Friday, August 10, 2012

Puding Berkuah Laici

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Puding ni menu berbka semalam juga. Biasanya awal ramadhan lagi saya dah buat, kali ni lambatlah pulak. Saya lebih suka makan bubur/pengat sebagai pemanis mulut. Lagipun puding ni sedap di makan sejuk, kebetulan dari awal ramadhan lagi saya mengalami sakit tekak...jadi terpaksalah kawal sikit pemakanan tu. Biasanya kalau sakit tekakmesti diiringi batuk2, alhamdulillah kali ni cuma sakit tekak je, bila dah berbuka puasa dah pulih semula. Masa ni minumlah air putih sebanyaknya.

Ok, resepi macam biasa, boleh lihat di SINI dan di SINI. Terpulanglah pada kita nak makan bersama buah campuran, nenas ataupun buah laici je. Kali ni saya makan bersama buah laici je. Suka bau laici yg harum tu.



Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin buah laici( Boleh ganti koktel, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit/laici dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang buah laici tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.

10 comments:

  1. sedap ni kak..segar je...nak buat utk buka puasa ptg ni..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yati,
    Kalau berbuka dengan puding ni petang nnt sejuk tekak rasanya...

    ReplyDelete
  3. slm kak, puding tu xyah masokkan agar2 ek?

    ReplyDelete
  4. salam..hem mmg suka puding yg bekuah gini...leh lah try...

    ReplyDelete
  5. Asslmkum kak!
    Sedapnya kak. Makan sejuk2 lagi sedap. Sue tak sempat sangat nak masak kak. Kalau kuih2 ni beli kat PARAM ja time otw balik rmh.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak yatie,
    Tgk puding sejuk2 gini time ptg2 gini,waduh kecur air liur,sedapnyer mkn sejuk2,segar tekak..

    ReplyDelete
  7. wahhh best ..baru cadang nak wat..hehehe

    ReplyDelete
  8. masuk tekak time berbuka tu... nyaman je tekak kan yatie...

    byk dah yatie buat kuih raya ye... seronok tgk kwn2 ngan kuih2 rayanya...

    ReplyDelete
  9. Salam kak yatie..puding mmg salah satu fav. saya bulan Ramadan ni.

    Akak...Anak yg duk oversea balik ke raya nanti?

    ReplyDelete