Thursday, October 30, 2014

Ikan Goreng Masak Taucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kan nak kongsikan resepi ikan kerisi goreng masak taucu. Rasanya ramai yg tahu masak menu ringkas ni. Tapi tak apalah, saya kongsikan juga buat rujukan anak2 di masa hadapan. Bila teringin nak makan ikan masak taucu, bolehlah masak sendiri. Zaman sekarang, resepi di hujung jari je. Resepi kali ni saya kopipes dari Fiza's Cooking, menurut Fiza, resepi ni dari Mamak Haji FB. Menu mudah mcm ni lagilah menambat selera. Terima kasih pd penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


 Bahan-bahan
  • 5-6 ekor Ikan kerisi (Boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan) 
  • 5 sudu besar taucu - basuh dan toskan taucunya. 
  • 2 labu bawang besar- dihiris bulat. 
  • 3 ulas bawang putih dihiris. 
  • 1 inci halia dihiris halus. 
  • 5 tangkai cili api dibelah-dua memanjang. 
  • 1 tangkai cili merah - belah dua memanjang. 
  • 1 biji lada benggala/ capsicum – dihiris. 
  • 1 biji tomato dibelah empat. 
  • 1 btg serai dibelah dua atau diketuk. 
  • 1 sudu besar gula pasir. 
  • 1 sudu besar asam jawa dijadikan satu cawan air asam. 
  •  minyak masak secukupnya
 Cara Memasak: 
  1. Ikan di siang dan bersihkan lalu dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing sedikit. 
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 2 sudu besar. Masukkan serai dan tumis serai hingga naik baunya, masukkan bawang, putih, bawang, halia, cili api, cili merah dan lada benggala. 
  3. Bila tumisan mula keluarkan bau haruman (layu saja) masukkan taucu 5 sudu besar dan diikuti dengan air asam jawa. Tunggu hingga air asam mendidih. Masukkan gula secukup rasa (untuk matikan keasinan taucu). 
  4. Tuangkan di atas ikan goreng. Hidangkan dengan nasi panas.

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah buat roti sarang lebah yg tngh hot masa kini, baru ni sempat nak kongsikan kat blog. Tak kisahlah kan, asalkan roti tu kita buat sendiri. Pada yg belum buat tu, boleh cuba, takde BM pun still boleh buat roti yg sungguh lembut dan gebu ni...ini pun uli guna tangan je sbb malas nak guna BM. Kalau setakat tepung 250gm tu, bolehlah uli guna tangan je, kalau lebih tu kena jugalah guna BM yg sedia berkhidmat bila2 masa tu.

Terima kasih pd Lydia Honey berkongsi resepi roti sarang lebah ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi kali ni saya kopipes dari blog Izah Muffin Lover. Mekasih ya Izah, pasni rajin2lah update blog ya dik mcm dulu2. Terasa sepi je bila geng2 masak tak semeriah spt dulu. Akak pun jadi lemau je nak wat n3 sama. Pada pengunjung blog terima kasih sbb sudi singgah dan sudi mencuba resepi2 kat blog ini. Moga kita sama2 dpt ilmu dari berblogging ni.




Bahan utk DOH
  • 2 cawan tepung gandum * boleh campur tepung roti
  • 1/2 Sudu teh dry yeast
  • 1/4 Sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • 1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara-Caranya
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
  7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  11. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  12. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  13. Time bako dalam 10-15 minit.
  14. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  15. Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
  1. doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  2. No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  3. Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
  4. JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  5. Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
  • 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
  • 1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
  • A pinch of salt
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 25g butter
CARA- CARA
  1. Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Monday, October 27, 2014

Pau Sambal / Burger Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pau sambal ni sedap buat menu minum petang. Biasanya kalau pagi tu saya masak nasi lemak, pasti buat sambalnya lebih. Bila petang tu dah terfikir je nak buat pau sambal. Lagipun adunan pau tu boleh kita buat kuih donat sekali. Resepi boleh ikut mana2 resepi donat, tapi utk pau sambal saya lebih suka guna resepi Che Mat ni. Paunya cantik lembut je...kalau tak percaya, kwn2 cubalah sendiri..pasti tau hasilnya yg memuaskan hati. Kalau nak goreng doh pau tu, guna api sederhana je ya supaya bila warnanya dah perang dlmnya masak cantik...slmt mencuba semua. Terima kasih sekali pd Mat Gebu sbb berkongsi resepi pau sambal ni.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....

Wednesday, October 22, 2014

Siakap Masam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas yg sangat di gemari kami sekeluarga. Biasalah kalau ikan siakap ni, lebih mudah di masak masam manis je. Kalau masak mcm ni mesti laku punya. Resepi ringkas mcm biasa, boleh lihat di SINI.


Monday, October 20, 2014

Susu Sedap Nutri Goat Miracle 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah....hari ni diberi kesempatan utk saya berkongsi khasiat susu kambing NGM8 yg sangat sedap. Susu ni sedap, tak berbau hamis. Pada yg belum rasa, pasti tertanya2 betul ke tak rasa susu ni yg sedap dan tak berbau hanyir/ hamis. Jujur saya katakan dan saya dah meminumnya hampir 4 bulan. Susu ni sangat sedap dan ianya memberikan tenaga pada pengamalnya. Ianya bukan sekadar susu kambing saja, NGM8 ini mengandungi 8 makanan sunnah seperti kismis, kurma, madu, saffron/za'faran, habbatussauda, buah zaitun, buah delima dan buah tin.Setiap satu ada khasiatnya yg tersendiri di gabungkan dngn susu kambing dan terhasillah NGM8 yg sangat sedap ni.

Jujur saya katakan yg mulanya saya pun ragu2 nak mencubanya sbb takut susu tu berbau. Saya mmng tak makan kambing...tu yg takut nak mencuba. Alhamdulillah bila pertama kali meminumnya, saya terus jatuh cinta dngn susu sedap ni, tak tipu punya. Rasa nak minum 2 sachet je utk satu hari sbb sedap sangat. Susu ni menjimatkan, minum satu sachet utk satu hari pun dah cukup. Harganya taklah mahal. Satu kotak tu ada 15 sachet dan harganya cuma RM4O. Ianya harga mampu milik punya. Pada kwn2 yg berminat boleh hubungi saya Yatie 013 7298872.


Kebaikan mengamalkan Nutri Goat Miracle 8
  • Merendahkan kolestrol
  • Memberi tenaga kepada ibu mengandung
  • Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
  • Sumber kalsium yang tinggi
  • Melawaskan perkumuhan
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan daya ingatan dan fokus
  • Menambahkan susu badan 
Siapa yang perlukan Nutri Goat Miracle 8

  • Pelajar
  • Ibu yang mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang yang bekerja
  • Orang tua yang sakit sendi


Apam Pisang Gebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi merajinkan diri buat apam pisang kegemaranku. Dalam pada rajin tu ada malasnya juga. Mulanya nak kukus guna acuan kecil biar apam pisang nampak comel dan senang anak2 nak makan, takyah potong segala. Maka terjadilah apam guna acuan besar ni. Apam pisang ni dah rupa mcm kek pulak, jngn ada yg keliru ya, kalau kukus tu jadilah apam pisang, kalau adunan di bakar tu jadilah kek pisang. Apa yg penting apam pisang ni sangat gebu, lembut dan moist je. Saya suka apam ni, lembut dan gebu je.

Terima kasih pada Azita Zain berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Terima kasih juga pd penyumbang resepi asal. Pada peminat apam pisang tu, bolehlah cuba, mmng sedap. Kak Azita pun dah banayk kali buat apam pisang guna resepi ni...mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan :
  • 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan - saya guna pisang yg dah di lenyek dlm 1 cwn
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara2nya :
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3. Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.
Nota :
  1. Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.
  3. Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.

Tuesday, October 14, 2014

Pau Gebu yg sangat sedap.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih pau kegemaran keluarga. Kami sekeluarga sangat suka makan pau tapi saya jarang2 buat. Saya kdng2 cukup fobia nak buat tau, kdng2 tu cantik gebu dah paunya, bila buka penutup kukus je ada je yg tak cantik atau berkedut....tu yg malas nak buat tu, kena ketawakan Hamka je sbb kuihnya bnyk rupa, ada yg licin mulus, ada yg kedut sikit dan ada yg kedut bnyk...hi3...

Kali ni saya dah jumpa resepi yg mudah dan semestinya menjadi cantik. Rasanya sangat lembut dan cara buatnya pun mudah je. Pada kwn2 yg masih fobia mcm saya buat kuih ni, bolehlah cuba resepi ni...In Shaa Allah menjadi punya. Apa yg penting ikut sukatan yg di beri dan ikut cara2nya.Terima kasih pada rakan FB Iza Lan kerana berkongsi resepi pau ni. Menurut Iza, resepi ni beliau dpt dari seorang makcik yg baik hati yg menjual kuih pau. Terima kasih juga buat makcik tu, moga bertambah2 murah rezeki makcik. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya, biar ramai lagi kwn2 dpt membuat pau kegemaran keluarga yg menepati citarasa keluarga. Alhamdulillah..




Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

Monday, October 13, 2014

Kuih Serimuka Pandan yg sangat sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kwn2 di luar sana yg menggemari kuih serimuka pandan ni. Kuih ni kuih kegemaran sejak dulu lagi. Kalau saya nampak je kuih ni, dah cukup terliur di buatnya. Kalau beli tu kdng2 tak menepati citarasa kecuali kita beli dari kwn2 yg mmng biasa ambil tempahan kuih2 mcm ni. Banyak resepi dah saya cuba dan kongsikan resepinya di blog. Terpulang pd kwn2 nak cuba yg mana satu. Pada saya semuanya sedap.

Saya juga ada menerima komen2 dari pengunjung blog yg mengatakan kalau buat kuih ni je lembik atasnya walaupun dah guna resepi yg sama. Susah nak menerangkan sebenarnya.. Pada saya, kalau dah ikut resepi yg sama, mestilah hasilnya pun sama kan. Ini lain pula jadinya.....rasanya cara tu yg membezakan kuih tu menjadi ataupun tidak. Kalau di suruh masak adunan hingga naik wap tu, ikut jelah ya..jngn memandai tak buat....dah tentu hasilnya juga tak sama. Bila kuih dah masak tu, sengetkan loyang jika terdapat sedikit air di permukaan kuih...lap dngn kitchen towel atau buangkan air tu guna sudu dan biarkan betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.

Ok, saya ni bukannya pakar tapi sekadar berkongsi tips supaya kuih2 talam kelihatan cantik. Kali ni saya kongsikan kuih serimuka yg sangat mudah dan tahan lama. Jangan bimbang kalau kuih tu terlembik sbb resepi kuih ni mmng cantik kejadiannya dan rasanya pun sangat sedap. Kalau nak tngk resepi yg lain, bolehlah tngk di SINI. Jom semak resepi ni..Resepi utk bahagian bawah/pulut tu, saya tetap setia dngn resepi Chef Asma, bahagian atas je saya guna tepung gandum dan tpng lain.





Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". 
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 250 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Saturday, October 11, 2014

Cucur/Jemput2 Nasi Ikan Bilis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi kita di alam maya ni. Lama tul tak wat n3, mula2 tu nak rehat kejap je. Tapi dah jejak 11 hari tak ke udara, rasa makin malaslah pulak. Sebenarnya tiap2 hari masak dan ambil gambar, tapi di sebabkan masa tak mengizinkan buatkan blog ni sepi seketika. Hari ni gigihkan diri jugalah kongsikan resepi yg mudah dan kerap kali saya buat. Cucur atau jemput2 nasi ni sedap, yg penting buatnya pun mudah je. Resepi juga boleh lihat di SINI. Pada yg belum pernah mencuba tu, bolehlah cuba...mmng sedap...ianya tetap lembut je walau dah seharian...percayalahhhhh...hi3..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi- nasi yg tak habis tu
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwng putih dan bwng besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan jari saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah dan cantik bulat cucurnya. Kalau tak biasa tu, guna sudu jelah ya.