Wednesday, September 17, 2014

Puding Lemak Cendol

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Puding lemak cendol sedap di makan bila2 masa je. Rasanya seakan kuih talam tapi tak perlulah di kukus. Rasanya yg lemak2 manis buatkan siapa yg merasainya akan teringat2 dan tak sedar dah makan berapa potong kuih ni. Kuih ni lebih sedap di makan sejuk. Kalau rajin, bolehlah bungkus dngn daun pisang mcm mak saya buat sblm ni. Kalau takde daun pisang tu,faham2 jelah kan...letak je kat acuan yg sesuai ataupun kat loyang je. Siap dan bolehlah di potong. Boleh juga lihat di SINI.



Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (250ml santan pekat, selebihnya air)
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
Cara-cara
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan tadi dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 3 minit.
  5. Angkat dan tuang dlm loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.

No comments:

Post a Comment