Thursday, September 18, 2014

Bingka Keledek Oren

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan bingka keledek. Sebenarnya saya beli keledek ni semata2 nak masak bersama sayur pucuk manis. Bila nak keluarkan pucuk manis dari petiais, alahaiiiii kecewa di buatnya...layu sudah sayur tu. Saya dah rebus keledek ni awal2, jadi terpaksalah di jadikan sesuatu dari di biarkan begitu saja. Dalam fikiran ni mcm2 nak di buat dngn keledek rebus ni. Dalam pada sibuk memasak lauk tengahari, saya pun buatlah adunan bingka/kuih bakar keledek ni. Bila siap masak, kuih utk minum petang pun dah siap. Kuih ni sedap, bahan2 pun mudah je. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Kawan2 juga boleh lihat di SINI.



BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 
**Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih. Slmt mencuba..

7 comments:

  1. Mesti lemak2 manis bingka ni kak...sedapnya

    ReplyDelete
  2. Yatie.. saya suka kuih bakar cuma ingin tau kalau membakar kuih bakar atau sejenis dgnnya kena on kipas oven ke.. tidak..confius..

    ReplyDelete
  3. Yatie.. saya suka kuih bakar cuma ingin tau kalau membakar kuih bakar atau sejenis dgnnya kena on kipas oven ke.. tidak..confius..

    ReplyDelete
  4. Kena on kipas oven ke kalau nk bakar kuih bakar pandan atau keledek ni.. tq

    ReplyDelete
  5. yummy sedapnyer bingka keledek oren. Saya pun suka makan bingka, nak try bingka keledek oren plak.

    ReplyDelete
  6. assalam kak yatie...nak tanya...boleh tak butter d tukar dengan minyak ghee

    ReplyDelete
  7. salam...
    menarik blog masakan ni. saya cari resipi kek coklat tadi terjumpa blog ni. banyak resipi di sini bestnya... terus rasa lapar.

    nanti saya datang godeh resipi di sini lagi ya.
    jemput singgah blog saya. tq

    http://maipilihdotcom.blogspot.com/2014/09/10-manfaat-mealshakes-untuk-kanak-kanak.html

    ReplyDelete