Monday, February 23, 2015

Kuih Bom Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu minum petang yg sangat mudah dan sedap. Saya suka betul kuih muih tradisional ni, buatnya mudah dan rasanya semestinya sedap. Kali ni saya cuba resepi dari AlongRoz dan saya kopipes dari blog CT Delima. Inti kuih tu ikut selera masing2 ya, ada yg suka inti kelapa, kcng hijau ataupun kacang merah. Saya lebih suka inti kacang merah, lagipun nak cepat..guna inti yg dah siap je. Maklumlah nak makan kuih sedap, tapi ada kemalasan sikit...hi3.. Kuih ni mmng sedap bila di campur kentang ataupun keledek rebus yg di lecek. Jadi kuih taklah liat, sedang elok je kelembutannya. Pada penggemar kuih muih mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya dan slmt mencuba.



Bahan-Bahan
  • 160 gm Keledek / kentang - kukus dan lecek
  • 240 gm Tepung Pulut
  • 40 gm Tepung Gandum
  • 70 gm Gula Kastor
  • Secubit Garam
  • 200 ml Air
  • Biji Bijan - untuk salut
  • Inti Kelapa/Kacang Merah/ Kcng Hijau- bulat2kan kecil
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan dan inti). Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan tepung sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 24 ketul.
  2. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut dan bulatkan.
  3.  Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
  4. Ulang sehingga habis.
  5.  Goreng dengan minyak yang dalam sehingga garing. Angkat dan toskan.
**petua supaya bijan melekat cantik di keliling kuih, dngn mencelupkan doh yg berisi inti ke dlm air sekejap saja dan salutkan bijan dan bulatkan rata. Siap dan bolehlah di goreng guna api sederhana hingga kekuningan.

Friday, February 13, 2015

Butter Prawn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi butter prawn yg sangat sedap. Kalau dah namanya udang, masak apa pun sedapkan. Lebih2 lagi dpt udang fresh gitu, terasa manis kan. Resepi ni mudah je, saya kerap guna resepi ni utk butter prawn. Kawan2 juga boleh lihat diSINI. Pada peminat udang tu, boleh cuba resepi ringkas ni, lebih sedap ratah2 mcm tu je....maunya tak cukup mkn sekor. Biasanya saya gandakan dari resepi asal.



Bahan-Bahan
  • 12-15  ekor udang saiz sederhana besar
  • 2 sudu besar butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan)
  3. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.

Tuesday, February 10, 2015

Ikan Kerisi Tumis Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, bukannya tak masak....tiap2 hari masak dan menu pun kerap yg sama je. Kalau nak kongsikan kat blog ni takut ada yg boring plk sbb menu sama je. Tak kisahlah kan, ni blog sempoi....jadi tak kisahlah tuan rumah nak letak apa2 menu yg di masak sendiri. Kali ni saya masak ikan kerisi tumis asam kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm ni paling senang, cuma potong2 je dan tumis...tambahkan garam dan gula dan perasakan. Bila dah siap bolehlah di hidangkan bersama nasi panas2....mudah je kan. Kalau nak tambah potongan buah tomato pun boleh. Oklah kita semak resepi mudah ni, boleh juga adik2 di luar sana cuba resepi mudah dan semestinya sedap ni.



Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)
  • 1 btng serai- di titik
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili hijau/merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Friday, February 6, 2015

Kerepek Ngarku setahun sekali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, bukannya apa tau....cuma sedikit malas nak ngadap lappy ni. Bila tngk lappy lama sikit je pening kepala. So jalan terbaik rehatkan diri dan mata...hi3. Alhamdulillah arini ok sikit, jadi dapatlah kongsikan gambar dan resepi mudah buat tatapan pengunjung blog saya ni. Kali ni saya merajinkan diri buat kerepek ngarku. Mulanya malas tau nak buat kerepek ni sbb malas nak kopek dan sagat buah ngarku / arrowhead yg comel2 ni.

 Kebetulan anak2 teringin plk nak makan, jadi tak sampai hati nak bermalasan nak buat. Lagipun saya pun suka kerepek ni, dahlah setahun sekali je jumpanya. Jadi saya gigihkan diri menyagat buah comel ni. Bila dah siap tu, kejap je habis sebalang. Tapi takpe, kali ni mmng awal2 beli bnyk dan biar family puas makan. Kalau beli yg dah siap goreng tu mahallah juga, dah tu tak puas makan.
Resepi ni mudah je,caranya sama mcm kita buat kerepek pisang dan kerepek ubi tu. Terpulang pd kwn2 nak letak perisa apa, tapi pd saya makan mcm tu je pun dah sedap. Jomlah kita wat kerepek setahun sekali ni, masa raya cina je ada buah ni..




Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar ) 
  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka) 
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
Cara-cara 
  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
***Saya tak guna sagat kerepek, tapi guna peeler/pengupas kentang atau buah2an tu utk ptng nipis arrowhead ni. Terpulang pd kwn2 ya, hasilnya kerepek jadi cantik bulat2 je.

Monday, February 2, 2015

Apam Susu Coklat Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kejap je masa berlalu, tau2 dah bulan februari 2015. Hari ni nak kongsikan resepi asam susu yg tngh meletop2 kat fb, ramai kwn2 dah mencubanya. Saya pula takmo ketinggalan utk mencuba dan merasa kesedapan apam susu ni. Rasanya lebih kepada kek yg di kukus. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula.




Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy, Azlita Masam Manis
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • Pewarna dan perisa yang di sukai
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  8. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  9. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka.Gaul rata
  10. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  11. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  12. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  13. * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  14. Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang..Potong apam bila ianya telah sejuk.