Thursday, June 30, 2011

Black Beauty Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah kek hari ulangtahun kelahiran yg saya buat utk anak saya Mohamad Talhah semalam. Saya tanya nak makan kek apa, Talhah tak kisah, asalkan dari air tangan mamaNya sendiri. Saya ni kalau buat kek tu kira bolehlah, tapi bab mendeco mmng tak pandai dan tak ada seni langsung. Apa pun saya puashati jugalah sbb dpt menyediakan kek yg sungguh istimewa utk hari ulangtahun anak saya.

Resepi kek ni saya ambil dari dapur Maklang. Kek ni mudah je, tak payah guna mixer guna whisk je. Cara buat pun seakan2 American Cake. Pada peminat kek coklat dan nak buat cara yg mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. Saya rekomen kek ni mmng sedap, bab topping tu pun sedap seakan2 puding rasanya. Memang sedap betullah, terasa moist dan lemak manis kek ni. Terima kasih pada maklang kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.





Bahan A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil b.powder
Bahan B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
  • 1 cwn air panas suam
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Ayak Bhn A, ketepikan
  2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
  4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
  5. Guna loyang 8x8
Topping mudah tapi sedap
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Cara- Cara
  1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Wednesday, June 29, 2011

Selamat Ulangtahun ke-19 Mohamad Talhah bin Mohd Khata


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 19 thn. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul bersama meraikan ulangtahunnya. Sebelum ni kami berjauhan kerana tanggungjawab yg perlu di laksanakan. Walaupun terpisah selama 3 thn, kami di beri kesempatan lagi utk bersama berkumpul dan mejalani kehidupan seperti biasa dngn penuh kesyukuran, ketakwaan dan keharmonian. Moga kami sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati.

Masa berlalu begitu pantas, kini anak saya sudah remaja. Masih terbayang2 lagi saat melahirkannya 19 thn yg lalu. Saat melahirkan, membesarkan dan mendidiknya penuh dngn kesabaran. Saya paling tak boleh lupa bila masa kecik2 tu, Talhah tak suka tutup lampu bila nak tidur. Kadang2 tu sampai pkl 3 pagi, barulah saya boleh tutup lampu. Bila tutup tu pun..kdng2 dia tersedar balik dari tidurnya...wallaaaahhhhh...tidurlah saya dlm terang.

Bayangkanlah betapa silaunya.....manalah boleh tidurkan. Kdng2 tu bila siang saya balas baliklah nak tidur sekejap sbb terlalu mengantuk bila berjaga malam. Lagi sekali saya di uji....Talhah tak bagi saya tutup mata....dia tak bagi mamaNya tidur. Dia kata dia takde kwn....Saya pun cakaplah, Mama tak tidur, mama cuma tutup mata jeee... Mula2 tu oklah, dpt juga melelapkan mata. Bila esok lusa dia dah tahu daaaa..Dia kata, mama bukan tutup mata/kejam jek..mama tidur sebenarnya. Dia kata kalau mama tutup mata je, mesti sekejap...ini lama...tu yg dah kantoi daaa. Dia tahu mamaNya tidur. Kadang tu sampai mata saya di korek2nya supaya buka. Dia mmng tak suka tngk mamaNya tidur. Pelik kan....

Ada satu kisah lagi, Talhah suka naik kereta masa kecik2. Kalau malam nak tidur je, mesti kena pusing/ ronda2 dulu. Bila dah tertidur tu, barulah dia dpt tidur dngn lena. Pernah satu malam tu, Talhah menangis je tengah2 malam, puas pujuk tapi takmo diam. Biasanya kalau dia tak sihat barulah dia menangis malam. Tapi kali ni lain sikit, pujuk punya pujuk takmo diam juga. Suami saya pun bawa Talhah masuk dlm kereta....ya ampuuunnnn Talhah terus diam dan tersenyum. Dia pegang stering kereta tanda suruh jalankan kereta. Sejak hari tu, dah tau..mesti satu hari kena ronda2 dulu. Kalau tak..abeslah melalak malam2.

Bila kenang2kan masa lalu mmng mencuit hati dan membuatkan kita tersenyum jek. Alhamdulillah bila Talhah dah besar, dia menjadi anak yg baik, yg mendengar kata dan banyak mengalah. Masa sekolah rendah tu, tiap balik sekolah je Talhah belikan mamaNya kuih donut atau kuih apam yg di jual kat sekolah. Saya tanya, kenapa bawa balik dan tak di makan masa rehat. Dia kata teringat mama kat rumah. Talhah tahu mama suka sangat makan kuih. Hai..anak2, gembira dan terharu di buatnya. Sampai skrng, kalau balik dari asrama, mesti dia belikan kuih utk mamaNya. Itulah Talhah dulu, kini dan akan datang. Saya cerita ni bukannya apa, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kita sebagai emak, mestilah terharu bila anak buat macam ni...walaupun ianya sekadar kuih muih yg tak seberapa harganya, tapi saya amat2 menghargainya. Dari situ dah menunjukkan betapa kasihnya dia pada kita.

Hingga kini, bila saya cerita kisah2 lama je, dia menitiskan airmatanya. Dia sedih kerana membuat mamaNya sedih dan penat,tapi itu kisah masa kecik2lah. Syukur sangat2 sbb Talhah banyak mengembirakan dan membanggakan ayah dan ibunya sekarang. Moga Talhah akan terus kekal dngn tingkahlakunya yg menyenangkan dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 19 thn (29-6)buat anak kesayangan saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagia dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Moga segala apa yg di cita2kan menjadi kenyataan dan di berkati. Pesanan mama,jagalah diri dan maruahmu walau di mana saja kamu berada. Taat perintah Allah, hormat kedua orang tuamu, hormati juga orng lebih dewasa dan hormati jua kita sesama insan....kelak dirimu selamat di dunia dan di akhirat. Aminn. Sesungguhnya mama, abah dan adik2 amat menyayangimu Mohamad Talhah.

* maaf ya, saya nak letak sekali gambar anak saya, tapi dari tak boleh nak upload...

Tuesday, June 28, 2011

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang kek kukus asam manis yg saya buat petang semalam. Biasanya kek kukus asam manis saya buat menggunakan tepung biskut, tapi kali ni nak mudah, guna je tepung gandum. Resepi asal kek ni adalah dari resepi Kek Kukus Velvet. Saya mmng suka kek kukus ni sebab ianya gebu dan lembut je. Saya sukat guna cara sendiri je sbb malas nak timbang. Saya lebih suka guna sukatan cwn metrik bila buat kek. Pada penggemar kek kukus tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ini.




Bahan-bahan (loyang bulat 9 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Related Posts with Thumbnails