Thursday, June 2, 2011

Ayam Masam Manis Harum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, esok bermulanya bulan Rejab. Ramai rasanya kawan2 yg berpuasa. Sebenarnya hari ni lagi ada yg dah mula berpuasa sunat dan di ikuti dngn esok jumaat bersamaan 1 Rejab. Selamat berpuasa di ucapkan, semoga setiap amalan kita di terima Allah dan mendapat keberkatan dan ganjaran dari NYA.

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi ayam masam manis harum. Selalunya ikan je masak masam manis, kali ni saya tukar pada ayam..mmng sedap. Masakkan mcm ni biasanya cepat laku dan saya mmng kerap masak lauk ni berulang kali atas permintaan anak2 dan suami. Kalau ada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita lihat bahan2nya.



Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam +sedikit serbuk kunyit+garam- di goreng separuh masak
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1/2 biji lada benggala- potong ikut suka
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji buah tomato- di potong dadu
  • 1 cwn hirisan nanas(saya guna dlm tin je, di potong dadu)
  • 1/2 inci halia*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih* ~(ditumbuk halus)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cwn sos tomato atau secukupnya
  • 3 sb sos cili
  • 1/2 cawan air (lebih kurang)
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak masak utk mengoreng ikan dan menumis
Cara-cara
  1. Ayam di bersihkan, di lumur serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk & hirisan halia, sehingga wangi..
  3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan hirisan nanas, hirisan tomato, hirisan lada benggala dan bawang besar dan kacau rata.
  5. Rasakan dgn garam dan gula. Sekiranya dah cukup rasa, masukkan ayam yg telah di goreng.
  6. Gaul sebati dan boleh di hidangkan.

7 comments:

  1. Salam Yatie..
    Harum bau nyer udah sampai ke Tganu nie...Anak anak akak pon mmg suke klu ayam masak masam manis.. tapi akak x pernah pulak letak nenas.. nanti akak nak cuba resepi yatie pulak letak nenas.. mesti sedapkannn... thankss Yatie..

    ReplyDelete
  2. erm mmg sedap kan ayam masak masam manis ni..saya pun selalu buat utk enchik suami..dia mmg suka!

    ReplyDelete
  3. masuk list la resepi ayam ni..
    nampak sedapp la kak...

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie!! terbau bau keharuman ayam akak niiiii.. Akak puasa ke?kalau ya tak nak kacau org yg berpuasa bg org yg puasa dulu makan :D kita dtg antar apa ya? antar kek hihihi...

    ReplyDelete
  5. kak yatie... nampak menarik ayam ni.. leh la cuba nanti

    ReplyDelete
  6. assalam kak Yatie, menarik ayam ni ...suka sgt kalau menu yg ringkas ni...cepat dimsk dan cepat dimakan..hehe

    ReplyDelete
  7. salam..

    terliur, ttunya best...tq

    ReplyDelete