Thursday, December 19, 2013

Talam Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak makan kuih serimuka pandan yg sangat sedap ni. Biasanya kalau beli tu, kurang sikit rasanya...melainkan kita tempah dari pakar2 kuih2 talam yg sedia ada...mmng kena rasanya lemak manis dan harum pandan tu. Banyak dah saya cuba resepi serimuka pandan..semuanya kena dngn selera tekak ni. Sebelum ni guna resepi Chef Asma yg menggunakan tepung kastard je, resepi dari Chef Liza pula guna tepung gandum dan tpng kastard..dua2 sedap. Kali ni saya buat guna tepung gandum tapi ikut resepi Talam Keladi, tapi utk lapisan atasnya je lah. Kita kalau dah banyak makan dan buat ni, pandai2lah ejas mana yg sedap dan kena dngn selera kita. Lagipun kalau guna tepung gandum ni mmng kuihnya tahan sikit. Terpulang pd selera masing2lah ya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Pada peminat kuih2 talam, bolehlah cuba.....sedap kuih ni...




Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". 
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 250 gm gula pasir
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
**Kalau nak lagi sedap, ambil 4 helai daun pandan dan kisar bersama air dan tapiskan. Masukkan ke dlm adunan lapisan atas/ hijau dan mestilah di tapiskan dulu ya. Guna air yg 500ml tu...

5 comments:

  1. Oh myyy..favourite ni...kalau ada masa akan cuba buat..(^^)

    ReplyDelete
  2. Creative Yatie, adjust lapis atas Talam Seri muka nih ikut bahan2 dari talam keladi. Kuihnya pun cantik je selepas di potong.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya....best sangat bila pandai masak ni... hasil tangan sendri adalah yang terbaik sekali...

    best entry ni..lepas ni boleh mencuba mengikut resepi ni..thanks enpunya blog..terus merasa lapar di pagi ini... hiihih

    salam ukhwah dari lin... done follow untuk lin mudah ikuti lagi new resepi...jom exchange link bersama-sama ...

    ReplyDelete
  4. *Really the sweets are looking very nice, thank's....
    plan social media

    ReplyDelete