Thursday, March 8, 2012

Talam Suji Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kuih talam suji pandan pula. Sebelum ni guna gula melaka/gula merah utk lapisan atasnya. Kali ni saya buat perisa pandan pula, mmng harum je bau pandan tu dan sememangnya sedap. Kalau kawan2 nak lihat talam suji guna gula merah tu, bolehlah lihat diSINI. Ini pun resepi dari Chef Asma dan saya olah sedikit pada perisa pandan dan tukar pada sukatan cawan metrik supaya mudah buat rujukan di masa akan datang. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah mencubanya.





BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH


Bahan (A)
  • 1 1/2 cwn tepung suji @ semolina
  • 450ml air
Bahan (B)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 200ml santan pekat
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit, rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.
  5. Tuang adunan dan ratakan permukaannya. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air (air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan tapiskan)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 tsp garam
  • pewarna hijau
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati. Kalau nak mudah blend je semuanya.
  2. Masukkan kedlm periuk bersih dan masak sebentar.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan whisk, hendaklah sentiasa di kacau ya supaya tak berketul2.... jangan pekat dan jangan cair sangat.
  4. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaan lapisan suji tadi, kalau ada lapkan sedikit, pastu cakar2 sikit guna garpu. Setelah itu barulah tuang adunan pandan dan kukus selama 30 minit.
  5. Setelah kuih masak, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik supaya cantik potongannya.

25 comments:

  1. salam yatie..tiap kali lalu tepi dapur yatie mesti ada bau kuih talam..sedapnya:)mmg yatie ni pakar buat kuih talam..cantik kejadiannya.Selalunya Cm tak de rezeki dgn kuih talam..selalu gagal dapatkan hasil yang cantik..hampir kecewa:(

    ReplyDelete
  2. Wow!! mabeles...dh lama tak buat talam suji ni... kemas jer kuih buatan Yatie ni...cantek

    ReplyDelete
  3. kenapa kalau saya wat talam tak cantik cam Kak Yatie??? Musykil... musykil... hehehe. Memang takleh challenge sifu lah kita..

    ReplyDelete
  4. kak yati....
    cantikknya talam tu....
    memang ratu talam la akak ni..he3

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie,

    lama sungguh tk singgah sini...sihat ke?? Cantiknya talam yg Yatie buat nie...kemas...patut lah di beri gelaran ratu talam...mmg pandai menalam...terima kasih berkongsi resipi.

    ReplyDelete
  6. salam yatie...
    kuih talam chacha akak dah abis dah ptg semalam... hehehe... nampak talam suji pandan yatie dah buat akak terliur nak menalam lagi.. adeeiiii...

    ReplyDelete
  7. waduh yatie cayang..meh aar pos kt akak 2-3 potong kuih talam tuh..daapnyer! kempunan sehh!

    ReplyDelete
  8. salam ,leh le cuba kuih talam suji pandan ni...jum tukar sam kuih lapis pandan

    ReplyDelete
  9. Mmg patut Yatie d gelar ratu talam pun sbb cantik sangat kejadian kuih talam suji pandan ni ..Sudah tentu sedap..

    ReplyDelete
  10. cantiknye talam suji ni.Saya penah la pi belajar buat talam suji ni tapi bila balik buat sdiri mcm tak menjadi je.Agak susah jugak wat kuih talam ni.

    ReplyDelete
  11. Cantik mulus,licin je permukaan kuihnye tu..confirm sedap..like3

    ReplyDelete
  12. Salam kak yatie! sedapnyer! dah lama tak buat talam2 mcm ni, dulu2 ada beli tepung samolina ni buat kek, lepas tu guna cuma sekali sampailah xpired tak digunakan, bila nmpk resepi akak ni haish! geram pulak :D

    ReplyDelete
  13. As'salam Yatie

    I like10x cantiknya suka betul dengan kehalusan hasil tangan Yatie ni, geram nak sambar jer satu kukus chef asma tu..hahaha

    Yatie, rasanya masa k.ct kemas barang2 dapur ada ternampak sebungkus tepung suji ni, bolehlah k.ct cuba nanti, nak jugakkkk! hehehe

    ReplyDelete
  14. hamka suke bebenorla kuih ijau ni. suji mmg sedap sangat dibuat kuih talam kan. pernah try gula merah n coklat lawan ngan suji. fuhh terbaik. nanti leh try pandan lak ;-)

    ReplyDelete
  15. suke..suke...dappnya..saya memang penggemar kuih talam...duhh telan air liur tgk talam suji kak yatie ni...ni yg mood menalam tak pernah padam..asal singgah dapur akak nampak kuih talam..asal nampak kuih talam mesti masa singgah dapur akak..terbaikkkk...

    ReplyDelete
  16. Salam k.yatie...sedapnyer.....Yana pun suka gak kuih cam nie....dah banyak resepi kuih talam & bingka k.yati yg yana dah cuba..alhamdulillah...semuanya menjd & sedap2 belaka.....ingat nak mintak izin nak share resepi nie pulak...TQVM....

    ReplyDelete
  17. salam ukhwah...akk sy nk ty..akk loyang ukuran berapa akk gunakan untuk wat kuih talam...sy nk cuba tp x pasti nk guna loyang besar mana?

    ReplyDelete
  18. Assalam Yatie cayanggg...waah sedapnya tepung pelita...selalu terliur bulan pose...ni bulan x pose pun boleh meroyan jgk tengok...hehe

    ReplyDelete
  19. waduhh tk thn tgk kuih talam ni kak..my fav kuih talam adalah talam suji ni.biasa buat resepi yg atasnya gula merah.mesti cuba yg versi pandan ni pula.tq..:)

    ReplyDelete
  20. As salam Yatie, boleh tanya tak plastik apa yang diguna untuk lapik dulang tu dan bagaimana nak menjadikan ianya kemas spt dlm gambar di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Azie,
      Yatie guna loyang 10x10x3 inci
      Mula2 yatie sapu minyak di sekeliling loyang
      pastu yatie alaskan plastik 16x16inci ke dlm loyang tu
      letak je, pastu ratakan dan kemaskan, lipat sikit kat penjuru loyang, pastu letak minyak sikit sekelilingnya
      pastu baru tuangkan adunan dan kukus
      plastik tu ada jual di kedai bakery ya

      Delete
    2. Ohh bila disapu minyak di loyang dulu, jadi plastik akan melekat ke loyang lah ya. saya punya berkedut kedut di tepi

      Delete
  21. sedappppppppppp nyewwwwwwww...mohon copy sume resepi dlm blog ni ek..trima kasih kakkkkk

    ReplyDelete