Wednesday, June 1, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni baru berkesempatan nak ngadap blog. Pagi tadi tngk gak, tapi takleh lama2...biasalah bila cuti sklh ni...anak2 dok menunggu je menu apa yg mamaNya masak. Dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang hinggalah makan malam. Kalau boleh suruh mamaNya dok kat dapur je layan permintaan mereka. Jadi mcm restaurant pula...ambil order dan hidangkan menu yg di kehendaki. Apapun dlm penat2 tu tetap rasa seronok melayan karenah anak2 ni. Lebih menyenangkan hati bila menu yg kita masak tu laku dan di gemari oleh suami dan anak2. Hilanglah segala rasa penat tu....alhamdulilllah.

Ok malam tadi saya buat kek kukus. Biasalah kalau kek yg di kukus mmng kegemaran saya. Kali ni kek warna warni...anak2 mmng teruja kalau lihat kek mcm ni. Tak jemu2 memuji kek yg mama buat cantik sangat. Saya pun suka dngn kejadian kek ni, bukan saja menarik warnanya malahan sedap sangat rasanya. Terima kasih pada K.Fida@myresepi kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Sebelum ni ada juga lihat di rumah Dayang Jack, K.Ilah dan Anna Qawina.Tak sabar masa tu nak cuba dan merasa. Kali ni dah dapat merasa kek yg sungguh sedap. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya sendiri. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

24 comments:

  1. kak yatie..bawak piring puding, nnti balas balik dgn kek tu yer..hahah..cantik alunan tu kak..takde tsunami ek...

    ReplyDelete
  2. wahh dah sampai dapur akak dah kek ni.....cantik la colour kek tu kak..menarik dan tertarik rasa nak ngap jer ni...hehe

    ReplyDelete
  3. wah dah sampai akhirnya kat dapo yatie adindakuss yg manis... kek ni manis2 buah kan... yatie buat 4 kala sekali gus.. cantekkk... tapi seronok menuangkan kek ni sbb lajuuu jer dia turun.. tak mcm kek red velvet.. maklumlah nama pun berbeza..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,
    Ramai betul yang dah buat kek ni... bilalah nak singgah kat dapur akak ni... mintak sepiring dululah..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie. Buat kek Beralun ya. Rupanya kek ni versi kukus. Bakar boleh tak?

    ReplyDelete
  6. kemain berombak2 lagi kek tuh...cantik...dan mesti sedap kan

    ReplyDelete
  7. Yatieeee.... adoiiii.. cantiklah warnanyer tu... walaupun warna2 yg terang tapi nampak lembut aje...
    ita pun suka kek kukus.. nanti nak cuba jugak lah tapi... adoiii... cuti ni kerja tak habis2 bila lah dapat godek2 buat kek ni...

    ReplyDelete
  8. Sedap kan kek ni..sue pun dah buat..tapi sue punya hasil tak secantik ni ..ngeeee...Tapi ..apa2 pun memang sedap..(^_^)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak...
    cantiknya kek tu... beralun gitu.. diana nak juga cuba membuatnya tapi takut x jadi alunan nya tu...

    ReplyDelete
  10. nak buat gak lah...tapi bila ler...mintak jer la...

    ReplyDelete
  11. akakkk.. nak jugakk.. banya dapat satu adunan ni kak? nak try half je la kan..

    ReplyDelete
  12. as-salam kak
    cantiknya kek ni..kombinasi warna pun cantik kak...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yati...Apa Khabar?

    Cantiknya Kek Tu....beralun2...

    ReplyDelete
  14. 4 warna menarik..jdkan kek cantik!!

    ReplyDelete
  15. wahhh..kak yatie pun dah buat...
    cantikknya.....

    ReplyDelete
  16. Salam kak yatie!!! baru ni smapai umah akak sibuk betul kita layan budak2 sakit nii hihihi... waaaaaaaa.... cantekkk!!!!! veralun veralunnnn! yg yg rasa nak ngukus jugak niiii hihihi... ada lg tak kak? kita nak sepotong tauuu!

    ReplyDelete
  17. As'salam Yatie

    cantiknya alunan kek ni. kak ct tak beresempatan nak buat. nak kata malas tu taklah sangat, cuma nak buat ni kena mood datang baru elok jadinya. kalau setakat nak buat untuk suka2, kak ct rasa baik jangan buat. apa pun kak ct suka yatie yang cukup rajin memasak ni.

    ReplyDelete
  18. salam yatie
    cantik lapisan kek tu
    agaknya sepanjang cuti sekolah ni mesti mama yatie dah siapkan schedule masakan utk anak2 kan?

    ReplyDelete
  19. tumpang tanya
    1cawan gula hangus utk apa?

    ReplyDelete
  20. nak kukus tp lapis berapa minit ek?:)

    ReplyDelete
  21. tq for sharing! saya dh buat hari ni utk juadah berbuka....rupa dh ada, tak sabar nak plak nak merasa :)

    ReplyDelete
  22. hye,kak yatie..
    nmpk cm sdp jer..tpi nk cuba kot x jadi brbelit2 resepi nyer.mklum lah x pndai msk..baru nk bljr.. ^-^

    ReplyDelete
  23. cantikla kek 2 akak,,,engat nk try wat la nnt....em...akak,,,kalo xde ovalette leh x???







    ReplyDelete