Wednesday, January 29, 2014

Apam Mentega Gula Hangus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri buat apam mentega gula hangus ni. Tuan rumah mmng suka segala jenis kuih apam, jadi mmng segala resepi apam di cubanya. Tak kisahlah kan, janji ada yg makan. Sebelum ni pernah buat di SINI....mmng sedap, lemak dan lembut je kuih ni...manisnya pun sedang2 je. Pada peminat kuih apam tu, boleh cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Jom semak resepinya..



Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

8 comments:

  1. berpinar bijik mata tengok apam ni...
    nampak gebu jer....yummy...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak yati.
    Sehari dua ni duk godek2 resepi apam gula hangus,teringin nak makan.apam butter ni menarik jgk ye

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum aduh teruja pulak tguk yatie tayang kuih apam ni..dah lama x buat...sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Tengok pun dah tau sedap.Tumpang guna resepi juga ye.

    ReplyDelete
  5. Nice post , i hope everyone , will like your post

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie.. 1 tin susu cair itu brp cc/ml??

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie, minta halal, boleh? Saya mohon izin kakak untuk menggunakan resipi kakak untuk kerja sekolah. Semoga Allah peliharakan kakak sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. sedapnyer..mohon share recipe..tq

    http://jobandcash.com/?share=126773

    ReplyDelete