Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg gemar bakar/memanggang ayam tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi dan tak rugi mencubanya.
Bahan Utama:-
- 1 ekor ayam (saiz sederhana)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak masak
- garam secukup rasa
- 4 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
- 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
- 3 tangkai cili merah
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
- Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
kak yatie,
ReplyDeleteresepi ayam ni masih dalam list..
entah bila nak buat nie..
sedappnya tengok ayam akak tu..he3
salam ziarah kak yatie... sedapnya breakfast dgn ayam bakar halia.
ReplyDeleteSalam kak yatie! sedapppp ayam masak mcm gini kan? kalau mkn dgn nasi ayam pun sedap ni kan kak :D nanti nk tumpang makan kat sini tau! kita arini super bz :D
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebahanya mudah je.. ingatkan banyak bahannya.boleh cuba bila anak2 berkumpul.
nanti saya cuba, nampak sedap & menyelerakan..
ReplyDeletemmg sedapkan ayam panggang ni...sya dh cuba juga..
ReplyDeleteSesuai jg mkn dlm pantang ni
ReplyDeletesalam ..akk ....sy juga pengemar kuih talam...mlm td sy mencuba talam sugi...tp x menjadi la...atas sgt lembik...kenapa yea...
ReplyDeleteAmboi kak yati nampak sedap ayam bakar nie ye... Ayam Nie kalau kena dgn nasi ayam fuh sedapnya...
ReplyDeletedatang la keblog qira ye..
CALIFORNIA BEAUTY SLIM & LIFT SILHOUETTE DATANG LA LAYARI BLOG SAYA www.qiraddapur.blogspot.com
assalamualaikum kak yati..siyes tergoda!
ReplyDeleteAssalam Yatie cayang...salam rindu...malam2 akak datang ni...terbau2 ayam bakar halia tu... Sedap kaaann...mmg simple tp mantops! Rajin2 update ya Yatie...muaahhh
ReplyDeleteNyum2...selera saya tgk kak yatie.mesti cuba ni!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMohon share resepi ni ye...saya dah cuba, adjust sikit sana sini. Sedap sangat!!