Friday, May 10, 2013

Kek Span Cheese Bersalji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih atas ucap selamat hari jadi pada anak saya Seri Izati. Saya amat2 menghargainya, moga doa dan harapan kita semua dimakbulkan Allah SWT. Aamiin.
Semalam merupakan hari yg sangat sibuk, maklumlah minggu peperiksaan bagi anak2. Saya kenalah pantau anak2 supaya membuat persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Kalau mama tak pantau, sudah tentu anak2 pun leka dibuatnya. Lagi2 Hamka yg kena diberi perhatian lebih.
Bila dah selesai semuanya, barulah mama kat dapor sorang2 menyediakan kek utk Seri. Anak2 ni lain sikit, kalau mama tak buatkan kek, diaorang masih ok lagi...tapi dlm hati hanya Tuhan je yg tahu. Bagi tak mengecewakan Seri, mama pun buatlah kek coklat oren span bersalji ni. Resepi asal dari Sweet4ever dan resepi topping saya ikut snow cheesecake. Mudah je kan..

Kek ni sangat lembut dan amat sesuai dibuat kek hari jadi, ditambah pula gandingan rasa oren dan coklat, mmng sedap betullah. Kek ni tetap lembut walau diletak dlm petiais, keknya tetap lembut dan boleh dimakan terus. Pada kwn2 yg nak buat kek birthday utk insan2 tersayang tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap..yg paling penting mudah menyediakannya. Selamat Mencuba ..






Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)
  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa dan pewarna oren 
  • Coklat emulco
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa dan pewarna oren, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. Kalau tak hias pun takpe.
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

11 comments:

  1. salam kak yatie..

    kek ni nampak menarik dengan olahan yang kreatif..gabungan coklat oren dengan chez tu memang mantap sangat..pasti sedap..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to seri ezati...nmpk sedap lah kek tu..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Yatie
    sedapnya nampak kek span cheese choc...gabungan warna oren dan choc buat kek nampak menarik sekali.
    Happy belated bday Seri Izati!

    ReplyDelete
  4. salam dan selamat pagi kak yatie..
    cantik dan nampak sedap kek ni.. cara buat pun mudah aje.. tengok kek tu gebu je seakan kek span..

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Seri Ezati...
    cantikk menawan kek yg mama seri buatkan tu...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Semoga terus dikurniakan idea2 menarik dan kreatif dalam pembuatan pelbagai jenis kek. Selamat Berpuasa & berhari Raya.

    ReplyDelete
  7. mcm sedap :9 yummy

    ReplyDelete
  8. tq so much k.yatie sy dh try wat kek ni.siyes sdp.abg ipar sy kt mcm bli...bngganye tk terkata.
    hehe...

    ReplyDelete
  9. Hi @yatiememories..tq for the recipe. Bru tried. Memang sedap kek tu n perfectly menjadi.

    ReplyDelete
  10. tq kak kongsi resepi...minta halal ye..

    ReplyDelete