dari oven....mmng sedap sangat. Roti ni sesuai juga buat sarapan pagi, anak2 dah teruja sangat nak bawa bekal ke sekolah. Siap suruh buat lagi takut tak sempat bawa bekal, roti ni dah habis....he3...ada2 je anak2 ni, kiranya terlampau sedaplah tu. Memang dah lama pun mamaNya tak buat tuna cheese roll ni, bila buat je....tu yg dtng selera luar biasa tuuuuuu.... Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya. Terima kasih juga BM yg anakanda Talhah beri tu, ianya banyak membantu mama dlm menghasilkan roti2 yg gebu, halus texture dan semestinya sedap. Kalau anakanda Talhah nak rasa roti mama ni, kenalah balik Msia cuti nanti.....he3....ayat baekkkkk punyerrrrr....
Jomlah semak resepinya, kalau teringin tu...bolehlah cuba ya...mudah je..




BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 gm susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gm instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
  • Parutan keju cheddar secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  2.  KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- 
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. 
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. 
  3. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). 
  4. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. 
  5. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  6. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. 
  7. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. 
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
**Yatie takde paper cup saiz 4inci mcm Che Mat tu, jadi Yatie guna bekas muffin dan dpt dlm 12 ketul tuna cheese roll ni...mmng puashati dan puas makan ni...

Monday, February 25, 2013

Kek Asam Manis-Kukus

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni kita kongsikan resepi kek kukus asam manis yg lembut, lembap dan sangat sedap. Resepi dari Chef Zubaidah, sudah semestinya sedap...yg penting mudah membuatnya. Saya mmng suka kek kukus asam manis ni. Biasanya kek asam manis di kukus atau bakar selapis demi selapis, kali ni kita kukus je terus satu adunan....mudahkan. Terima kasih juga pada Ita kerana mewar2kan kek yg sangat sedap ni. Izinkan Yatie kogsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kek asam manis, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.




 Bahan-Bahan
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus


Cara- Caranya
  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 
**Aluminium foil tu hendaklah di sapukan mentega di permukaan yg hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Slmt Mencuba.

Ikan Siakap Laprik

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Menu kali ni ala2 Siam gitewww. Saya mmng suka menu yg ringkas mcm ni tapi sedap sangat. Kalau makan kat kedai mmng mahal, kali ni beli ikan siakap 2 ekor, pastu masak sendiri...puashati dan puas makan. Kita boleh tambah bahan2 yg kita rasa kurang. Macam biasalah kalau saya masak, mesti kena berkuah sikit sbb suami mmng suka makanan yg berkuah. Alang2 masak, saya masak 2 ekor sekali...jadi bahan2 rempah, kenalah gandakan sekali ya. Resepi kat bawah ni utk sekor ikan sderhana ya. Terima kasih pada Norzie Hany berkongsi resepi siakap laprik ni, mmng sedap sangat....juga buat K.Madihah yg menggoda dngn menu masakannya yg mengancam tu.
Pada kawan2 yg suka masakan Siam tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap sngt. Jom semak resepinya.



Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan
  • minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing,angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos Thai, bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Saturday, February 23, 2013

Talam Lapis Carribean/ Talam Puspita

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih talam, petang tadi merajinkan diri buat kuih Talam Lapis Carribean/ Talam Puspita. Wow....glemer betul nama kuih ni, tu yg teruja nak buat dan merasa tu. Bila tengok bahan2 semuanya ada, apalagiiiiiii..mulakan projeklah petang tadi. Memang sedap kuih ni, terasa lemak manis santan di gabungkan dngn pisang nangka. Saya mmng suka pisang nangka, selain di goreng, pisang nangka ni sedap direbus giteww je. Pisang ni saya beli masa balik kampung aritu. Beli dlm 2 sisir/sikat yg besar, mmng lamalah nak perabiskannya. Last ni buat talam lapis Carribean ni, mmng berbaloilah...sedap sangat.

 Terima kasih pada Chef Asma berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Buat pengetahuan kawan2, saya telah pun minta izin kongsikan resepi chef Asma yg telah di cuba masa beli trio steamer ni dari beliau. Moga bertambah2 murah rezeki Chef sekeluarga. Pada peminat kuih2 tradisional moden ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




 Bahan-Bahan-(loyang 10x10x3inci)

Lapisan bawah :
(A)
  • 200 gm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung-Yatie tambah
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 200 ml santan pekat- santan kara
  • 600 ml air
(B)
  • 250 gm pisang nangka -  kukus dan potong kiub
Cara- Cara
  1. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Sapu rata minyak lagi.
  2. Sementara itu, buat adunan utk lapisan bawah.
  3. Satukan semua bahan A kecuali pisang nangka.Masak hingga naik wap dlm 3 minit guna api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk.
  4. Masukkan pisang nangka dan kacau rata. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20minit.
Lapisan Tengah:
  • 70 gm tepung gandum
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • pewarna pink
  • sedikit esen pisang
Cara :
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 20min.
  2. Apabila kuih masak, cakar sedikit permukaannya guna garfu, barulah tuang adunan atas. Pastikan tiada takungan air di permukaannya sblm tuang adunan.
Lapisan Atas :
  • 50 gm tepung kastard
  • 100 gm gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sikit esen vanilla
  • 2 biji telor- Yatie guna 1 biji je
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • 300 ml air.
  • pewarna kuning-jika perlu
Caranya
  1. Satukan kesemua bahan lapisan atas dan gaul sebati. Tapiskan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, sentiasalah di kacau guna whisk.
  2.  Masak jngn terlalu pekat dan jangan terlalu cair, sederhana pekat je.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah. Pastika tiada air di permukaannya sblm menuang adunan. Kukus lagi selama 25 minit.
  4. Bila dah masak, angkat dan sejukkan lebih kurang 3-4 jam. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah cantik dipotong guna pisau plastik.

Wednesday, February 20, 2013

Kaswi Cendol Sinar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita jamu mata dngn kuih kaswi cendol sinar. Kenapa namanya mcm tu, sebab kaswi ni letak cendol dan bila potong jadi bersinar2 pula cendol tu...he3...layankan jelah, yg penting kuih kaswi ni sedap sangat. Kuih ni juga antara kuih yg saya bawa masa balik kampung aritu. Kebetulan mak mmng suka sangat kuih kaswi dari dulu lagi. Kali ni saja nak rasakan mak kuih kaswi cendol...bukan main suka lagi mak makan, siap di belek2nya kuih ni dan tanya resepinya. Saya cakap tak kisahlah mak, bila mak nak makan kuih ni lagi, cakap je bila..pasti saya buatkan lagi. Seronokkan bila lihat kuih sempoi yg kita buat di gemari mak dan keluarga tersayang. Apa lagi kawan2, kalau nak merasa kuih kaswi cendol ni...kena cubalah sendiri ya...mmng sedap. Jom semak resepinya..




Bahan A-
  • 200 gm gula pasir
  • 150 gm gula melaka-hiris halus
  • 2 helai daun pandan
  • 200 ml air
**Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu.

Bahan B
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 700 ml air
  • 200 ml santan pekat KARA
  • 1 sudu besar air kapur
Bahan C
  • 500gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je
  • Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam
Cara-Caranya.
  1. Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih.
  2. Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk.
  3. Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
  4. Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk.
  5. Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya.
  6. Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi. 
  7. Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.


Tuesday, February 19, 2013

Sambal Udang Tiga Rasa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas lagi tapi cukup berselera kami sekeluarga menikmatinya. Kata orang tu..sedap hingga menjilat jari jemari sendiri....perghhhhh...Kalau menu udang ni, masak apa pun semuanya sedap, nak2 udang fresh....mmng sedap dan terasa manisnya. Pada peminat udang tu, bolehlah cuba resepi ala2 tiga rasa ni...jom semak resepi  mudah ni...



 Bahan-Bahan

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 1 sudu besar sos ikan/nampla
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 keping nenas - dipotong dadu (saya guna dlm tin je)
  • 1 biji tomato- di potong dadu
  • 1/2 btng timun - dipotong dadu  
  • 1 btng serai- di titik
  • daun sup/bawang- potong halus
  • sedikit garam dan gula secukup rasa 
  • minyak masak secukupnya
 Bahan Kisar
  • 2 labu bwng besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cawan cili kisar 
Cara-Cara
  1. Udang di potong muncungnya, cuci dan toskan. Gaulkan dngn sedikit garam dan kunyit. Goreng sekejap. Angkat dan toskan.
  2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, sos tiram dan gaul rata.
  3.  Masukkan sedikit air. Masukkan nenas, tomato dan timun yg dipotong dadu. Gaul rata.
  4. Masukkan sedikit garam dan gula. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul rata.
  5.  Perasakan, sekiranya dah cukup masam manisnya bolehlah tutup api. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup/bawang yg dipotong halus.

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Murtabak ni kerap saya buat dan ianya menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sejak makan murtabak kraker ni, anak2 dah takmo makan murtabak beli. Macam biasalah anak2 ni..suka yg mamaNya buat. Murtabak ni juga saya buat dan bawa balik kampung masa hujung minggu tempohari. Seronok mellihat ayahanda dan bonda serta mertua makan murtabak ni, tak putus2 memuji kesedapan murtabak ni. Rasanya ramai yg dah cuba buat murtabak ni, pada kawan2 yg belum tu...bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat. Resepi boleh lihat diSINI dan diSINI.




Monday, February 18, 2013

Ayam Goreng Kari Sempoi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bermulalah rutin harian masak menu sempoi bila persekolahan bermula. Dah lama cuti panjang, hari ni bermulalah tugas menghantar dan mengambil anak2 sekolah yg ntah berapa trip tu. Dalam pada sibuk ulang alik kesekolah, maka menu sempoi macam ni jelah yg sempat di hidangkan utk keluarga tersayang, yg penting hasil air tangan sendiri ya...buka beli punya..he3...kalau beli, maunya merajuk si bujang kecik Hamka tu...pasti takmo makan punya,,,nak yg mamaNya masak gak..tak kisahlah kan....asalkan semuanya gembira...jomlah semak resepi yg betul2 sempoi ni..ada ke yg nak mencuba tu...


Bahan A:
  • 1 ekor ayam -potong 12 
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
  • 2 biji tomato -belah 4
  • 2 tangkai cili merah- potong serong
  • sedikit air
  • daun bawang/sup -potong pendek
  • 1/2 cwn minyak masak
  • garam dan sedikit gula
  • 2 kpng asam keping
  • 1 btng carrot
  • 1 inci  halia -hiris
  • 2 batang serai - di ketuk 
  • 3 ulas bawang putih -hiris
  • 2 labu bawang besar -hiris
Cara-Cara.
  1. Ayam dibersihkan, toskan dan perapkan bersama lada hitam, rempah kari, kunyit serbuk dan garam selama 1/2 jam..
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam. Gaul sebati dan biarkan sehingga separuh masak. Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan2 hiris spt halia, bwng besar, bwng putih. Masukkan serai yg di ketuk dan gaul sebati.. Biarkan sampai mendidih dan agak pekat. Masukkan asam keping dan gaul rata.
  4. Masukkan carrot dan biarkan sedikit empuk. Masukkan tomato buah dan cili merah dan kacau rata.
  5. Tambahkan garam jika perlu dan sedikit gula. Perasakan, jika dah cukup rasa...tutup api.
  6. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama daun bawang/sup.

Friday, February 15, 2013

Kek Lapis Cheese Pesona

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Lapis Cheese Pesona ni juga antara kek yg di bawa bersama masa balik kampung tempohari. Kek ni sedap sangat, yg penting mudah membuatnya......tak payah bakar segala. Ramai blogger masakan yg telah mencubanya, semuanya kata sedap. Kalau tak percaya tu, kawan2 cubalah sendiri ya....mmng berbaloi. Terima kasih pada Ryo berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Akak kongsikan sekali lagi resepinya di sini ya. Kawan2 juga boleh lihat diSINI. Selamat Mencuba kawan2 semua..




Bahan-Bahan: (loyang 8x8inci)
A:
  • 1 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-300gm
  • 400 ml susu segar/susu cair-suam
B:
  • 500 gm cream cheese (Philadelpia/Tartura)
  • 20 ml susu segar/cair
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cream cheese dan gula halus,pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan dulu.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api...biarkan suam je.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Yatie taburkan coklat rice je kat atas kek.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Thursday, February 14, 2013

Kek Mentega Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih bercuti lagi kan sempena CNY. Moga cuti yg panjang ni dpt di manfaatkan bersama keluarga tersayang. Saya pun tak ketinggalan, ni pun baru semalam pulang ke rumah setelah beberapa hari bercuti di kampung. Seronok bukan kepalang, maklumlah banyak menu2 kampung yg di sediakan bonda tersayang membuatkan diri ini tak mau pulang ke rumah..he3..
Kek ni pun saya buat masa balik kampung tempohari. Biasanya kek2 mcm inilah yg ayahanda dan bonda suka,rasa mcm kek dulu2 katakan. Kalau perisa pandan dan kelapa mmng cukup sinonim dngn selera mereka. Kini menurun pada cucunya Hamka yg sukakan kek perisa pandan dan warna hijau.

Terima kasih pada  Chef Zubaidah kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kek ni lembut dan moist je,kawan2 juga boleh lihat di blog Ita Masam Manis dan di blog Amie. Pada peminat kek perisa pandan tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap sangat. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 270 gm mentega
  • 230 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 60 gm santan
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal
  • 240 gm tepung naik sendiri*
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik*(*diayak bersama)
  • 30 gm kelapa parut kering
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Caranya
  1. Sediakan loyang 8 inci. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
  2. Panaskan oven pada suhu 170C.
  3. Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
  5. Kemudian masukkan esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau.
  6. Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna.
  8. Biarkan sejuk, barulah dipotong.

Sunday, February 10, 2013

Roti Manis Ala Jepun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni barulah berkesempatan buat roti sendiri atas permintaan anak2. Roti ni sedap dan lembut je, teruja menggunakan BM yg di beli oleh anak teruna di UK...maka dngn gigihnya saya membuat roti sendiri. Hamka paling suka roti ni sbb lembut sangat. Macam biasalah dia sapu sendiri jem kegemaran. Terima kasih pada penyumbang resepi Gert, dan saya kopipes dari Mat Gebu. Menurut Che Mat, beliau ambil dari blog Kak Ummi. Terima kasih semua berkongsi resepi roti manis ala jepun ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom meroti...






BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 375 gm tepung roti (high protein flour)
  • 100 gm tepung gandum
  • 35 gm susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 gm gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih)
  • 40 gm mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :- 
  1. Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.

Thursday, February 7, 2013

Marble Chocolate Cheese Cupcakes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Cawan ni saya buat minggu lepas, biasalah kalau time sabtu dan ahad barulah ada masa nak membuat kek segala. Kalau hari2 biasa tak bolehlah sbb masa terhad sangat. Rutin harian yg begitu sibuk hinga tiada masa utk mengekek segala...he3..alasan je tuuuu....
Oklah, sebenarnya ni resepi kek coklat cheese yg sangat sedap yg di letak dlm bekas cupcakes. Kalau letak dlm bekas2 kecil mcm ni, anak2 lebih suka dan senang utk di nikmati. Pada kawan2 tu, terpulanglah ya nak buat sebiji kek atau pun letak dlm bekas kecil2 mcm ni....yg penting menjadi dan sedap. Resepi ni boleh lihat diSINI  ya. Selamat Mencuba semua...




Bahan A:

* 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
* 170 gm gula halus (gula kastor)
* 3 biji telor gred A
* 20 gm serbuk koko *
* 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
* 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B:

* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 60 gm gula halus (gula kastor)
* 1 camca teh esen vanila
* 1 biji telor gred A

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan masukkan ke dlm cawan kertas, ratakan.
  8. Ambil dlm 2 sudu besar pula adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 20- 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
  11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Tuesday, February 5, 2013

Kerapu Goreng Sambal Terung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu simple tapi sedap sangat, tu pada selera sayalah. Sebenarnya binggung nak masak apa dngn ikan kerapu ni. Fikir punya fikir, saya pun masak jelah sambal terung dan ikan ni. Mudahkan, takyah fikir2 sangat....yg penting sedap dan menyelerakan. Kawan2 juga boleh lihat bawal goreng sambal terung yg pernah saya masak sebelum ni....perghhhhh buat perut lapar je, mehlah semak resepi mudah ni.




Bahan-Bahan

  • 2 batang terung biru/panjang
  • 2 ekor ikan kerapu-saiz sederhana- bersihkan, cuci dan toskan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 sudu kecil asam jawa- bancuh dngn 1/4 cwn air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kunyit serbuk
  • minyak masak secukupnya
 Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 2 biji buah keras
  • 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Cara-Caranya.
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan di belah lagi kpd 2 bahagian.Belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam.
  2. Toskan terung tadi, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas dan balik2kan.  Bila dah masak,angkat, tos dan letak atas paper towel. Ketepikan dulu.
  3. Ikan di gaul dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga masak tapi jngn garing sngt. Angkat dan toskan. Letak dlm pinggan berisi terung goreng tadi.
  4. Sementara itu, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga harum,masukkan cili kisar dan gaul rata. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat sambal tadi dan curahkan di atas terung dan ikan goreng tadi.

Monday, February 4, 2013

Bingka Pisang - Kak Fida

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi layan bingka pisang resepi Kak Fida @my resipi pula. Sebelum ni pernah buat bingka pisang diSini, mmng sedap dan lembut sangat. Kali ni cuba resepi K.Fida sbb nak rasa kelainannya bila di tambah dngn potongan pisang dlm adunan. Bingka ni sedap, lebih2 lagi bila tergigit potongan pisang tu, mcm ada rasa jemput2 pisanglah pulak. Pada pengemar kuih bakar/bingka tu, bolehlah mencubanya, mmng sedap sangat. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan ( 2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc. )
  • 2 cawan pisang yang dilecek halus
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 125 ml santan pekat
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanilla/pisang
  • 1 sudu besar majerin/mentega
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan 
Cara-cara 
  1. Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata. 
  2. Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati. 
  3. Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
  4. Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sunday, February 3, 2013

Ayam Masak Lemak Cili Api Berkerisek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekejap je dah bulan febuari, tuan rumah ni makin malas nak update blog. Sebenarnya bukan malas apa, cuma terlalu sibuk tu yg tak sempat2 je nak n3 masakan terkini. Ini pun menu ntah bilalah agaknya. Sekurang2nya ada resepi yg nak di kongsikan bersama buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Harap Kak Ummi rajin2lah update blog lepas ni, rehat dah lama sangat tu kak....ramai peminat2 akak yg masih setia menanti dan terus menanti resepi2 yg malatoppp dari akak. Fikir-fikirkan ya kak...sekurang2nya akak pencetus idea masakan bagi kita yg kadang2 ketandusan idea utk menyediakan juadah buat keluarga tersayang... Mehlah semak resepi mudah tapi sedap sngt ni....


Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12 - 14 ketul/ikut suka
  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar kerisek
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (ikut suka, x letak pun xpa kalau nak pedas)
  • 2 helai daun kunyit - dibuang bhg tengahnya dan simpulkan
  • 5 batang serai - diketuk
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan dikisar/tumbuk lumat:-
  • 8 tangkai cili padi hijau
  • 4 tangkai cili padi merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas (lg kurang pun xpa)
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk/caserol/kuali sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan. Masak hingga air ayam sedikit kering.
  4. Masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.