Saturday, November 30, 2013

Kek Kukus Oreo Cappucino Putih Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya teruja nak buat kek kukus oreo yg menggunkan putih telur. Bila dah buat tu, tak sabar merasa...mmng sedaplah. Warnanya pun menarik. Pada peminat biskut oreo tu, boleh cuba buat kek ni, terutama yg ada stok putih telur kat petiais tu. Dari kita biarkan je kat petiais tak tau nak buat apa, lebih baik kita jadikan kek. Terima kasih Kak Wan berkongsi resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Kawan2 juga boleh lihat cara membuatnya di blog Fiza's Cooking.




Bahan-bahan
  • 400ml putih telur (anggaran dlm 12 biji)
  • 125gm gula kaster
  • 2 sudu teh ovalete
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 150ml susu cair
  • 2 sudu besar cappucino emulco/coffee emulco/mocca emulco
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 80gm serbuk oreo - (saya hancurkan kasar-kasar)
  • 20 keping biskut oreo di buang krim
Hiasan : 30gm chocolate rice untuk taburan

Cara-cara : Loyang 9 x 6 x 3 di alas dasarnya atau loyang 8 x 8"
  1. Ayak tepung, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul putih telur, garam dan ovalete hingga berbuih, masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan cappucino emulco. 
  4. Kaup balikkan adunan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian asal dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk oreo.
  5. Tuang adunan asal ke dalam loyang dan kukus selama 15minit dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  6. Setelah masak, susun biskut oreo hingga penuh dan tuang adunan serbuk oreo ke atasnya.
  7. Tabur permukaannya dengan coklat rice hingga rata.
  8. Kukus semula selama 25 minit hingga masak.
*** Lap tutup pengukus apabila mengangkat penutupnya untuk mengelak air dari menitis ke atas kek.
*** Yatie tutup loyang dngn aluminium foil masa mengukus kek supaya air tak masuk dlm adunan kek.

Wednesday, November 27, 2013

Bubur Candil Keladi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan bubur candil keladi. Keladi ni pula sedap sangat sbb empuk tak gonyeh. Kadang2 beli tu, cantik luarannya, sekali di rebus tak sedap dan gonyeh. Tau ke makna gonyeh tu..he3...Saya kalau beli, pastikan keladi tu isinya kuning. Kalau isinya kuning mmng sahlah sedap sbb mak gelar keladi tu keladi minyak. Kalau nak buat pengat atau goreng gitu je, mmng sedap guna keladi mcm ni. Dulu saya mmng tak minat makan keladi gara2 terkena keladi yg gonyeh ni lerrrr. Sejak tu mmng tak pandang dah. Bila dah berumur sikit ni, suka pulak keladi...lebih2 lagi bila keladi tu empuk...mmng sedap. Resepi ni biasa2 je ala2 pengat dngn bubur candil. Kali ni saja tak letak gula melaka sbb nak makan yg kuahnya putih bersih gitu. Kalau ada yg nak merasa tu, kenalah cuba...mmng sedap. Kalau nak guna keledek, boleh lihat di SINI.


Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
  • 1 sudu kecil perisa keladi
  • 1 sudu kecil pewarna purple
  • Air secukupnya -  utk merebus bubur candil
  • 1 biji keladi minyak/isinya kuning (keladi ni sedap sbb empuk)
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Kupas keladi sehingga bersih dan potong kecil/dadu besar. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan. Sementara tu dlm periuk lain didihkan air utk rebus doh candil.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
  3. Campurkan air, bersama perisa keladi dan warna purple. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaulkan rata dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan menjadi bebola kecil dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, masukkan santan pekat, air dan gula pasir.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan. Kalau suka boleh letak gula melaka/gula merah.

Tuesday, November 26, 2013

Karipap Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Karipap lagi hari ni, tapi bukan karipap pusing ya. Kali ni saya cuba resepi dari blog AlongRoz. Saya tertarik dngn resepi dohnya yg menggunakan campuran tepung gandum, tpng ubi dan tpng beras. Teruja dan tak sabar nak merasa karipap ni. Ternyata mmng sedap dan rangup je bila di goreng. Lebih istimewa lagi karipap ni tak berminyak walau dah goreng utk kali keduanya. Pada peminat karipap tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng puashati. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.

Sunday, November 24, 2013

Kaswi Tepung Kacang Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Teringin sangat nak merasa kuih kaswi kcng hijau ni. Semalam petang merajinkan diri buat kaswi guna tpng kcng hijau ni, tak sangka sedap sangat. Rasanya seakan2 kuih koleh kacang tapi ala2 dodol gitu. Saya mmng suka sangat, tak ketinggalan suami dan anak2 suka kuih kaswi ni. Tak payah makan dngn kelapa parut putih dah sedap. Terima kasih K.Fida berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba ...mmng sedap. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah cantik di potong.



Bahan-bahan ( loyang 10x10 )
Bahan A :-

  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 200 gm tepung kanji/ubi
  • 600 gm santan - sedang pekat
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1 sudu kecil pandan paste
  • sedikit warna hijau muda
Bahan B :-
  • 500 ml air
  • 380 gm gula pasir (saya guna 180gm gula pasir + 200gm gula melaka)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masak bahan B hingga mendidih dan tapis.Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika panas dan kacau sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang disapu minyak dan telah dipanaskan dulu. Kukus selama 30 min-40 min jika mengguna loyang dan 20 min jika mengguna acuan kecil.
  4. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.

Friday, November 22, 2013

Karipap Pusing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan karipap pusing yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sebelum ni pernah buat, bila dah sejuk karipap tu jadi liat, tapi resepi dari Cahaya Sheila ni mmng terbaik, sedap, rapuh dan rangup walaupun dah semalaman. Kalau tak percaya, kwn2 buatlah sendiri ya..mmng puashati dngn hasilnya. Sebelum ni mmng paling malas buat karipap walau satu family suka kuih ni, tapi skrng....tidak lagi...lebih2 lagi cuti sekolah ni, anak2 rajin membantu...yg best lagi tu asyik tanya...dah siap ke....dah boleh makan ke....mama nak ambil gambar dulu ke...he3...tu keje Hamka lah tu....dia tau kerja mama dia sblm ni....tapi tak kisahlah, tu menunjukkan dia tau mama nya buat sendiri...kan..kan..kan..

Terima kasih pada Sheila berkongsi resepi dan cara2nya sekali. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini ya. Resepi ni juga boleh tngk di blog Kak Noor, cantik2 karipap yg di hasilkan. Selamat mencuba kwn2 semua...






   Gambar cara2 buat karipap pusing ni Yatie ambil dari FB Isma Maisarah...tq berkongsi cara membuatnya.

BAHAN DOH A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar veg shortening
  • 2 sudu besar marjerin


CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 
BAHAN DOH B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)
CARA-CARA
  1. Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
  2. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
  3. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
  4. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 
CARA MEMBUAT NYA
  1. Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
  2. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
  3. Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
  4. Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...
BAHAN INTI
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu serbuk cili/cili kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

Wednesday, November 20, 2013

Bamia Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Bamia Ayam yg sangat sedap. Dahlah sedap, mudah pulak tu menyediakannya. Resepi best ni adalah dari Kak Liza. Saya mmng suka resepi2 dari K.Liza ni, semuanya menjadi dan semestinya sedap. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, blehlah cuba. Bamia ayam ni sedap di makan bersama nasi putih juga di makan bersama roti. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 12 - 15 tangkai kacang bendi saiz kecil
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kisar- saya tambah
  • 2 inci kayu manis
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 labu bawang besar*
  • 2 inci halia *(* kisar halus)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
  • 1 tin susu cair
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Caranya 
  1. Gorengkan kacang bendi sehingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang di kisar, cili kisar, kulit kayu manis dan rempah kari sehingga wangi dan naik minyak. 
  3. Masukkan ayam, susu cair,tomato puree, sedikit gula dan garam. Kacau rata. 
  4. Bila telah naik minyak dan agak pekat masukkan kacang bendi. Gaul rata.
  5. Bila dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Sedia untuk hidangkan.

Sunday, November 17, 2013

Pau Sambal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tentu ramai yg dah tau buat pau sambal ni kan. Walaupun cuma pau sambal, tapi ianya menjadi makanan kegemaran ramai. Kuih ni sesuai di makan bila2 masa je, sarapan pagi sesuai, minum petang boleh, buat kudapan malam pun sedap sambil menonton tv bersama keluarga tersayang. Resepi kali ni saya ambil dari DTS. Kalau resepi dari Che Mat ni mmng mudah, semestinya menjadi. Pada kwn2 atau adik2 di luar sana yg ingin buat pau sambal sendiri tu, bolehlah cuba resepi ni.....pasti menjadi. Boleh juga guna resepi donat yg sedia ada sblm ni. Cuma masa menggoreng kuih ni, gunalah api sederhana ya supaya kuih tak cepat hitam dan dalamnya masak sempurna.
Terima kasih Che Mat berkongsi resepi mudah ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....

Friday, November 15, 2013

Sotong dan Kacang Panjang Bersambal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas lagi hari ni. Kalau nak cepat biasanya saya masak lauk 2 in 1, senang kerja. Suami dan anak2 tak memilih makanan, apa yg di masak....di makan dngn penuh kesyukuran. Kalau ada yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba masak sendiri ya, alahaiiiii resepi mudah je ni. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan

  • 500 gm sotong (dibersihkan dan toskan)
  • 10 btng kacang panjang - ptng pendek
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cwn cili kisar
    1 sudu besar kicap jalen manis
  • 1 kiub pati ikan bilis
    garam dan gula - secukup rasa
  • 1 /2 cwn minyak utk menumis
Bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (bwng kecil)
  • 1/2 inci belacan 
Cara-cara
  1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Masukkan jus asam jawa.Kacau rata2.
  4. Masukkan kcng panjang, gaul sebati dan tutup kuali.
  5. Buka penutup kuali dan masukkan sotong. Gaulkan sebati.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
  7. Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Wednesday, November 13, 2013

Rendang Ayam - Kak Liza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je rendang ayam. Kebetulan teringin sangat nak makan rendang, tu yg gandingkan sekali dngn nasi impit. Menu ni walau ringkas tapi suami dan anak2 cukup berselera menikmatinya. Resepi K.Liza ni mmng mudah, tak payah menumis segala. Saya pun dah bnyk kali masak rendang guna resepi ni. Kawan2 boleh juga lihat di blog Kak Ummi. Pada peminat rendang tu, bolehlah mencubanya, kalau makan dngn pulut kuning, lagilah sedap. Jom semak resepinya.



Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor 
  • 2 sudu besar gula melaka yg di racik 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering- Yatie guna 3 sudu besar cili kisar
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Monday, November 11, 2013

Talam Skoteng

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan Talam Skoteng. Sebenarnya lama tak buat kuih2 talam ni. Hari ni teringinlah plk nak buat dan makan kuih talam ni. Semua sedia maklum, saya mmng suka kuih2 kukus dan lembut mcm ni. Kalau suami dan anak2 mmng dah tau dahhhhh... kalau mama dia dok ngadap trio steamer tu kat dapur....adalah kuih talam kegemaran mama...he3...Sebelum ni pernah buat tapi tak sempat ambil gambar sbb nak cepat dan bersiap utk di bawa ke kampung. Jadi malas nak potong kuih lembut ni, nak tangkap gambar lagi.....so arini special saya kongsikan kat sini.

Resepi asal letak warna pink je lapisan atas tu, tapi mcm biasalah anak saya Hamka tu, mesti kena letak warna hijau sikit....so saya pun buatlah lapis. Tak kisahlah asalkan sedap dan semuanya suka....tapi mmng sedap betul kuih ni,terasa lemak manis dan lembutnya. Terima ksih pd Chef Asma berkongsi resepi Talam Skoteng yg sangat sedap ni. Ramai juga kawan2 yg telah mencubanya. Kalau ada yg teringin tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sngt. Skoteng juga boleh lihat di blog Am-Flora.











Bahan utk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2 @3)
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit. 
  4. Loyang hendaklah di alas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.
Bahan utk Lapisan Atas
  • 150gm tepung gandum
  • 300gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 30 minit.
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
**Bagi kelihatan kuih spt saya buat, bahagian adunan lapisan atas tu saya bahagikan pd 2 bahagian. Satu letak warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi letak kaler pink dan perisa ros. Masa nak tuang adunan hijau masak sebentar hingga naik wap, tuang dan kukus 10 minit. Bila dah masak, ambil adunan pink dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan hijau dan kukus 20 minit. Kalau nak senang buat satu warna je seperti resepi asal. Selamat mencuba...

Saturday, November 9, 2013

Sup Ikan Merah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak masak sup ikan merah. Biasanya kalau ikan merah mesti masak asam pedas ataupun kari. Kali ni masak sup atas permintaan suami. Macam biasalah sup tak sedap kalau tak di gandingkan dngn sambal kicap. Bila makan maunya berpeluh2 di buatnya. Resepi ikan masak sup ni mudah je. Kalau ada yg nak cuba tu silakan. Resepi mmng utk di kongsi bersama. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1 kg ikan merah (Yatie guna 3 ekor ikan merah sederhana besar)
  • 4 cawan air
  • minyak utk menumis
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1 sudu besar lada sulah/putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
  2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
  4. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
  5. Masukkan air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau rata..
  6. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
  7. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

Thursday, November 7, 2013

Apam Beras/ Apam Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih apam yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau seminggu tu tak makan apam ni, mmng tak sah di buatnya....rasa ada yg tak kena je..he3... Bukannya apa, dah mmng saya ni peminat kuih2 mcm ni...tu yg rasa lain je kalau tak makan kuih apam kegemaran ni. Resepi boleh rujuk diSINI. Terima kasih pd penyumbang resepi asal, apam nasi ni mmng di gemari ramai. Kalau yg belum pernah buat tu, cubalah...mmng berbaloi. Apam ni boleh di makan begitu saja ataupun dngn kelapa.



Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Monday, November 4, 2013

Ayam dan Nangka Muda Masak Lemak Cili Api

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Maal Hijrah 1435H buat semua umat Islam. Moga dngn kehadiran tahun baru ini kita sama2 dpt memperbaiki diri kearah yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semoga setiap amal ibadah kita di terima Allah SWT. Aamiin. Sayur nangka muda ni saya masak minggu lepas, baru ni lah berkesempatan kongsikan kat sini. Sebelum ni pernah juga masak spt diSINI. kalau dah masak nangka muda bersama ayam ni mmng takmo lauk lain dah, gandingkan dngn ikan masin dan sambal belacan je pun dah cukup....maunya bertambah2 nasi dan lauk. Pada peminat2 sayur kampung mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni...jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 4 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 btng serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan ayam yg di ptng kecil tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata. Setelah ayam separuh masak, masukkan nangka muda yg di rebus tadi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.