Sunday, March 18, 2012

Nasi Minyak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya nasi minyak dan ayam bakar halia ni gandingan dalca ayam yg saya masak semalam. Mula tu nak update sekali, tetiba line slow sangat2. Bila dah slow tu...mulalah takde mood di buatnya. Bila dah ok ni, kita sambung baliklah n3 smlm yg tertangguh. Sebelum ni pernah masak nasi minyak guna beras basmathi. Kali ni atas permintaan suami dan anak2 saya masak guna beras siam wangi. Kalau guna beras wangi ni kena agak sendirilah jumlah airnya. Kalau terlebih air, nasi jadi lembik. Saya guna air spt sukatan yg biasa saya masak. Ternyata bila guna beras siam wangi ni, lagi sedap dan nasi tetap lembut walau dah sejuk. Anak2 mmng suka sebab diaorang suka makan mcm tu je.

Terima kasih sekali pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Masa kat US dulu pernah masak spt di SINI. Masa tu kena masak sendiri kalau teringin nak makan. Bila dah kat Msia ni kerap sangat jumpa nasi minyak. Selain ada di jual di restoran, kat kenduri kahwin mmng menjadi menu wajib...dahlah sedap free pulak tu. Itu adalah salah satu sebab kenapa tak kerap masak nasi mcm ni. Bila sesekali masak sendiri ni, waduhhhh mmng sedap tak terkata. Anak2 tak renti2 memuji kesedapan nasi minyak yg mamaNya masak. Macam biasalah mamaNya kata, kalau dah sedap makanlah banyak2...he3..
Oklah jom semak resepinya, manalah tau tetiba teringin nak makan nasi minyak air tangan sendiri...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 4 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr-Yatie tambah
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 camca besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 cm halia*(*kisar halus)
  • 2 camca teh garam
  • Secubit gula
  • 1 batang kayu manis#
  • 1 kuntum bunga lawang#
  • 3 biji buah pelaga#
  • 5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
  • Sedikit pewarna kuning (kali ni saje je tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

9 comments:

  1. wahhhhh. lapor terus..
    kak yatie.. mai bagi ayu sepiring.

    ReplyDelete
  2. Hehehee. . Kalau nak mkn nasi minyak time pg kenduri ja kak. Mkn kedai x pernah lagi order nasi minyak. Masak sendiri lg la x pernah. Mn tau esok2 muncul mood nak masak sendiri pulak boleh selongkar dapur akk cari resepi. . :))

    ReplyDelete
  3. Sedap nya..mama ngan Ayah mmg suka makan nasi minyak ni..Tengahari tadi baru pegi makan nasi Arab kt Al Rawsha ..Kg Pandan..sedap..Nk masak tk pandai..Nanti mama cuba buat nasi minyak ni..Terima kasih for sharing..

    ReplyDelete
  4. assalam kak Yatie
    sedapnye tgk ayam bakar halia kak Yatie ni la
    ada nasi minyak lagi isshhh lapo dibuatnya he he
    anak dara sy suka kalu nasi minyak ni tp kan makan waktu g kenduri je

    ReplyDelete
  5. Assalam kak Yatie, sedap tgk menu nasi minyak dan lauk ayam akak ni..baru jer buat nasi minyak msk utk tempahan dari ofis hubby hari tu tapi terasa mcm nk mkn lagi jer:)

    ReplyDelete
  6. selamat pengantin baru kak yatie...hehehe....

    ReplyDelete
  7. salam kak..

    mmg lapor tgk gabungan nasi minyak n ayam panggang tue...betul tue bila masak gn beras siam,dia tetap lembut walaupun dah sejuk...nnti asz nak try,cuba n test kak..thanks kak:))

    ReplyDelete
  8. salam...
    wah.. sedapnya kalau dapat sepinggan.nasi minyaknya mesti best dari rumah kenduri.

    ReplyDelete
  9. nasi minyak orang kahwin ni, Kak Yatie.. keh keh keh

    ReplyDelete