Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua sihat dan ceria di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Sempena hari ibu ini (bukan hari ini saja)...saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya di Malaysia iaitu Pn Ainon bt Kosnan dan ibu mertua saya Pn Hjh Habibah bt M.Kusuni. Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati.

Bila cerita pasal ibu, hati saya cukup tersentuh mengenangkan pengorbanan yg mak lakukan selama ini. Jasa dan pengorbanan yg di lakukan memang tiada tolok bandingnya.Saya amat menyayangi dan merinduinya lebih2 lagi bila berada di perantauan ini. Kasih sayang yg di beri tiada sempadan dan tidak pernah surut. Terima kasih kepada mak kerana melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyayangiku. Terima kasih atas segalanya....

Selamat Hari Ibu juga pada semua ibu, emak, ummi, bonda, mama, mommy (dan gelaran lain..).Semoga kita menjadi isteri yg solehah dan ibu yang mithali pada anak2 kita.
** Dikesempatan ini juga saya ingin memberikan kad ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2, kawan2 dan adik2 yg berkunjung ke blog Sinar Kehidupanku. Terimalah kad ucapan ini ikhlas dari saya. Sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada....Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.....Kasih Ayah Berkorban Nyawa.

10 comments:

  1. U're a great mom.. Happy Mother's Day Pn Yatie

    ReplyDelete
  2. Salam yatie...
    Selamat Hari Ibu...
    Moga sentiasa berbahagia...aminn

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ibu kepada Yatie jugee...Kite dh amik kad. Tq..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie,
    selamat hari ibu.. moga bahagia selalu bersama keluarga tersayang. saya amik card ni. thanks kak :)

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie..akak dh dtg ambil kad hari Ibu ...dan gantung dh kt blog akak.Tq..sangat2..cntik dan berseri blog akak hari ni...

    ReplyDelete
  6. macehhh kak..happy mother's day

    ReplyDelete
  7. sis...
    tq...sukanya ayu..dapat kad....
    selamat hari ibu..muah3x

    ReplyDelete
  8. Sari Yusa=> Thanks, Happy Mother's Day to you too...

    Fzi=> waalaikumsalam, terima kasih, Selamat Hari Ibu juga utk Fzi...semoga bahagia bersama keluarga tersayang...

    ReplyDelete
  9. MeknaBlog=> Thanks sudi terima kad tu...Happy Mother's Day to you too...

    Indahhouse=> wkmsalam, Selamat Hari Ibu juga utk Nur..moga bahagia selalu..

    ReplyDelete
  10. Kak Norli=> wkmsalam, thanks sudi terima kad ini dan buat akak gembira...Yatie pun tumpang gembira.

    Lelord=> sama2, thanks sudi terima ya..

    Ayu=> ur welcome, Selamat Hari Ibu juga utk Ayu...semoga ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang...

    ReplyDelete