Saturday, May 22, 2010

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Semoga anda semua sihat dan ceria2 sentiasa. Hari ni saya masak nasi goreng cina. Biasanya nasi goreng cina ni tak pedas, tetapi saya tambah cili ikut kesesuaian. Nasi goreng ni kalau tak pedas, tak berapa laku kat rumah ni...itu yg saya tambah cili supaya laku nasi goreng saya. Jom kita tengok resepi yg mudah dan semestinya sedap ini....kalau tak percaya...cubalah...


Bahan-Bahan
  • 4 cawan nasi sejuk ( peroikan)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan udang sederhana besar
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 batang cili hijau/merah
  • sedikit daun sup/daun bawang(di hiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Tumis (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.Masukkan telur dan biarkan sebentar.
  2. Bila nampak telur separuh masak kacau cepat2 supaya hancur dan rata.
  3. Masukkan sayur campur dan udang. Masukkan hirisan cili hijau/merah... Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram dan gaul lagi.Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula. Kacau supaya rata dan goreng nasi sampai berasap2...
  5. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang...kacau lagi. Sekiranya rasa dah ok bolehlah matikan api dan angkat nasi tu.
  6. Nasi goreng ni boleh di makan bersama ayam goreng atau keropok ikan.

8 comments:

  1. Salam kak yatie! happy weekend buat akak! sedapnyer nasi goreng cina akak tu, kita suke tgk org yg masak nasi goreng mcm ni kalau kita yg masak ntahlah! nak mkn yg org masakkan jugak! hihihi

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    akk pn suka nasi goreng yg pedas. pagi2 ni tgk nasi goreng yatie sedapnya...

    ReplyDelete
  3. lapar nya tgk nasi goreng nie.... cedappppp...

    ReplyDelete
  4. Ika=> wkmsalam, kalau dekat akak dah panggil Ika time masak nasi goreng ni...Ika jom makan kat umah akak jom (teriak kuat2..hi3..)

    ReplyDelete
  5. K.Anis=> wkmsalam, kalau nak rasa..akak boleh cuba buat sendiri..tambahlah apa yg patut ikut selera sendiri ya...

    ReplyDelete
  6. PearlnScarf=> mmng sedap nasi goreng ni.. boleh cuba...thanks sudi singgah sini.

    ReplyDelete
  7. nasi goreng cina ni sedap klw makan dengan telur lagi hehe

    ReplyDelete
  8. THANKS , saya dah buat , sedap2 cumer saya punye kurang bubuh pepper uhhuuhhu

    ReplyDelete