Sunday, May 12, 2013

Kek Seri Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kalian semua sihat2 selalu dan ceria di samping insan2 tersayang. Hari ni merupakan Hari Ibu, saya juga tidak ketinggalan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu pada semua ibu2 walau di mana jua anda semua berada. Sebenarnya, bukanlah hari ni je kita mengingati ibu yg banyak berjasa pada kita. Setiap hari merupakan hari yg sangat istimewa buat ibu yg tersayang. Terlalu besar pengorbanan ibu yg mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kita. Tiada tolok bandingnya kasih ibu dan tak boleh diungkapkan dngn kata2...namun daku sentiasa mendoakan moga ibuku,ibu mertuaku sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa.

Sebenarnya kek seri batik ni saya buat saje je utk minum petang. Kek ni mudah je buatnya, cuma kali ni saya menggunakan santan dan keknya menjadi lebih sedap dan lebih lemak rasanya. Pada kawan2 yg nak merasa kelainan rasa kek batik ni, bolehlah cuba resepi..Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan:
  • 400 gm biskut marie - patahkan 2
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telor gred A - pukul sikit
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan serbuk koko (Yatie guna jenama Van Houten)
  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu kecil nescaffe
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Sapukan mentega di sekeliling loyang, ketepikan. Kalau alas plastik lagi mudah di keluarkan dari loyang. Guna loyang 9 inci.
  2. Masukkan mentega dlm kuali, masukkan gula dan bahan2 lain kecuali biskut marie.
  3. Masak guna api sederhana sehingga sedikit pekat dan berkilat. Masa ni guna whisk je gaul supaya rata adunan.
  4. Setelah sebati, masukkan biskut tadi dan gaul rata.Tutup api.
  5. Kemudian cedukkan adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan dan tekan padat dengan sudip atau penekan kek lapis.
  6. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah masukkan dalam petiais lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan bolehlah keluarkan dari petiais, biarkan sebentar dan bolehlah di potong. Simpan selebihnya semula dlm petiais.

10 comments:

  1. Selamat hari ibu Tie...tambah berserilah dengan hidanga kek setri batiknya tu ye Tie...

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu...moga kita jd ibu mithali..kek batik di hari istimewanampaknya...pingin pulak arek mangan, wes suwi orak nggawe..

    ReplyDelete
  3. Waaahhh kek batik...i liiikkkeee...anak2 pun liiikkeee...bapaknya pun liiikeee...hehe... mmg berseri2 jer batiknya tu Yatie cayang.. ^__^

    ReplyDelete
  4. Salam yatie, memang berseri2 kek batik tu...cantik kejadiannya dan gerenti sedap punyer... nyum2x

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie..

    wah, best juga try buat kek seri batik yang lain dari biasa ni sebab menggunakan santan..menarik..

    ReplyDelete
  6. salam kak....
    td dah tulis ntah masuk ntah tak.... cantik kek akak tuh! leh try nanti sbbb ada kelainana guna santan... selamat ari ibu kak!

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaa....tak tahan lagi...xtahan lagi...sambil nyanyi dan menari mcm hamka..gara2 tergoda dek penangan kek seri batik kak yati..:)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, tumpang masuk rumah yer..salam perkenalan dari Yatie Fizzy buat kak yatie...actually sebelom ni sy selalu jugakla baca blog akak. blog akak mmg best and resipi2 kat blog akak pun best..harap sudi berkenalan ^__^

    Wassalam..

    ReplyDelete
  9. Salam kak..
    Sy sali juga bt kek batik.. akk tau x nape tiap kali buat msti cm keras je potong x lawa pun cmni.. ke mmg x letak peti sejuk? Hehe..
    Tq kak

    ReplyDelete