Wednesday, December 29, 2010

GRAND CANYON-ARIZONA Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Rasanya banyak kenangan dan peristiwa yg tetap segar di ingatan kawan2 semua. Saya juga tidak ketinggalan utk berkongsi pengalaman yg terindah semasa kami sekeluarga berada di bumi Amerika. Walaupun majoritinya berbangsa asing, tetapi keindahan pemandangan oleh Maha Pencipta, membuatkan saya kagum dan bersyukur sangat kerana dapat melihat keajaiban ini. Kawasan yg di kelilingi batu batan yg berlapis2 dan berusia berjuta2 tahun membuatkan siapa yg melihatnya amat terpegun dngn keindahan semulajadi ini.

Kami sampai di Grand Canyon dngn menaiki kereta. Ada bas yg mengambil kami utk menghantar tempat menarik dari satu tempat ke tempat yg lain. Kami mengambil gambar di lereng2 bukit sbb kawasannya yg curam membuatkan kami kecut perut. Setibanya di Grand Canyon hujan turun dngn lebatnya pada malam itu....syukur alhamdulillah. Sebenarnya kawasan ini panas terik dan dah berbulan2 tak hujan...kawasan kering dan panas. Bila hujan...suasana pun jadi sejuk...sebab itu bila pagi, pemandangan menjadi kabus...dan sukar utk melihat batu yg berlapis2 dngn jelas. Bila pkl 10 pagi barulah matahari menyinari kawasan Grand Canyon....syukur alhamdulillah kerana kami dapat melihat dngn jelas batu yg berlapis dan bertingkat2 itu. Masa ini, saya pegang erat tangan anak bongsu saya kerana bimbang terlepas....sehinggakan Hamka bnyk merajuk masa ni sbb bnyk larangan dari ayah dan mama nya. Kalau kawan2 nak mengetahui lebih lanjut lagi tentang Grand Canyon, bolehlah lihat di SINI










2 comments:

  1. mmg seronok berada kt sana.bila kita tengok batu2 besar yg berlapis2 tu membuatkn kita menitis airmata kerana takjub dgn kebesaran ALLAH SWT.

    ReplyDelete