Sunday, December 9, 2012

Mee Bandung Bonda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi merajinkan diri masak mee bandung. Kebetulan suami teringin sangat nak makan mee bandung yg saya masak. Lama dah saya tak masak mee bandung katanya. Bila sesekali layan mee mcm ni, sedaplah pulak. Kami sekeluarga makan penuh selera..resepi ni ada juga di SINI...biasa saya mmng masak guna resepi bonda kesayangan ni. Terima kasih bonda kongsikan resepi yg best ni. Jom kita semak resepi mudah ni, kalau teringin nak merasa tu....bolehlah cuba..mmng sedap.



Bahan-bahan:
  • 1 kg Mee kuning- di celur dan ditoskan
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 biji kentang- direbus dan di lecek utk pekatkan kuah
  • 2 btng serai-dititik
  • 1 cawan udang basah- di bersihkan, cuci dan toskan 
  • 400 gm daging rebus (kalau guna daging btng pinang tak perlu rebus)
  • 1/2 cwn sos cili 
  • 1 cwn sos tomato
  • 2 biji tomato- di belah 4 
  • 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus 
  • 4 cwn air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di perlukan
  • Garam dan gula secukup rasa.
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar udang kering - di rendam dan toskan
  • 1 inci halia
Bahan Hiasan
  • 1 pokok sayur sawi-di potong pendek, cuci dan celur sekejap...toskan
  • 5 biji telur- dimasak berasingan, pecahkan telur di kuali kecil dlm air panas dngn api sederhana, ketepikan
  • Daun sup serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2yang dikisar serta serai sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan air sedikit. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan kcng tanah kisar. Gaul lagi.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan air rebusan daging dan biar seketika.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  5. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Bila dah cukup rasa matikan api.
  7. Bolehlah di hidangkan bersama mee yg di celur tadi.
Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun sup dan letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.

5 comments:

  1. Asslmkum Kak Yatie.
    Fuhhhh..Terbaik la kak. Memang berselera sungguh sue tengok mee bandung tu. Next time boleh try, mee bandung ni paberet my hb..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kakak..
    hehe kita tengah nak belajar masak :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyer..sy slalu jgk cube resepi dr blog kak yati..semuanya sedap2..nanti ade masa boleh try resepi mee bandung ni plak.. :)

    ReplyDelete
  4. uishhhh lapar plak tgk mee bandung ni...tergoda faa...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya mee bandung... tambah2 buat untuk suami tercinta... bertambah2 la sayang cik abang tu yer... hehehe

    ReplyDelete