Wednesday, January 29, 2014

Apam Mentega Gula Hangus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri buat apam mentega gula hangus ni. Tuan rumah mmng suka segala jenis kuih apam, jadi mmng segala resepi apam di cubanya. Tak kisahlah kan, janji ada yg makan. Sebelum ni pernah buat di SINI....mmng sedap, lemak dan lembut je kuih ni...manisnya pun sedang2 je. Pada peminat kuih apam tu, boleh cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Jom semak resepinya..



Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

Tuesday, January 28, 2014

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga.  Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puashati dan puas makan. Resepi ni biasa2 je, yg penting kita guna ikan segar yg menepati citarasa kita.....barulah umphhhhhh masakan kita tu. Kalau lauk asam pedas, laparnya terus lain macam, kenyangnya pun lain macam juga...ahahahhaha...Jomlah tngk resepi mudah ni, kang meleret2 plk berceloteh kat sini...



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, January 27, 2014

Mee Udang Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat mee udang ni. Hari ni merajinkan diri masak mee udang kegemaran kami sekeluarga. Lagipun bahan2 dah ada, senang plk tu menyediakannya. Pada peminat mee udang tu, bolehlah cuba resepi dari Mat Gebu ni. Kalau saya takde idea dan kebuntuan idea nak masak, mmng mesti cari kat DTS....kat blog Che Mat tu mcm2 resepi ada, hendak dngn tak nak je nak mencuba. Kalau dah cuba, pastu menjadi..mmng akan cuba masak yg lain lagi dan lagi. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, sblm ni pun akak dah pernah buat ikut resepi ni...mmng menjadi dan sedap sangat. Sekali lagi akak kongsikan resepinya kat sini ya. Pada peminat mee udang tu, bolehlah cuba, pasni takyah order kat kedai bila nak makan mee udang tomato...kwn2 boleh buat sendiri dan semestinya puashati dan puas makan yg penting. Maklumlah bila anak2 makan sedap, mesti nak ulang2 makan kan. Bila masak sendiri, jimatlah sikit sbb kita masak seperiuk... he3...


Bahan-Bahannya :-)
  • Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
  • 400 gm udang sederhana besar
  • 3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
  • 1 cawan sos tomato
  • 1/2 sos cili
  • 2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar gula perang
  • 2 ketul kiub ayam "Maggi" atau
  • 1 liter stok ayam
  • 3 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 biji telur
  • 2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2
Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 3 camca besar udang geragau/u.kering rendam 10 minit dan toskan- Saya guna udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan nipis halia
Bahan Lain :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Taugeh, dicelur (tak celur pun takpe)
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 - 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.
PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :-
  1. Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi2nya dan juga sebiji telur.
  2. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2...
CATATAN MAT GEBU :-
  • Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam "non-stick pan" sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap..

Sunday, January 26, 2014

Donut Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan donut kentang yg sangat lembut. Masa masak utk menu tengahari tadi, siap rebus kentang sekali. Petangnya dah boleh guna kentang utk buat donut. Saya mmng suka donut kentang ni sbb sedap sngt dan mudah plk tu buatnya. Ramai kwn2 dah mencuba resepi Ros ni, dan terdapat mcm2 jenis resepi donut. Kali ni saya buat guna resepi yg paling mudah tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Pada peminat donut tu, bolehlah cuba...boleh juga lihat diSINI.




Bahan-Bahan

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya 
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Thursday, January 23, 2014

Ungkep Ayam Pedas Berkentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu ringkas yg saya masak smlm.Resepi ni dari Mat Gebu, cuma saya masak berkuah sikit dan tambahkan kentang. Rasanya jadi ala2 gulai, tapi takmolah memandai2 tukar resepi orng. Ayam kalau masak mcm ni mmng sedap, lebih sedap lagi kalau makan dngn nasi impit. Terima kasih berkongsi resepi Che Mat. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kwn2 semak resepi mudah ni...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan 
  • 2 biji kentang- saya tambah, kupas kulitnya dan ptng 4 setiap biji
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai, dihiris halus
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 biji cili hijau
  • 20 biji cili padi
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan tumis sekejap hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya (jika anda guna ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata. Masukkan daun salam @ bay leaf, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau dan dan biar mendidih perlahan.
  3. Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat dan sebagainya.

Tuesday, January 21, 2014

Bingka Berlauk (Kak Wan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni sedap layan bingka berlauk yg saya buat tengahari tadi. Sambil masak sambil bakar bingka ni, intinya dah siapkan awal2...tu yg sambil masak boleh buat kuih ni. Bila petang je, dah tersedia kuih bingka berlauk kegemaran kami sekeluarga. Sebelum ni asyik buat talam berlauk je sbb malas nak tunggu depan oven, kali ni merajinkan dirilah buat kuih ni. Tak sangka senang dan cepat masaklah kuih guna resepi Kak Wan ni. Terima kasih Kak Wan berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat bingka berlauk tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.




Bahan Adunan
  • 350 gm tepung gandum
  • 500 ml santan pekat
  • 1000 ml air
  • 5 biji telur ayam A- pukul ringan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar minyak sapi cair
  • pewarna kuning jika suka
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan, kacau dengan whisk tangan hingga rata dan tidak berketul. Kemudian tapis.
  2. Gris acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan acuan di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
  3. Perlahankan api dapur dan tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
  4. Masukkan inti daging di bahagian tengah dan tepi acuan, tabur bahan hiris. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
Bahan Inti
  • 200 gm daging / kisar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Tumbuk atau kisar bawang  putih dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan kari daging dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging kisar, sedikit air dan garam. Biarkan daging empuk
  3. Masukkan bawang dadu dan masak hingga inti hampir kering. Angkat dan ketepikan
Hiasan- Hiris
  • Daun sup dan daun bawang
  • Setangkai cili merah dan cili hijau
Acuan Kemboja - digiris minyak

**Yatie dpt 6 keping kuih guna acuan kemboja 5inci.

Monday, January 20, 2014

Udang Harimau Panggilan Pulau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak kongsikan resepi udang harimau panggilan pulau. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dngn udang ni, balik2 masak masam manis, masak tiga rasa dan buat sambal udang je. Kali ni saya masak resepi masam manis yg di tambah dngn kayu manis...mmng sedap. Resepi asal menggunakan ikan, dan saya pernah masak SIAKAP PANGGILAN PULAU...mmng sedap sngt kuahnya. Bila takde idea tu, kita tukar2kan je ikan pd udang, ikan pd ayam, ayam pd udang, daging pd ayam dan sebagainya. Asalkan kuahnya sedap dan kena dngn selera kita, bolehlah resepi tu di pelbagaikan....takyah nak pening2 sangat nak masak...kan...Jomlah semak resepi kalau ada yg teringin nak mencuba tu.





Bahan-bahan
  • 1 kg udang besar- gunting muncungnya, cuci dan toskan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng udang
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya
Bahan hiris dan tumis
  • 1 labu bwg besar
  • 4 ulas bwg putih 
  • 6 biji cili padi
  • 2 btg serai - di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
Cara-cara
  1. Udang yg telah di gaul dngn garam dan serbuk kunyit,hendaklah di goreng sehingga masak.Ketepikan.
  2. Masukkan 1/4 cawan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.Guna api perlahan je.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis - gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato - kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu.
  5. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul rata sebentar. Tutupkan api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih.

Sunday, January 19, 2014

Coffee Chiffon Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat Chiffon Cake. Saya mmng peminat setia kek mcm ni, tak kisahlah perisa apa...semuanya saya suka. Biasanya buat perisa pandan, kali ni buat perisa kopi. Masa kek dlm oven ni, harum semerbak je baunya. Bila dah sejuk, apalagi...tak sabar nak merasa. Kek ni sungguh lembut dan sangat sedap. Walaupun tak menggunakan cream of tartar/lemon jus....kek ni menjadi dngn jayanya, sedap betullah. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Saya kopipes resepi dari FB Zaliedana dan Zita Ali. Pada kwn2 yg tak ada cream of tartar utk buat kek cipon tu, bolehlah cuba resepi ni, pasti menjadi....PERCAYALAH...Kita boleh tukar pd perisa kegemaran. Selamat Mencuba..




Bahan (A)


  • 6 biji kuning telur (gred A)
  • 30gm gula halus
  • 80ml susu cair
  • 80ml minyak masak
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu kecil coffee emulco
Caranya.
  1. Pukul kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung berselang seli dngn minyak dan susu cair. 
  2. Masukkan coffee emulco dan pkl sebati. Ketepikan dulu.
Bahan (B)

  • 6 biji putih telur
  • 12gm tepung jagung (2 sudu besar, rata)
  • 125gm gula halus.
Caranya
  1. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga bertanduk.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kaub balikkan.
  3. Masukkan 1/4 dari bhn (A) dan kaub balikkan.
  4. Masukkan kesemuanya dan kaub balikkan hingga rata semuanya.
  5. Tuang dlm loyang.(loyang berlubang 22cm)
    *loyang jgn digris. Boleh dilapik dgn kertas minyak dan sapu sedikit butter/majerin di dasarnya sahaja.
    Bakar dlm suhu 160C + - 50 mins.
  6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Biarkan sejuk dahulu, barulah di potong.

Thursday, January 16, 2014

Nasi Lemak Halba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu nasi lemak yg paling mudah tapi sungguh menyelerakan kami sekeluarga. Kalau ada udang, Hamka mesti srh buat sambal udang dan makan dngn nasi lemak. Kalau menu mcm ni mmng bertambah2 lah dia makan. Mama suka je sbb masakan yg mudah...kenyang sampai ke mlm. Resepi mudah je, terpulang pd kita nak makan dngn sambal tumis atau sambal kegemaran.



Bahan-bahan
  • 4 cwn beras (saya guna beras wangi, jadi pandai2lah guna sukatan air ya)
  • 5 1/2 cwn santan
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu kecil halba
  • garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
  • sambal tumis, sambal udang
  • ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
  • telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • dan lain2 ikut selera
Cara-cara
  1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
  2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan, halba dan serai.
  3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 guna chopstik hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Wednesday, January 15, 2014

Kek Minyak (Bakar)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kek minyak yg sungguh sedap, dahlah sedap...mudah plk tu buatnya. Kek ni mmng sesuai buat minum petang dngn secawan teh O. Rasa kek ni seakan2 bahulu minyak yg mak saya buat sblm ni. Cuma resepi ni di tambah dngn ovalllate, tu yg ada sedikit perbezaan rasanya . Ramai kwn2 yg telah mencuba kek ni, baru arini berkesempatan nak kongsikan resepinya kat blog. Pada kwn2 yg belum mencuba kek yg mudah dan sedap ni, bolehlah cuba...mmng sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula.
 


RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg, Izah

Bahan-bahan ( 8x8inci)
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Sunday, January 12, 2014

Kerepek China Arrowhead / Ngarku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak kongsi resepi kerepek ngarku yg sangat sedap. Buat pertama kalinya saya buat kerepek ni dan rasanya tersangatlah sedap. Kalau tau dari dulu sedapnya mcm ni, mmng dah buat awal2. Kebetulan belanja brng dapur aritu, nampaklah ramai orng beli arrowhead ni. Saya nak beli, tapi tak tau plk nak buat apa dgn buah ni. Rupanya mcm bawang, mcm sengkuang pun ada. Bila beli takut tak diapa2kan nnti. Last, beli jugalah....buat tak buat tu, belakang kira..

Saya pun google cari resepi kerepek ngarku ni, alahaiiiiii mudah je rupanya. Buat mcm kita goreng kerepek ubi dan kerepek pisang tu. Sebenarnya dah lama benar tak buat apa2 jenis kerepek sendiri, tu yg malas sebenarnya. Tak sanggup nak ngadap minyak panas kat kuali dngn jangkamasa yg lama....he3....alasan tu....
Saya pun ikut je cara2 membuat kerepek ni. Bila dah siap tu, tak sabar nak merasa. Ya Allah.....sedap yg amat rasanya, rasa lemak2 rangup gitu. Betul kata kwn2 sebelum ni, kalau dah rasa kerepek ngarku ni, mmng makan kerepek lain pun dah tak nak...mmng sedap.

Sempena stok masih ada ni, cubalah ya bagi yg belum pernah cuba tu, mmng berbaloi. Buah ni pun bermusim, masa dekat perayaan cina ni je ada....masa lain mmng susah sikit. Resepi ni mudah je, saya kopipes dari My Resipi. Saya tak guna sagat kerepek, tapi guna peeler/pengupas kentang atau buah2an tu utk ptng nipis arrowhead ni. Terpulang pd kwn2 ya....




Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )
  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka) 
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
Cara-cara
  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.

Wednesday, January 8, 2014

Bingka Kacang Hijau

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak mencuba bingka kacang hijau. Kebetulan buat bubur kacang petang tadi, alang2 rebus kacang, tu yg asingkan dlm 2 cwn utk buat bingka kcng hijau ni. Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap rasanya. Saya mmng suka kuih2 mcm ni. Pada peminat bingka tu, bolehlah cuba. Sebelum ni pernah buat Bingka Kacang Merah ..boleh cuba kalau teringin..




Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Sunday, January 5, 2014

Cream Puff With Custard Filling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi cream puff yg saya buat malam tadi. Lama dah teringin nak buat, tapi tak terbuat2 gak...ini pun gara2 didesak oleh Seri yg teringin sangat nak buat cream puff. Tengok bahan2 dan cara2nya mudah je, tapi tulahhhhh...selagi tak cuba tak tau kan. Sebelum ni beli je kalau teringin nak makan, kali ni buat sendiri. Tak sangka walau pertama kali buat, menjadi dngn jayanya...he3...padahal tak berapa lawa. Pada kwn2 yg teringin dan belum pernah mencuba tu, bolehlah cuba resepi ni...pasti menjadi, sedap pulak tu...jom semak resepinya.....




Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani , Mas

Bahan2 :
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
Cara 2 :
  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
  2. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
  3. Selepas ia mula mendidih, perlahankan api paling kecil dan terus masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
  4. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
  6. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
**.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara2nya
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  3. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Saturday, January 4, 2014

Ikan Bawal Masam Manis - Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg sering sangat saya masak dan di gemari kami sekeluarga. Kebetulan Seri anak dara saya sedang bercuti lama sementara menunggu keputusan SPM, jadi masa nilah belajar masak dngn mama nya. Saya ajar Seri masak yg mudah2 je. Bila berjauhan mcm abangnya nnti, bolehlah masak sendiri. Kalau lupa bolehlah rujuk blog mama yg tak seberapa ni tapi boleh membantu di saat memerlukannya. Resepi ni mudah je, sblm ni masak guna ikan siakap....boleh lihat diSINI. Pada adik2 di luar sana yg nak mencuba tu, bolehlah cuba....jom semak resepinya.


Bahan-Bahan

  • 4 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • sedikit halia
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan bawal dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Friday, January 3, 2014

Selamat Ulangtahun ke 4 Blog Sinar Kehidupanku - Bingka Serikaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pd semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga hari2 yg kita lalui ini penuh dngn rasa kesyukuran atas nikmat yg Allah kurniakan. Selamat Kembali ke sekolah buat anak2 juga buat guru2 semua. Selamat Ulangtahun ke 4 buat blog kesayangan saya Sinar kehidupanku. Pejam celik kejap je masa berlalu. Tak sangka dah jejak 4 thn saya berblogging. Banyak pengalaman pahit manis yg di lalui membuatkan saya lebih sabar dan tabah. Doakan yg baik2 buat saya sekeluarga, moga saya akan terus bersama kwn2 semua berkongsi resepi dan idea masakan.

Terima kasih buat pengunjung blog lama dan baru, teman2 di FB, rakan2 di alam maya juga di alam nyata, blogger masakan juga blogger2 yg bukan masakan. Terima kasih atas sokongan selama ini, kalau tiada sokongan dari kamu semua, sudah tentu saya tak bertahan sampai tahap ini.Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan kelakuan yg tidak menyenangkan pengunjung semua. Saya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih juga pada blogger2 masakan yg banyak membantu saya utk terus mencuba lebih banyak resepi yg sedap2 dan hasilnya di kongsikan bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga kita sama2 dpt manfaat darinya. Alhamdulillah..

Oklah takmo cerita panjang, kalau tak.. maunya berjela2 nanti. Sebenarnya saya pun takde idea nak cerita...he3...saje je. Kita terus pd resepi pertama di tahun 2014 ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi Bingka Serikaya yg sangat sedap. Saya mmng suka kuih2 tradisional ni, Pantang nampak dan mesti di cuba. Alhamdulillah, sedap bingka serikaya resepi Kak Fida ni. Terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...



       Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan Hamka, dah darjah 3 thn ni..

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 )- Yatie guna acuan kemboja pecah 8, dpt 3 keping kuih
  • 1 tin kaya (480g) - Yatie guna 400gm je
  • 4 biji telur
  • 200 ml santan pekat-Yatie guna santan Kara
  • 200 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb minyak/mentega cair
  • 180 gm tepung gandum - diayak
  • sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan) 
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
  2. Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka, potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.