Sunday, September 29, 2013

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan begedil ayam. Biasanya time buat soto baru ada begedil ni, tapi hari ni saja nak makan begedil mcm tu je sbb kentang banyak kat rumah. Biasanya saya buat lebih mengikut adunan di bawah. Simpan dlm petiais, nak makan barulah goreng..mmng sedap. Resepi mudah je, boleh juga lihat di SINI



BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.(tak tumis pun takpe)
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Wednesday, September 25, 2013

Sotong Masak Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah, terima kasih pd kwn2 semua yg beri ucap selamat ulangtahun perkahwinan saya samaada di FB juga di blog. Saya amat2 menghargainya, moga hidup kita sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Hari ni saya masak ringkas lagi. Walau ringkas tapi sedap sangat. Macam biasalah resepi dari Kak Liza lagi dan saya kopipes dari blog Kak Ummi. Terima kasih kak berkongsi resepi dan idea masakan. Izinka saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap.



Bahan- Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
  • 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Tuesday, September 24, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 22 thn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 24 sept 2013 merupakan ulangthun perkahwinan kami suami isteri yg ke 22 thn. Syukur Alhamdulillah....moga jodoh kami berkekalan bahagia hingga ke Syurga. Kebetulan petang tadi suami beli kek kat secret recipe, jadi tak payahlah buat kek lagi. Sesekali merasa kek beli apa salahnya kan. Bukan main selera lagi kami anak beranak makan, maklumlah kalau maknya buat..setakat kek2 biasa je...kali ni makan kek yg beli. Lebih sedap lagi ada pizza hut dan sup cendawan sekali. Kebetulan tekak ni teringin plk nak makan pizza, bila petang tadi suami balik dari kerja je bawa kek dan pizza....waduhhhh..makin berbunga2lah hati ini. Rasa gembira dan terharu sangat..bila berdetik dan teringin, tetiba ada kat depan mata....di bawa oleh suami tercinta...lagilah terharu. Terima kasih suami ku kerana memahami diri ini dan terima kasih di atas segalanya. Buat rakan2 semua doakan moga kami kekal bahagia hingga ke Syurga. Aamiin.








Monday, September 23, 2013

Ayam Dan Kentang Goreng Berempah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je tapi sedap sangat. Saya mmng suka masak yg ringkas2 je sbb nak cepat. Bila anak2 sekolah ni, semua kerja kena buat cepat, maklumlah nak masak, kemas rumah segala, pastu hantar dan ambil anak2 sekolah lagi....semuanya kena buat sendiri. Bila suami takde kat rumah lagilah ntah berapa trip ulang alik ke sekolah. Bila suami ada tu, kuranglah sikit tugas saya. Apa pun saya suka dngn kerja saya...ni pun bila anak kecil2 lagi dan perlukan perhatian kita, bila dah dewasa dan berkerja nnti, takdelah yg nak di hantar dan ambil..masa tu terasa sunyi pula...jadi hargai setiap hari2 yg di lalui dngn penuh kesyukuran....Alhamdulillah.

Resepi mudah dan sedap ni adalah dari Kak Liza. Saya mmng suka guna resepi2 K.Liza ni, selain ianya mudah hasilnya tetap tak mengecewakan. Terima kasih kak, moga bertambah2 murah rezeki akak sekeluarga. Pada kwn2 yg nak merasa tu, boleh cuba resepi ayam goreng berempah ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.




Bahan A:
  • 1 ekor ayam -potong kecil
  • 3 biji kentang-kupas dan belah 4 setiap biji- Yatie tambah
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili merah - hiris kasar
  • 1 labu bawang besar -hiris kasar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cwn air
  • daun bawang /daun sup- potong pendek
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan B - Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara-Cara.
  1. Ayam dan kentang diperap dengan bahan2 yg di kisar selama 1jam.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan.
  3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendidih dan agak pekat.
  4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata.
  5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.

Saturday, September 21, 2013

Kek Kukus Marble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni terasa malas betul nak n3 resepi di blog. Bila dah cuti lama sangat, mmng inilah jadinya. Rasa bersalah pula pd pengunjung2 blog Sinar Kehidupanku. Bila singgah blog ni, asyik menu yg sama je...takde n3 baru. Tak kisahlah kan, asalkan ada juga curi2 masa nak kongsikan resepi ataupun idea masak buat pengunjung setia blog ni. Terima kasih saya ucapkan pd kwn2 semua sbb masih sudi singgah. Kalian semualah pemangkin semangat buat saya terus berkongsi sesuatu yg bermanfaat di blog ni.

Kek ni pun saya buat minggu lepas. Setiap hari masak mcm biasa,tapi bab nak update tu yg kdng2 takde mood di sebabkan terlalu sibuk dngn tugas harian. Bila free mcm ni barulah saya kongsikan resepi2 yg sedia ada. Sebelum ni dah pernah buat kek ni, dan ramai kwn2 yg telah mencubanya. Kebanyakkannya kata sedap sangat. Terima kasih juga pd Chef Norzailina sbb berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi asal di beri nama Kek Kukus Pelangi, tapi kali ni saya buat 3 warna je..jadi saya pun tukarlah pd kek kukus marble je. Terpulanglah pd kwn2 ya nak letak perisa apa, yg penting kek ni mmng sedap dan moist sangat2. Pd yg belum mencuba tu, bolehlah cuba...mmng sedap.





Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan.
  4. Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Wednesday, September 18, 2013

Selamat Kembali ke UK anaknda Mohamad Talhah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam 17.9.03 merupakan hari yg sedih bagi kami sekeluarga kerana terpaksa berpisah sementara waktu lagi dngn anaknda M.Talhah. Terasa sekejap je masa berlalu. 15.6.03 anakanda Talhah pulang ke Msia dan bercuti..3 bln berlalu pergi.Walaupun sedih, kami redha dngn kehendak yg Maha Esa. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Itulah yg harus kami sekeluarga lakukan demi anaknda Talhah mengejar impiannya. Sebagai ibu,hanyalah mendoakan kesejahteran dan keselamatannya di perantauan. Moga anakanda Talhah terus bersemangat di tempat orng dan berazam supaya menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat. Jaga diri dan kesihatan ya. Gambar2 ni kami kongsikan bersama kwn2 sebagai kenang2an...Salam Manis dari kami sekeluarga.














Monday, September 9, 2013

Laksa Asam / Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat laksa asam sendiri. Masa bulan puasa aritu, asyik beli je sbb tiada kerajinan nak buat sendiri. Lagipun laksa asam yg biasa saya beli tu mng sedap sangat, jadi malas nak bersusah payah menyiang ikan bagai...he3.. Kali ni merajinkan diri buat sendiri sbb permintaan anak bujang Mohamad Talhah sebelum pulang ke UK lebih kurang seminggu je lagi ni. Macam biasalah, walau cuti hampir 3 bulan, terasa sekejap je masa berlalu. Ini pun dah terasa2 kesayuannya. rasa tak cukup lagi nak layan permintaan anak bujang kesayangan ni. Kalau Hamka tau ni, mesti jeles semacam je...he3... resepi boleh lihat di SINI. Pada peminat laksa asam tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.


Friday, September 6, 2013

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas tapi sedap sangat. Pada kwn2 yg suka masakan ala Thai, bolehlah cuba resepi mudah ni..mmng sedap sangat. Terima kasih pd K.Nor berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Maaf ya sbb Yatie tambah sos tomato dan sos cili serta cili kisar, tu yg merah je kuah sos Yatie ni. Kawan2 boleh guna resepi asal ya..Jom semak resepinya.



Bahan- Bahan
  • 2 ekor ikan bawal ~ Yatie guna ikan siakap sederhana besar
  • 1/4 cawan tepung serbaguna- Yatie guna tepung jagung je
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • minyak utk menggoreng
Caranya
  1. Bersihkan ikan dan keringkan.
  2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
  3. Toskan minyaknya dan letak atas pinggan bersesuaian sementara menyediakan sosnya.
Sos Daun Limau Purut
  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar- Yatie tambah
  • 2 sudu besar sos cili- Yatie tambah
  • 2 sudu besar sos tomato- Yatie tambah
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan stok ayam ~ Yatie guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • minyak utk menumis
Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Tuesday, September 3, 2013

Talam Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu minum petang yg biasa di buat dan di gemari ramai. Resepi Chef Asma ni mmng mudah dan semestinya sedap. Resepi ni guna tepung kastard, kalau resepi Chef Hanieliza guna tepung gandum....dua2 sedap, ada keunikkan tersendiri rasanya. Kalau saya, kuih serimuka mmng tak tolak punya, cukup rasa lembut, lemak manis dan haruman pandan tu, dah cukup menambat selera. Pada peminat kuih2 kukus mcm ni bolehlah cuba. Jom semak resepinya.



Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.

Sunday, September 1, 2013

Marble Butter Cheesecake.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih dlm mood raya lagi, sbb tu nak kongsi resepi kek mentega keju yg sangat sedap. Kek ni mudah je buatnya, yg penting sedap. Terpulang pd kwn2 nak letak perisa apa, tapi mestilah bersesuaian dngn keju ni ya. Kalau perisa strawberry ni mmng kena betul, terasa harum semerbak masa bakar kek ni....apalagi bila dpt rasa, mmng sedap sngt. Terima kasih pada Chef Norzailina berkongsi resepi, Izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini ya. Resepi asal adalah Kek Mentega Keju, cuma saya belangkan dngn perisa strawberry je. Kawan2 bolehlah cuba kalau teringin nak merasa tu.



Bahan-Bahan

  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 1 camca teh vanila 
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak. Satu bahagian letak perisa vanilla dan satu bahagian lagi letak strawberry emulco.
  9. Letakkan adunan vanilla berselang seli dngn adunan strawberry.
  10. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  11. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  12. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.