Sunday, September 28, 2014

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama betul tak buat kek gula hangus ni, bukannya apa tau...takut tak menjadi sarangnya. Lagipun anak2 tak berapa suka kek ni sbb warnanya yg gelap...lagi2 Hamka, dengar je gula hangus dia terus takmo makan. Dia kata kek hangus mesti tak sedap...adohaiiiii..Bila terangkan padanya barulah dia senyum dan cubalah rasa kek ni. Macam biasalah bila cakap nama lainnya kek sarang semut, lagilah dia terberhenti dan takmo makan. Ada ke di carinya semut sbb namanya sarang semut.Sekali lagi nak menerangkan padanya, last mama cakap makan jelah ni kan rezeki...tak baik tau tak di makan langsung, nanti susah nak dpt rezeki lain. Hamka pun terus makan dngn senyum sinisnya mengatakan sedap mama kek ni...alhamdulillah.

Biasalah anak2 ni, kdng2 ok kdng2 tak kena dngn seleranya. Bagi saya mmng suka sngt kek ni, cuma lama sngt tak buat. Baru ni nampak Ita masam manis buat, rasa teruja nak membuatnya. Biasalah kalau dari Ita, pasti menjadi dan tak sabar ingin mencuba resepi K.Nor ni. Alhamdulillah ,menjadi cantik kek ni bersarang. Mulanya mcm tak yakin sbb tak perlu di pukul kembang telur dan bahan2 yg lain, cuma perlu kacau sebati dan perap 3 jam. Bila dah perap 3 jam tu pun mcm tak bersarang je, tawakkal dan yakin jelah terus bakar guna api bwh 40 minit dan guna api atas dan bawah 5 minit terakhir. Alhamdulillah menjadi cantik, bila dah sejuk, potong...wallahhhhh menjadi cantik sarangnya. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi dan Ita yg meyakinkan Yatie utk membuatnya kali ni. Pada kwn2 yg masih fobia dan takut nak mencuba buat kek gula hangus ni, bolehlah cuba resepi ni, pasti menjadi. Kek ni sedap dan tak berapa manis. Selamat mencuba semua..




Bahan-Bahan
  • 1 1/4 cawan gula halus*
  • 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
  • 125gm butter
  • 4 biji telur gred A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla


Cara-Caranya 
  1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
  2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan  dan ketepikan dulu.
  3.  Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
  4. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
  1. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
  2. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla. 
  3. Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan.  Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
  4. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .  
  5. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on. 
  6. Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
**45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

10 comments:

  1. memang nampak sedap..baru nk belajar ni.resepi pun mudah.
    thanks kak.

    jemput ke blog nana
    https://diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kek ni sedap buat minum petang,tak muak kalau makan banyak.

    ReplyDelete
  3. salam saya najwa,
    dari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
    banyak info yang dapat saya perolehi
    insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy

    ReplyDelete
  4. Pernah mkn kek ni....sampi x perasan abis separuh..he3..

    ReplyDelete
  5. 11/4 bersamaan dgn brapa cwn ye kak? Kdg2 sy dok comfuse jg..hihi

    ReplyDelete
  6. Dah lama sangat nak buat kek gula hangus ni..alhamdulillah kena cuba juga..mmg favourite dari kecik kek ni..

    ReplyDelete
  7. Kak,sye dh try buat tapi bater dia cair macam air..ok ke cair macam tu kak?

    ReplyDelete