Thursday, October 27, 2011

Puding Triffle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu rasanya tak bersiaran, ini adalah kerana line tenet yg sangat lambat...dari dok pening2 menunggu mcm buah yg tak gugur...lebih baik di biarkan begitu saja. Hari ni line tenet dah ok, so cepat2lah n3. Lagi pun Puding Triffle ni pun dah abes lama daaaaa....mcm arini nak buat lagi je sbb teringat2 akak kesedapannya. Resepi kali saya C&P dari Mat Gebu. Sebelum ni dah pernah merasa puding triffle yg istimewa dari Mat Gebu ni, mmng sedap betullah. Masa kat rumah Che Mat makan sikit je buat syarat...lagi pun malulah nak makan banyak2 walaupun sedap. Bila dah buat sendiri tu, puashatilah sbb dpt makan berulang2 kali.

Terima kasih Mat Gebu resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Puding ni mmng betul2 istimewa, maaflah akak guna swiss roll je dan tak guna whipping cream spt yg Mat syorkan. Lagipun takde stok buat masa skrng, lenkali akak ikut resepi Mat betul2 ya..btw puding ni mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya...jom semak resepinya...




BAHAN KEK SPONGE :( Yatie guna swiss roll je)
  • 200 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 3 biji telur gred B
  • 50 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 50 ml susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
BAHAN KASTARD :-)
  • 200 ml susu sejat IDEAL
  • 100 ml air
  • 2 kuning telur
  • 2 camca besar penuh tepung kastard
  • 4 camca besar gula atau secukup rasa
  • 3/4 camca teh esen vanilla
BAHAN JELLY :-)
  • 1/2 camca teh konnyaku jelly powder
  • Gula secukup rasa,
  • 500 ml air
  • 1/2 camca teh strawberry emulco
  • Beberapa titik pewarna merah
BAHAN LAIN :-)
  • 1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
  • 200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
  • Jus dari buah2an koktel tadi
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :-
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat.
  2. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata.
  3. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
UNTUK KASTARD :-
  1. Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.
  2. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
UNTUK JELLY :-
  1. Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea.
  2. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati.
  3. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
UNTUK TRIFLE :-
  1. Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar.
  2. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar.
  3. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  4. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus.
  5. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar.
  6. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..
** Yatie guna swiss roll je, ptng2kan dan susun di mangkuk kaca, pastu Yatie renjis2kan dngn air buah2an, pastu tabur buah2an koktel yg telah di toskan separuh tin je, pastu tuangkan adunan kastard dan ratakan, bila dah beku sikit..baru taburkan lagi baki buah2an koktel tadi...lepas tu tuangkan adunan jelly. Sejukkan dan bolehlah di hidangkan.

10 comments:

  1. salam kak yati...

    sedapnya...lama tak makan. biasanya kalau ada majlis baru ira buat.

    ReplyDelete
  2. As'salam Yatie

    samalah kt umah k.ct pun tenet slow seminggu ni. bila nak lodding blog kwn2 memang jenuhlah dok menunggu. tu yang bila dapat komen cepat2 buat. harap yatie jangan kecil hati kalau k.ct tak masuk atau komen ya..faham2 jerlah kalau tenet dah mengalahkan siput tu.hehehe

    apa pun k.ct pun suka makan puding trifel ni. cuma belum pernah buat lagi. nak cuba gak nnt :)

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie,sedapnya puding trifle tue,dah lama xmemuding..hmmm terasa di tekak nie

    ReplyDelete
  4. Haihhh .. mcm susah je cara2 membuatnya kan yatie. Banyak lak tu bahan=bahannya.

    ReplyDelete
  5. mmg best puding triffle ni kan.. tak puas mkn sikit.. hehe.. akak pun mcm nak buat lagi sbb jelly tu pun ada lagi saja beli lebih masa buat mini openhouse dulu tu... tp kena tunggu waktu yg sesuai la kalau nak buat.. tunggu kot2 ada tamu nak dtg baru best.. hehe.. mintak yg yatie punya dululah.. ker dah abis? hahaa.. gurau jer..

    ReplyDelete
  6. aslmkm kak Yatie...aduh..saya pernah wat sekali je..anak2 kurang gemar lak sebab apa tah..ada ank saya ni mcm2 taste..huh..mintak akak punya sikit eh..

    ReplyDelete
  7. mmg sgt syidapp ni...nampak byk tu..bak la seloyang dua..:)

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Yati

    puding trifles mmg favorit...mkn sejuk...manis dan masam buah.kalau ada acara mkn2 suka buat triffles sbb ramai yg suka...

    ReplyDelete
  9. The Lieutenant sωorе thаn in memоry of the сombinеd ԁrinκ, it would fοrеver be
    ωell-known іn the aгmy аs a 'cock's tail'. This Florida camping location is most suitable for a family members on a spending plan simply because it is moderately priced for the Orlando spot and nevertheless it is near to all the primary points of interest like Disney. In 1915 the wormwood was taken out and the liqueur diluted to its existing toughness.

    My website ... how to clean pampered chef pizza stone

    ReplyDelete