Monday, October 24, 2011

Mini Muffin Coklat Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah mini muffin coklat kukus yg saya buat semalam. Muffin inilah yg merasmikan steamer trio baru tu. Ingatkan nak buat kuih talam kegemaran saya, tapi takde stok santan...tu yg jadi kuih lain. Apa pun mmng mudah menggunakan steamer trio tu. Jangan bimbang air di permukaan pengukus tu, air tu tak jatuh atas permukaan kuih, malahan ianya mengalir ke tepi saje. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...tapi mesti beli steamer trio ni dululah. Kawan2 janganlah bimbang ya, muffin ni boleh guna pengukus biasa juga, tapi bungkuslah penutup kukus semasa mengukus kuih supaya air tak menitik atas kuih ya.

Resepi muffin kali saya saya C&P dari Kak CT Delima, menurut K.CT pula resepi asal adalah dari FP Maklang Azie. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan resepi kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan A:
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair
  • 1 3/4 cawan gula castor (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 3/4 brown sugar)
  • 1 biji telur
Bahan B: (di ayak)
  • 250 gm tepung superfine atau tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar coklat emulco
Cara-cara:
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
  3. Kukus selama 10/15 minit.
Tips :
  • Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.

11 comments:

  1. weeeee
    rindune bile tgk ni
    opah suke buat
    sedap2

    ReplyDelete
  2. owh dye akan pecah dgn sndiri laa yer
    kaloi ingt slme ni belah sndiri heheh

    ReplyDelete
  3. cantik dan kembang setaman muffin tue..balik nie nak cuba buat gak la

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie..oo takyah tutuppenutup tu yg suk atu...kena simpan duit nak beli ni..hehe

    ReplyDelete
  5. As'salam Yatie

    Terbekenan dengan steamer trio tu lah. Adoiii..nak sambar juga nanti..insya'Allah.

    Wahhh..mekar setaman muffin Yatie ni cantik nampak kelembutannya. Terima kasih Yatie sudi mencuba muffin coklat kukus ni. memang sedap kan k.ct kalau tak tahu nk buat bf apa. bangun seawal 5.30 pg mesti buat muffin ni. sedap dan cepat nak disediakan :D

    ReplyDelete
  6. salam yatie. berapa harga Steamer TRIO tu?

    Sesuai sgt bagi sesiap yg suka kukus2 ni.

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie, muffin ada lagi tak?? Kita tunggu kat Petronas, hihi

    ReplyDelete
  8. berangan jugak nk beli stemer tu yatie.. but kt rmh ni ada ada 2 tukun .. huuu.. tak da poin nk buat reason la.. cantik hasilnya guna steamer ni kan.. nk tunggu yatie buat kuih talam dgn steamer ni pulak..

    ReplyDelete
  9. yum yumm.. makin berseri la kuih2 akak pas ni dengan ada pembantu baru kat dapur... hihihihi.. macam best je kak kukus tu..:)

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum kak Yatie..
    Amboiii tersenyum2 muffin kukus dia..Maklum lah tuannya pun tersenyum2 masa guna kukusan yg baru tu..hehehe

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...

    sangat sedap kalau di makan sambil2 BW ni..:)

    ReplyDelete