Thursday, April 7, 2011

Puding Roti Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita makan puding roti keladi pula ya. Cuaca yg panas ni amat sesuai makan puding yg sejuk ni, terasa nyaman je tekak. Sebenarnya banyak roti kat rumah ni, dari tak di makan, saya buatlah puding roti resepi dari Hana. Cuma kali ni saya letak perisa keladi. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, mmng sedap dan terpulanglah pada kita nak letak perisa apa. Kawan2 boleh juga lihat di SINI utk perisa yg lain.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8 gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sb butter/marjerin dicairkan
  • 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
  • sedikit perisa keladi dan pewarna unggu.
Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2 bhgn, satu bahagian warna asal dan satu bahagian letak pewarna unggu.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan tak berketul2.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal dan sesenduk warna unggu, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

9 comments:

  1. As salam Yatie...kalau tengok warnanya memang mengancam..baik buat puding daripada membazir rotikan...good idea...

    ReplyDelete
  2. assalam yatie..kreatif yatie olah resepi asal kepada perisa keladi...tentunya sedap puding nie ada rasa keladi..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak, menarik dan tertarik tgk puding ni.. suka colour purple..nanti nak buat jugalah lama dh tak buat puding.

    ReplyDelete
  4. salam kak yati,
    nampak lembut je...sedap je nampak...nak buat juga la..hehhehee

    ReplyDelete
  5. perhhh...sedappnya kak klu makan petang2 gini...
    nak barang seketoi dua...he..he..
    cantik jerk puding tu berposing....

    ReplyDelete
  6. ambik dari keladi betul leh x? eh keladi apa ek yang boleh dibuat kek? keladi cina? ke apa nma keladi tu ek.. nak tau

    ReplyDelete
  7. aduhai... comelnyer.. berkenan betul dgn cup tu :)

    ReplyDelete
  8. Sedap makan bila cuaca panas ni. nyaman tekak

    from : mymekar.com

    ReplyDelete