Friday, May 21, 2010

Pulut Serikaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Moga anda semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.Dah bersarapan ke belum? Hari ini saya masak kuih pulut serikaya untuk sarapan pagi merangkap untuk minum petang sekali. Kuih ni sedap, kepada penggemar kuih talam atau kukus ni, bolehlah mencubanya. Bagi yg tidak tu, tak mengapa...cuci mata jelah..hi3...Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

15 comments:

  1. Salam kak yatie!! kita dtg awal2 niii nak mntak kuih tuu..waaaaa..kita ni mmg sama penggemar kuih2 lembik gini hihihi..salin resepi!!! kalau sempat hari ni buat!! :D

    ReplyDelete
  2. cantik pulak tu talam yatie!! suka tengok org buat kuih cantik2 ni. jd bersemangat nak buat wlupun x tau bila.hehe

    ReplyDelete
  3. favo anak ni..setiap pagi mintak kuih serikaya..rajin betul yatie yer..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie,
    geram tengok pulut ni. saya pun suka kuih lembik2. huwa...nak cari santan..

    ReplyDelete
  5. salam yatie.
    k.ita dh lama x masak serimuka @ pulut serikaya ni. anak lelaki k.ita yg no 3 tu mmg suka sgt. tp kadang2 tu malas ar....
    nampak yatie punya ni, mcm teringinnnnnnn sangatttttttttt...!

    ReplyDelete
  6. wahh sama seri kita yer yatie..semalam akak hari ni atie.. tapi bestkan makan seri muka ni..muka kita pun berseri2 kan kankan.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie...

    sedapnya btl tgk kuih pulut serikaya ni...minta izin copy resepi yer kak...kuih kegemaran klu ada pulut2 nih....

    ReplyDelete
  8. Ika=> wkmsalam, boleh je....ni akak bagi Ika sepiring...makanlah..akak mmng suka kuih kukus2 ni....

    ReplyDelete
  9. Ain=> Yatie mmng suka buat kuih kukus2 ni dan suka makan kak....kalau teringin tu, akak cubalah buat...

    ReplyDelete
  10. Dalila=> kat sini takde orng jual..tu yg Yatie kena buat sendiri...

    ReplyDelete
  11. Indahhouse=> wkmsalam, kalau dah ada santan tu, bolehlah cuba buat...mudah je...

    ReplyDelete
  12. Kak Ita=> wkmsalam, akak kan rajin....lagipun bahan2 senang nak dpt kat sana...buatlah kak untuk anak tu...mesti dia suka sangat..

    ReplyDelete
  13. Kak Jalilah=> mmnglah kak, makan kuih ni muka naik berseri....bukannya apa, sbb kuih kegemaran, dah tu makan sambil senyum2...mana tak berseri....hi3..

    ReplyDelete
  14. Mamamya=> wkmsalam, resepi ni mmng nak di kongsi bersama...mmng sedap kuih ni...cubalah..

    ReplyDelete
  15. salam yatie,dh lama cr rcp ni..selalu jumpa pulut serimuka,rupanya yg ni nm pulut serikaya..kak rosaliza kt umah yatie ada tu yg mai skodeng..leh try ni..tq ya

    ReplyDelete