Tuesday, February 10, 2015

Ikan Kerisi Tumis Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, bukannya tak masak....tiap2 hari masak dan menu pun kerap yg sama je. Kalau nak kongsikan kat blog ni takut ada yg boring plk sbb menu sama je. Tak kisahlah kan, ni blog sempoi....jadi tak kisahlah tuan rumah nak letak apa2 menu yg di masak sendiri. Kali ni saya masak ikan kerisi tumis asam kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm ni paling senang, cuma potong2 je dan tumis...tambahkan garam dan gula dan perasakan. Bila dah siap bolehlah di hidangkan bersama nasi panas2....mudah je kan. Kalau nak tambah potongan buah tomato pun boleh. Oklah kita semak resepi mudah ni, boleh juga adik2 di luar sana cuba resepi mudah dan semestinya sedap ni.



Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)
  • 1 btng serai- di titik
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili hijau/merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

7 comments:

  1. ha3 br je x smpi seminit keluarkan ikan kerisi dr dlm peti sejuk.... boleh lah cuba resepi ni =) tq

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yati,

    Masak simple macam ni pun dah sedapkan? Saya suka masak macam ni tak kisah ikan apa pun. Sometimes masak ayam pun macam ni dan makan bertambah-tambah hahaha.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka masak ikan kerisi gini.. anak-anak suka! saya pun sama! hihihi..

    ReplyDelete
  4. yatie..yg sempoi tu yg sedap. tergigit pulak cili api tu..fergh! berdesing kejap tapi marem..hihi

    ReplyDelete
  5. My favourite!! Memang sedap nyummm nyummmm...

    www.ekinhoza.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. boleh cuba ni..walaupun dengan ikan kembung..last day punya stok minggu lepas..hehe

    ReplyDelete