Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011


Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Syukur alhamdulilah kerana kita masih lagi di beri kesempatan utk menyambut tahun baru 2011. Biar pun 2010 akan kita tinggalkan, namun kenangan, peristiwa pahit manis tetap segar dalam ingatan. Di harap dengan kehadiran tahun baru 2011 kita semua akan menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini....dan yg paling penting, sebagai hamba kita sentiasa muhasabah diri samaada setiap waktu pinjaman-NYA sudah di manfaatkan atau sebaliknya. Moga kita tidak lupa, setiap ujian, kejayaan, kesusahan, kegembiraan dan kepahitan itu sebenarnya sentiasa menyedarkan hakikat kita sebagai hambaNYA.

Secara jujur saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi singgah, mengenali saya dan meluangkan masa di blog Sinar Kehidupanku. Kehadiran kawan2 semua..amat2 saya hargai. Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan... SELAMAT TAHUN BARU 2011...Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...dan semoga hari2 yg baik buat kita semua....Aminn...

Pari Singgang Serani

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Inilah lauk ikan pari masak singgang serani. Sebenarnya ini lauk semalam, baru sempat nak n3 hari ni. Semalam nak n3 lauk singgang ni, tapi busy sangat dok melayan gambar2 tu yg tak sempat. Lagi pun masih lagi dok teruja dngn penghargaan dari Ben Ashaari. Terima kasih sekali lagi. Resepi singgang serani adalah dari jiran sepagar Ben...sapa lagi kalau bukan Mat Gebu. Mat berdua ni mmng femes di kalangan blogger.Sebut je nama diaorang, semuanya dah tau kan.
Lauk singgang ni macam masak singgang2 yg lain juga...cuma saya nak rasa singgang yg di letak belimbing buluh...waduh masam tetapi sedap. Kalau lauk masam2 pedas ni mmng kegemaran saya dan suami....kalau makan tu berselera betul..lagi2 hirup kuahnya....dengar jiran sebelah...punyalah asyik gitew menghirup kuah singgang ni. Oklah Mat, izinkan akak kopipes kat sini ya...akak tambah belacan dan daun kesum...jngn marah ya....akak mmng suka letak belacan dan bau daun kesum tu. Jom kita lihat bahan2nya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 6 keping ikan pari, pilih jenis lembut (pari helang)
  • 10 biji belimbing buluh
  • 2 batang serai, dititik
  • 4 keping asam gelugor
  • 1/2 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/3 inci lengkuas*
  • 1/3 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2/3 camca teh lada hitam biji*
  • 20 - 25 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)
  • sedikit belacan*-(saya tambah)
  • daun kesum secukupnya-(saya tambah...suka aromanya)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Belimbing buluh, dibelah 2 tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan asam belimbing,saya masukkan sekali daun kesum... masak sekejap, rasa, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Singgang ini agak masam, jadi siapa yang kurang gemar, boleh kurangkan bilangan asam keping tadi atau tak payah letak, memandangkan belimbing buluh pun sedia kala masam...

Lepat Ubi

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah bersarapan ke belum? Maaflah ya, sejak semalam saya dok melayan gambar je....nak habis tahunlah katakan. Itu adalah sebahagian dari kenangan saya sepanjang tahun 2010. Terima kasih pada kawan2 semua yg ucap tahniah pada saya....blog sempoi tempat berkongsi ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Oklah, pagi ni saya nak kongsikan bersama resepi lepat ubi yg saya buat semalam. Minggu lepas saya dah buat kuih ni...alang2 ada lagi ubi dan permintaan suami saya buat sekali lagi lepat ubi ni. Biasanya saya main agak2 je resepi ni, tapi kali ni ikut resepi Ayu Singapore...mmng sedap. Terima kasih Ayu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni..Yatie kopipes kat sini plk ya..



Bahan-Bahan
  • 1 kg ubi kayu diparut or di blender-(Ayu gunakan yang dah siap dikisar...saya pun sama)
  • 135 gm santan pekat
  • 238 gm air gula melaka (saya guna 1 1/2 ketul gula melaka, hiris halus dan masak sebentar, campurkan air dlm 100 ml dan sehelai daun pandan, sejukkan dan tapis..)
  • 1 sudu makan gula timbang (kalau kurang manis boleh tambah...terpulang pada masing2...)
  • 1 sudu besar tpng ubi (saya tambah..)
  • garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya, dan layurkan
Cara-Cara
  1. Ubi kayu dibuang kulit, bersihkan, diparut, toskan buang airnya tapi ambil kanjinya sahaja(yang keras dibawah, buang air putihnya sahaja.)
  2. .Ambil kanji tadi dan gaulkan balik dengan ubi kayu parut tadi.
  3. Masukkan air gula melaka, santan pekat , garam dan gula timbang.
  4. Gaul rata. Sudukan 2 sudu besar adunan keatas daun pisang dan bungkus seperti bungkus nasi lemak. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.

GRAND CANYON-ARIZONA Part 5

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Esok cuti, rasanya ramai yg tidur lewat malam ni. Sebelum melelapkan mata, saya nak n3 gambar akhir Grand Canyon. Jangan ada yg jemu ya...Kalau tak selesa, takpe...saya tak paksa anda semua utk bertahan di sini. Apa pun saya amat menghargai kunjungan anda semua. Esok pagi bermulalah rutin harian saya seperti biasa....iaitu n3 dngn menu2 masakan. Jumpa lagi...








Ini sebahagian chalet tmpt kami menginap di Grand Canyon

Thursday, December 30, 2010

Terima Kasih Ben Ashaari

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan semua. Harap anda semua sihat dan ceria2 selalu. Bagi saya alhamdulillah sihat. Hari ni saya sangat gembira kerana tak sangka dapat penghargaan dari blogger terkenal iaitu Ben Ashaari. Saya terkejut sebab ramai yg singgah dan jadi follower saya hari ni. Biasanya satu hari dlm 2 atau 4 saja, paling ramai pun dlm 8 orng satu hari yg menjadi follower baru. Hari ni tak sangka, dari jumlah follower sblm blog best ni adalah 812...tiba2 melonjak ke angka 824....begitu pantas. Sekarang follower mencecah ke angka 850...bermakna hari ni, jumlah follower saya bertambah seramai 38 orang...seronoknya.

Ianya menjadi tanda tanya...adakah saya tersalah masuk blog....dlm fikiran terus terfikir ke blog Ben, biasanya Ben mesti ada buat kejutan atau segmen khas para blogger semua....mesti ada sesuatu yg saya tak tahu...alangkah terkejutnya saya bila terbaca ada n3 khas Blog Best 2010....saya baca dan klik di sini....rupanya blog saya sendiri....syukur alhamdulillah, tak sangka dngn n3 saya hari ini mengenai GRAND CANYON membuatkan kenangan 2010 saya amat bermakna.

Sungguh saya tak sangka blog masakan yg sempoi2 je ni, menjadi pilihan. Bukan bermakna blog Sinar Kehidupanku adalah yg terbaik di kalangan blog2 yg lain ya. Terdapat banyak lagi blog2 yg terbaik di kalangan blogger2 sekelian. Mungkin kali ini saya bertuah kerana terpilih sebagai Blog Best of the Best 2010 by Ben Ashaari (1). Terima kasih Ben dngn penghargaan ini....hari ni buat hari akak sungguh bermakna sekali..sampai sekarang masih tersenyum je tanda gembira, mcm mimpi gitew. Terima kasih juga pada kawan2 semua yg setia singgah ke blog Sinar Kehidupanku, dan terima kasih juga pada follower2 yg baru....terima kasih kerana menjadi sahabat saya. InsyaAllah saya akan buat kunjungan balas ya...Di Bawah ni saya sertakan sekali link yg di buat oleh Ben petang tadi=30/12/10

Blog Best of the Best 2010 by BEN ASHAARI ( 1 )

Serius ... mmg terbaik !! Antara blog yang sudi mengajak aku ke kediamannya waktu tu.. kat mana ? Haa.. nanti korang masuk , korang baca ... Mmg terbaik !!

Sebenarnya , blogger ni pon pencetus semangat kepada minat aku terhadap blog.. Sapa sangka dengan berblog saja , aku dan wife di pelawa ke tempatnya walaupun kosnya amatlah tinggi tapi segalanya ditanggung .. makan dan penginapan ... hahaha...

Terharu aku weh... yelah.. kenal pon tidak. .hanya membaca tulisan saja ... Dan akhirnya aku disini atas semangat semangat mereka ... Hurm... InsyaAllah .. mmg aku teringin nak jejak kaki ke sana nanti.. Walaupun dia sekeluarga dah kembali ke tanah air .. hehee

Nak kenal sapa blogger yang aku maksudkan ? BLOG BEST OF THE BEST 2010 > sini

GRAND CANYON-ARIZONA Part 4

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Hari ni melayan gambar jelah....terima kasih yg sudi singgah dan melihat kenangan sepanjang kami sekeluarga berada di USA. Sebenarnya bukan nak menunjuk2, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yg teramat indah yg kami alami. Hari ni saya seronok sangat....nnti saya cerita ya. Skrng kita lihat lagi gambar2 di Grand Canyon yg mmng GRAND.




Ini kawasan yg berpagar....tapi Hamka tak boleh lepas....takut tngk bawah..
Rehat kejap nak telek batu....hehehe......


Kawasan ni mmng curam...banyak peringkat...
Ini adalah salah satu pokok yg ada di Grand Canyon. Lihatlah batangnya tu...
Cantiknya lapisan batu batan ni....di belakang tu pun batu batan juga...

Wednesday, December 29, 2010

GRAND CANYON-ARIZONA Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Rasanya banyak kenangan dan peristiwa yg tetap segar di ingatan kawan2 semua. Saya juga tidak ketinggalan utk berkongsi pengalaman yg terindah semasa kami sekeluarga berada di bumi Amerika. Walaupun majoritinya berbangsa asing, tetapi keindahan pemandangan oleh Maha Pencipta, membuatkan saya kagum dan bersyukur sangat kerana dapat melihat keajaiban ini. Kawasan yg di kelilingi batu batan yg berlapis2 dan berusia berjuta2 tahun membuatkan siapa yg melihatnya amat terpegun dngn keindahan semulajadi ini.

Kami sampai di Grand Canyon dngn menaiki kereta. Ada bas yg mengambil kami utk menghantar tempat menarik dari satu tempat ke tempat yg lain. Kami mengambil gambar di lereng2 bukit sbb kawasannya yg curam membuatkan kami kecut perut. Setibanya di Grand Canyon hujan turun dngn lebatnya pada malam itu....syukur alhamdulillah. Sebenarnya kawasan ini panas terik dan dah berbulan2 tak hujan...kawasan kering dan panas. Bila hujan...suasana pun jadi sejuk...sebab itu bila pagi, pemandangan menjadi kabus...dan sukar utk melihat batu yg berlapis2 dngn jelas. Bila pkl 10 pagi barulah matahari menyinari kawasan Grand Canyon....syukur alhamdulillah kerana kami dapat melihat dngn jelas batu yg berlapis dan bertingkat2 itu. Masa ini, saya pegang erat tangan anak bongsu saya kerana bimbang terlepas....sehinggakan Hamka bnyk merajuk masa ni sbb bnyk larangan dari ayah dan mama nya. Kalau kawan2 nak mengetahui lebih lanjut lagi tentang Grand Canyon, bolehlah lihat di SINI