Monday, September 29, 2014

Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tengok puding kek ni rasa nak berhenti menaip je, rasa nak buka petiais dan ambil puding ni. Masih terasa2 lagi kesedapannya, lebih2 lagi bila di makan sejuk. Resepi ni saya dapat dari kawan FB yg belajar berbayar buat puding kek ni. Alhamdulillah dan terima kasih kerana kesudian Mrs Nor Wahid berkongsi resepi di fb dan mendapat keizinan dari tuanpunya resepi utk di kongsikan. Moga bertambah2 murah rezeki dan sentiasa mendpt keberkatan dariNya.
Sebelum ni pernah juga nampak di blog Ita Masam Manis buat puding kek ni, makinlah teruja nak mencubanya. Bila dah buat tu, tak sabar nak merasanya. Bayangkan gabungan kek pandan, gula melaka, cendol dan cincau....mmng sedap sangat. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap dan berbaloi buat sendiri. Kalau beli tu, dah tentu harganya mahal kan, ni resepi dah ada...apalagi....cubalah...In Shaa Allah menjadi. Jom tngk resepinya...




Bahan-Bahan  - Acuan 10 x 10 X 3

1 keping kek span pandan

Bahan A:

  • 500 ml santan pekat (200ml santan kara+300 air)
  • 500 ml susu cair
  • 10 gm serbuk agar2
  • 150 gm gula merah/gula melaka
  • 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
  • 1 biji kuning telur
  • Secubit garam
  •  

Cara2nya
  •  Masak semua sekali bahan A hingga mendidih dan sentiasa di kacau.
  • Biarkan suam sikit,kemudian tuang atas kek. Ketepikan

Bahan B

  • 600 ml santan pekat + 400 ml air *
  • 10 gm serbuk agar2*
  • 150 gm gula castor*
  • 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)* 
  •  
  • 100 gm cincau (potong kiub)
  • 200 gm cendol - yg telah di toskan airnya 
  • Pewarna green apple dan lemon yellow
Cara2nya

1. Masak hingga mendidih semua bahan B yang bertanda *
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple. Ketepikan.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapiskan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan
**utk setiap lapisan puding, hendaklah di cucukkan sedikit dngn garpu supaya lapisan yg lain melekat. 

RESEPI KEK SPAN PANDAN- loyang 10x10x2inci

Bahan-bahan
  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar/air pandan
  • 80 ml minyak masak 
  • 1 sudu teh pes pandan
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar petak 10x10 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Siap dan boleh di gunakan utk buat apa2 jenis puding kek .

4 comments:

  1. nampak menarik & sedap..boleh cuba ni..thx for sharing ye Kak Yati.:-)

    ReplyDelete
  2. Rajinnya akak buat puding kek...nyaman eh

    ReplyDelete
  3. Assalam yatie,
    cantiknya puding...pasti sedap nikan...:)

    ReplyDelete