Monday, February 23, 2015

Kuih Bom Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu minum petang yg sangat mudah dan sedap. Saya suka betul kuih muih tradisional ni, buatnya mudah dan rasanya semestinya sedap. Kali ni saya cuba resepi dari AlongRoz dan saya kopipes dari blog CT Delima. Inti kuih tu ikut selera masing2 ya, ada yg suka inti kelapa, kcng hijau ataupun kacang merah. Saya lebih suka inti kacang merah, lagipun nak cepat..guna inti yg dah siap je. Maklumlah nak makan kuih sedap, tapi ada kemalasan sikit...hi3.. Kuih ni mmng sedap bila di campur kentang ataupun keledek rebus yg di lecek. Jadi kuih taklah liat, sedang elok je kelembutannya. Pada penggemar kuih muih mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya dan slmt mencuba.



Bahan-Bahan
  • 160 gm Keledek / kentang - kukus dan lecek
  • 240 gm Tepung Pulut
  • 40 gm Tepung Gandum
  • 70 gm Gula Kastor
  • Secubit Garam
  • 200 ml Air
  • Biji Bijan - untuk salut
  • Inti Kelapa/Kacang Merah/ Kcng Hijau- bulat2kan kecil
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan dan inti). Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan tepung sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 24 ketul.
  2. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut dan bulatkan.
  3.  Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
  4. Ulang sehingga habis.
  5.  Goreng dengan minyak yang dalam sehingga garing. Angkat dan toskan.
**petua supaya bijan melekat cantik di keliling kuih, dngn mencelupkan doh yg berisi inti ke dlm air sekejap saja dan salutkan bijan dan bulatkan rata. Siap dan bolehlah di goreng guna api sederhana hingga kekuningan.

7 comments:

  1. assalamualikum yati, kaknoor biasa buat guna tepung pulut je, kentang belum pernah try lagi, macam nak try lah sbb kentang mmg ada stok ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa .. teringat zaman kecik2 .. selalu tolong mama buat.

    ReplyDelete
  3. kuih legend ni kak.. dulu arwah mak saya rajin buat

    ReplyDelete
  4. sedap ye..saya suka inti kelapa manis tu...hihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..nnt blh cuba...

    ReplyDelete
  6. sedapnya... kuih ynag menjadi kegemaran saya..tau makan je.. lepas ni boleh la follow buat resepi ni... boleh share tak resepi ni? ^__^

    ReplyDelete
  7. Kuih kegemaran nih.. :)
    Tq for sharing

    ReplyDelete