Hari ni klakarlah. Balik dari sklh je Hamka tunjukkan saya air kotak soya. Hamka kata dia beli kat sekolah tapi tak nak minum dulu. Saya pun tanya, kenapa Hamka tak minum air kotak tu? Hamka kata dia nak suruh mama minum/rasa dulu, barulah dia minum. Alahaiiiii anak mama ni..begitu sekali dia ingat kat mamaNya. Hamka pun terus cucuk dngn straw air kotak tu, pastu terus suruh saya minum dulu barulah dia minum. Kesian Hamka, dah kecur sangat air kotak tu, tapi sempat lagi ingat nak bagi mamaNya rasa..terharu di buatnya. Nasib baiklah saya bekalkan air minuman untuknya. Kalau tak, haiii kehausanlah Hamka.
Saya cerita ni sekadar berkongsi pengalaman ya, takde niat nak bermegah2...saya mahu kongsikan kegembiraan bersama kawan2 semua. Kalau Hamka baca n3 ni bila besar nanti...mesti hatinya juga tersentuh. Moga perangai Hamka yg baik ni berkekalan hingga ke dewasa kelak. Aminnn..
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 kg nangka muda yang siap dikupas
- 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
- 2 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 700 ml santan cair
- 300 ml pati santan
- Garam dan sedikit gula
- 2 sudu besar kerisik-Yatie tambah
- 1 helai daun kunyit-Yatie tambah
- minyak utk menumis
- 1 labu bawang besar*
- 6 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 3 biji buah keras*
- 1 camca besar ketumbar biji*
- 1 camca teh jintan manis*
- 1 camca teh jintan halus*
- 1/2 inci belacan*
- 5 biji cili merah*
- 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
- Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
- Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
- Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!
selalu yang biasa saya makan yang gulai kuning. suka jugak sayur nangka ni tapi bila dah beberapa kali makan sayur ni perut saya jadi sakit 'berangin' kembung. Tu yng jadi takut nak makan nangka.
ReplyDeletesalam kak yatie...sedapnya kak gulai nangka..saya suka masak gulai nangka gaya cam gini..setengah org panggil gulai ni opor...cantik warna gulai..:)
ReplyDeleteSalam Yatie.. Apa kbr? sedap nya gulai nangka lama Ani tak makan.. terharu dgr kisah air kotak Hamka yg di simpan utk yatie.. Insya allah yatie.. Anak anak kita akan sentiasa menyayangi kita..Aminn
ReplyDeletewah..peberet jugak ni, tp tak reti sgt guna nangka..hihi
ReplyDeletesedapnya tgk masak nangka ni kak...saya ni mkn angin juga bdn ni. tapi kalau ada dpn mata belasah juga kak angin belakang kira..haha boleh gitu kan..:)
ReplyDeletebagusnya hamka ingat mama dia juga tu:)
emmm...,sedappnya gulai nangka..,my peberet nih...
ReplyDeletesalam kak...comel la hamka..saya suke bc blog akak..sy penah cuba resepi dr blog akak, sedap menjadi..sy harap akak halalkan yer sy cuba resepi2 dr blog akak..salam kenalan dari sy kak..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum K. Yatie, anak-anaklah pengubat hati.
ReplyDeleteAssalamualaykumwbh kak yatie.....waaaa lauk ni makan tak hengat "en laki" nih....hik3....:)
ReplyDeleteAssalam kak,berkat mkn air tangan akaklah tuh,hamka elalu igt akak,InsyaAllah moga berkekalan gitu..Sedapnyer gulai nangka kak,sjk dah da 2 ank nih,kalo mkn terasa angin juga,tapi sedap punya pasal ngap xhengat juga,hihi..
ReplyDeleteSelamat petang Yatie....
ReplyDeleteterbayang masakan begini yang bonda suka buat! Rindu... tapau sekit ye buat ubat rindu.